Perbezaan di antara orang Alim dan Arif Billah.

 

.

Perbezaan di antara orang Alim dan Arif Billah.

Kita hidup ini perlu/wajib beragama

Dan agama itu tidak cukup label dan
Ritual2 (syariat) itu aja harus dituntut
Ilmunya karena beramal tanpa ilmu sia2 ilmu TDK diamalkan percuma.
Agama itu adalah pegangan hidup tuntunan hidup pedoman hidup.
Karena kita sedang menjalani tugas2 kehidupan dlm kehidupan ini banyak
Problem,_masalah_ persoalan yg di
Temukan inilah pentingnya kita ada pegangan (AGAMA) dengan ilmu agama terarah denga ilmu hidup ini
Indah dengan ilmu segala persoalan
Dan masalah jadi mudah. Intinya agama itu untuk membentuk AQIDAH dan AKHLAK (ADAB BUDI PEKERTI) inilah hakikatnya IHSAN.

Seseorang yang boleh berjalan diatas air adalah keajaiban.
Tapi seseorang yang mampu berjalan di muka bumi dengan hati yang damai walau apapun yang terjadi padanya, itulah keajaiban yang sesungguhnya..
Memproses diri secara istiqomah untuk menjadi hamba Alloh bukan hamba dunia bukanlah pekerjaan mudah.

Perbezaan di antara orang Alim dan Arif Billah.
Alim : tahu dan faham.
Arif Billah : tahu, faham dan alami sendiri.
Orang Alim martabatnya Ulama'.
Orang Arif Billah martabatnya Wali Allah.
Orang Alim itu berjumpa, buat muktamar dan seminar diantara para Ulama' Se Nusantara di alam dunia.
Orang Arif Billah itu juga berjumpa dan bermesyuarat dengan para Wali Allah di alam Malakut dan alam Ardhu Zamzimah. Bahawasenya di alam Ardhu Zamzimah itu Allah Ta'ala ciptakan dari lebihan tanah yang digunakan untuk membuat tubuh Nabi Adam as.
Alim kalau terlampau Alim dipanggil Allamah.
Arif Billah kalau terlampau Arif dipanggil "Hujjatul Muhaqqiqin".
Imam AL Ghazali terlampau Allamah dipanggil Hujjatul Islam, yakni sebelum beliau beramal dengan ilmu Tasawwuf dan Tarekat Uzlah selama 11 tahun serta dipanggil terlampau Arif dengan panggilan Hujjatul Muhaqqiqin.
Alim ada sijil, ijazah, master dan phd dan mengaji di pelbagai pondok pengajian, Universiti dan seterusnya ke luar negara.
Arif Billah tidak semestinya ada sijil, ijazah atau pun master phd. Tetapi mereka ada ijazah yang di iktirafkan oleh Allah Ta'ala sendiri.
Orang Alim tahu apa itu gula, tetapi tidak tahu dimanakah letaknya manis gula itu.
Orang Arif Billah meRASAi kenikmatan manis gula tersebut setelah mengalami pengalaman Dzauq.
Orang Alim ramai yang makan gaji, ada elaun dan upah mengajar ilmu.
Orang Arif Billah biasanya makan Dzikrullah, Waridah dan Dzauqiah.
Orang Alim mudah ada perasaan iri hati sesama Alimin.
Orang Arif Billah sesama arif billah sangat saling bekerjasama dan berkasih sayang kerana Allah Ta'ala.
Orang Alim mudah sangat membuat tuduhan bahawa orang Arif Billah itu sesat.
Orang Arif Billah tidak pernah membuat sebarang tuduhan dan mencela terhadap orang Alim dan mereka sentiasa menghormati para Alim.
Orang Alim ada yang alim-alim kucing.
Orang Arif Billah sentiasa dhaif dan hina diri.
Orang Alim mendapat Syurga Firdaus.
Orang Arif Billah mendapat Syurga Ajilah dan Syurga Aajilah.
Orang Alim guna minda akal fikiran serta Nas dan Dalil.
Orang Arif Billah menggunakan Kaedah Lubban yakni mata hati, mata Basyirah dan Syuhudiah.
Orang Alim bermaqam Syariatullah.
Orang Arif Billah bermaqamkan Syariatullah, Thoriqah, Haqiqatun dan Ma'rifatullah.
Orang Alim mendapat hidayah umum.
Orang Arif Billah mendapat hidayah Khususiah (Laduni, Firasat, Ma'unah dan Karomah).
Orang Alim sentiasa bersama-sama Kitab.
Orang Arif Billah sentiasa bersama-sama Allah Ta'ala sebagai Guru Sejati.
Orang Alim berulang-alik di alam Mulki : alam nyata : alam Syahadah.
Orang Arif Billah berulang-alik di alam Malakut, Jabarut dan Lahut.
Orang Alim sentiasa beramal ibadah.
Orang Arif Billah sentiasa bermusyahadah.
Orang Alim bergelumang Kasbi.
Orang Arif Billah bergelumang Wahbi.
Orang Alim bertaraf Da'i.
Orang Arif Billah bertaraf Ulul Albab.
Orang Alim ialah Abid : mereka ibarat air yang menyirami bumi, tetapi ia sendiri tidak dapat dan tidak merasai kenikmatan buah yang tumbuh di atas bumi itu.
Orang Arif Billah yang mengenal akan Haq dan Wajah Allah Ta'ala itu melalui pengalaman Syuhudiah.
Ada orang Alim yang bermimpi berjumpa dengan Baginda Muhammad SAW.
Ada orang Arif Billah yang selalu bermimpi dan juga berjumpa dalam jaga (Yaqozah) dengan Baginda Muhammad Rasulullah SAW.

( ILMU WEDARING JATI DIRI SANGKAN PARAN DUMADI / SPD )




Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan