Huruf Ba = Bashirun = yang melihatkan itu Allah
Huruf Sin = SAMIUN = yang Mendengarkan itu Allah
Huruf Mim = MUTAKALLIMUN = yang bertutur kata itu Kalamullah.
Rahman = sifat Allah yang Maha Pengasih, tajalli kepada Laki-laki
Rahim = sifat Allah Maha yang Maha Penyayang, tajalli kepada wanita
Ramai diantara kita tidak menyedari bila membaca "Bismillahirrahmanirrahim" dengan sungguh-sungguh, faham akan maknanya dan mengerti apa tujuannya, bahawa dengan itu maknanya kita sudah menyepadani tubuh ini dengan berlindung diri bersama dua Asma' Allah "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim".
Tanpa kita fahami juga bahawa seluruh kewujudan jiwa dan raga ini, "menjadi hidup" dengan mendenyutkan bacaan ayat-ayat sakti tadi sambil menghilangkan gerak-rasa kemanusiaan dengan menyarongkan Sifat-Sifat Allah "Yang Maha Pengasih" dan "Yang Maha Penyayang".
Inilah ilmu yang tidak pernah dijelajahi dan jarang-jarang diajarkan oleh ramai orang alim sehinggakan mereka yang salah berperilaku atau tersalah menemukan jisimnya, justeru selalu akan "disiksa" dan mendapat bencana yang tidak dimengerti sama-sekali oleh dirinya sendiri.
Oleh itu, berhentilah dari menunjukkan sikap benci segala apa yang wujud disekeliling kita. Umpamanya bila kita sedang makan, agar hendaknya dijauhi dari berkata "tidak sedap", setelah diiringi ayat "Basmalah" kemudian dilampiaskan di muka yang jengkel. Apalagi kalau melafaskan kata-kata yang kesat, sedangkan kita akur yang diri kita sedang meresapi kesedaran yang tinggi dalam ilmu dari Dzat Allah.
Akhirnya, pengertian tentang Sifat-Sifat Allah ini, seakan-akan dipermainkan sekaligus mengakibatkan "luka" memakan diri sendiri. Maka itu, janganlah ditanya kenapa, sebab seharusnya kita sudahpun faham sekarang.
Contohnya yang mudah begini:
Jika ada seekor nyamuk datang menggigit kulit dan menghisap darah kita, lalu kita menepuknya sampai mati tanpa belas, sebenarnya kita telah menzalimi diri kita sendiri tanpa diketahui. Bukan saja kita telah membunuh makhluk Allah, bahkan telah lalai dari menghurmati adanya makhluk lain yang juga tumpang bernafas di bumi manis ini.
Kerana pada awalnya lagi kita sudahpun dengan rela mengisbatkan Sifat-Sifat Allah lalu tiba-tiba tergamak mengkhianati kesucian-Nya. Kemanakah gerangan agaknya pengertian Sifat-Sifat Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang) tadi?
Pendek kata, dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim" maknanya kita berkata; "AKU-lah Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang".
Billahi asmaulHAQ
Peranan ilmu itu penting.. Kerna disitulah tertidnya bermula..
Dalam satu baris kalimah..
Pandangan,pengertian dan kefahaman sesuatu ilmu berubah mengikut sudut..
Jika pekara asas ini masih lagi kami belum ada keilmuaannya..
Ambil keterangan ini supaya ianya JELAS bertempatnya dihati untuk menghadirkan kesedaran..
Haq dan batil jgn dicampur adukkan..
Tariqat..
Hakikat
Feqah
Tasawuf
Marifat..
Semuanya beperanan membawa perubahan pengertian sudut..
Zat
Sifat
Asma
Afa'al
didalam perkongsian jawapannya pada sudut yang RAMAI..
Inilah dinamakan SYARIAT..yang memisahkan keilmuan..
KEESAAN
LAISA KHAMISLIHII
QADIM
BATHIN
TIDAK BERKALAM
TERSIRAT
RAHSIA..
SIRR
Pada diri seseorang itu pada sudut perkongsian luar.. Yakni sudut yang Ramai..
Cuma melalui SYARIATLAH caranya bagi menghadirkan KESEDARAN untuk dirinya sendiri merasai akan sesuatu kebenaran melalui sesuatu keilmuan itu..Bukan mengagong² dan memberi kemuliaan melebihi dari yang sebenar² HAQ..
ITULAH PERANANNYA AHLAK..BERADAP SOPAN DAN BERBUDI BAHASA yang ada dalam keilmuan yang meletakkan KESEDERHANAAN itu SUNNAH sebagai ikutan..
fahami sejelas jelasnya pekara ini..supaya tidak menghadirkan kekeliruan.. Inshaa Allah
( Sumber dari Grup Ilmu Tasawuf - Hakikat )
0 comments:
Catat Ulasan