BADAN MANUSIA KEPALA HAIWAN.
(Kesucian Roh atau Jasad)
Suatu ketika seorang Sufi Abu Bashir sedang berdiri dekat dengan Ka'abah sambil menjuruskan pandangannya kepada orang ramai yang sedang Bertawaf, dia sangat terpegun kerana begitu banyaknya orang yang mengerjakan Tawaf sehingga kedengaran suara gemuruh Takbir, Tahmid, Tasbih serta Do’a.
Lalu terlintaslah didalam benaknya tentulah mereka itu mendapat keampunan di sisi Allah swt.
Kemudian datanglah Imam Ja’far Shaddiq seorang Imam Besar keturunan Rasulullah saw dan Beliau mengetahui apa yang terlintas didalam benak anak muridnya itu lalu berkata Beliau kepada Abu Bashir;
"Pejamkanlah matamu wahai Abu Bashir...!"
Dengan rasa kebingungan yang mendalam akhirnya Abu Bashir menuruti dan patuh keatas apa yang diperintahkan oleh Gurunya itu.
Kemudian Imam Ja’far Shaddiq mengusap wajah Abu Bashir dan berkata;
"Sekarang bukalah matamu wahai Abu Bashir dan lihatlah kembali kepada orang ramai yang sedang Bertawaf itu."
Setelah Abu Bashir membuka matanya, alangkah terperanjatnya dia tiada terkira kerana sekarang apa yang di lihatnya hanyalah sekumpulan orang-orang yang "Berkepala Haiwan" sedang melakukan Tawaf. Di antara mereka ada yang menyalak, mengaum, mengembik dan mengerang.
Sambil Abu Bashir di liputi rasa kehairanan, kebingungan dan gerun ketakutan, dia kemudian bertanya kepada Gurunya;
"Apa yang sebenarnya terjadi ini wahai Guru...???"
Maka Imam Ja’far Shaddiq menjelaskan;
"Pada kali pertama yang engkau lihat itu adalah Sifat Wujud Jasadniyah luaran mereka sahaja yang sedang Bertawaf, dan pada kali kedua yang engkau lihat itu adalah Sifat Batin dalaman Wujud Rohaniyah mereka."
Lalu Abu Bashir bertanya lagi;
"Kenapa boleh terjadi hal yang demikian wahai Guru ?. Padahal mereka sedang Berhaji, dan kelihatan mereka itu sedang Bertakbir, Bertahmid dan Bertasbih Mengagungkan Allah swt ???"
Dan dijawab oleh Imam Ja’far Shaddiq;
"Apa yang mereka ucapkan adalah tidak bersungguh-sungguh keluar dari lisan mereka kerana tidak bersesuaian dengan apa yang terlintas didalam hati mereka. Apa yang mereka usahakan tidak pernah ditujukan kepada Allah swt tetapi keduniaan yang mereka tuju.
Mereka masih lagi mengingati yang lain selain Allah swt kerana kenyataannya mereka masih lagi mengagungkan jawatan kedudukannya, ilmu-keilmuannya dan harta kekayaannya padahal Allah swt Maha Mengetahui apa yang terlintas didalam diri kita baik Zahir mahupun Batin."
Oleh sebab itu, luruskanlah dan ikhlaskanlah niatmu hanya kerana Allah swt juga pasrah BERSERAH DIRI untuk diaturkan oleh Allah swt dengan segala ketentuan-Nya, kerana itu adalah awal serta akhir dari segala perjalanan ibadah seseorang insan (Qada dan Qadar).
Dan sesuatu yang di lihat pada Zahir itu belum tentu Kebenarannya, janganlah terlalu Takjub' dan Fanatik dengan Sifat Zahir sesuatu.
"Barangsiapa yang kebanyakan masanya lalai (ghaflah) dari Allah, maka karat akan tertempa pada hatinya, dan karat tersebut mengikut kadar kelalaiannya. Kalau sekiranya hati berkarat maka gambaran-gambaran maklumat tidak akan terakam padanya bertepatan dengan realitinya yang sebenar, maka ia akan melihat kebatilan sebagai Benar dan Kebenaran sebagai kebatilan.
Apabila karat terakam pada hati, maka ia menjadi hitam lalu terdinding, lalu rosaklah perspektifnya (Tasawwuf) dan pengetahuannya (idrak), maka ia tidak menerima Kebenaran dan tidak menolak kebatilan.
Ini merupakan sebesar-besar hukuman bagi hati (a‘zami ‘uqubat al-qalbi). Puncanya adalah kerana kelalaian dan mengikut hawa nafsu, maka kedua-duanya memadamkan 'Cahaya Hati' dan membutakan pandangannya.
Allah swt berfirman;
"dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami lalaikan hatinya daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami (didalam al-Qur’an), serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
(QS. Al-Kahfi : 28)
Daripada Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu, tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu."
(Riwayat Muslim
0 comments:
Catat Ulasan