_WALI ALLAH YANG BERBUAT MAKSIAT_
"Andai dibukakan oleh Allah Taala Azzawa Jalla akan Nur seorang Wali yang berbuat maksiat, nescaya akan terang benderang seluruh lapis langit dan juga bumi, apatah lagi jika dibukakan oleh-Nya akan Nur seorang Wali yang berbuat taat"
Pada zaman Nabi Musa A.S.
ada seorang lelaki yang sepanjang hidupnya sentiasa sahaja melakukan perbuatan maksiat. Meminum arak dan juga berzina sudah menjadi makanan harian buatnya. Beliau begitu dibenci oleh masyarakat sekelililing, kerana mereka begitu jijik sekali dengan segala perlakuan buruknya.
Sehinggakan di akhir hayat lelaki tersebut, tidak ada seorang pun yang sanggup untuk mengebumikan beliau di kawasan perkuburan, bahkan mayat lelaki tersebut hanya dicampakkan sahaja ke tempat pembuangan sampah layaknya seekor bangkai haiwan. Begitu hina dan rendah sekali martabat lelaki tersebut di sisi manusia.
Namun tidak lama selepas itu, Allah telah memerintahkan agar Nabi Musa A.S. supaya pergi ke suatu kawasan pembuangan sampah. Kata Allah lagi, di sana ada mayat seorang wali-Nya, maka diperintahkan agar Nabi Musa A.S. menjalankan urusan pengebumian dengan penuh terhormat layaknya seorang kekasih sejati.
Tanpa banyak soal, maka Nabi Musa A.S. pun terus sahaja menuju ke kawasan pembuangan sampah tersebut. Alangkah terkejut dan terperanjat sang Nabi, kerana yang ditemuinya di situ adalah mayat si pelaku maksiat tersebut. Bagaimana seseorang yang begitu hina dan jijik di mata manusia, boleh menjadi seorang yang begitu mulia di sisi-Nya?
0 comments:
Catat Ulasan