𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻; 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗶𝗸


 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻; 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗶𝗸

اللهم صلّ على سيدنا محمد و على آله
"Didalam alam perkahwinan. Kalau kamu ingin menggantikan isteri dengan isteri yang lain. Didalam ertinya jika tak mampu tahan dengan karenah isteri itu, dah berusaha dengan bersabar untuk mendapatkan kebaikan, tak mampu juga dan ingin menggantikan dengan orang lain."
"Yang kalau kamu bertahan, kamu akan berbuat dosa kepadanya, baru di sini kamu boleh gantikan dengan orang lain. Tapi bukan dengan bila tidak suka dengan perangai isteri, terus kita pergi mahkamah untuk cerai. Bukan ada dugaan sikit terus cerai. La!!! Allah سبحانه وتعالى memberi pelbagai ‘option’ untuk mempertahankan perkahwinan."
"Perkahwinan diantara suami dan isteri ini adalah ibarat bahtera yang belayar diatas lautan yang luas. Makanya, ketua kepada bahtera itu kena pandai kena belajar didalam ilmu pelayaran. Allah سبحانه وتعالى kata kalau kamu risau isteri kamu nusyuz, kamu nasihati dia dahulu. Kemudian pukullah dia."
"Akan tetapi bukan dengan pukulan yang geram. Bukan dengan pukulan nafsu amarah. Kalau kamu kaum lelaki nak bergaduh dengan tangan tu biar dengan orang yang se’level’ setaraf dengan kamu. Jangan dengan isteri kamu nak dibawa bertumbuk, dan ini dayus. Ini adalah perkara aib, bilamana seseorang suami memukul kepada isterinya sampai melukainya."
"Makanya sebaik-baik perkahwinan yang patut dicontohi adalah Rasulullah ﷺ. Mereka orang-orang orientalis suka mengambil sebahagian daripada ayat Al-Quran dan mengatakan Islam membenarkan suami pukul isteri. Tafsir sendiri itu ayat. Akan tetapi kita perlu melihat sebab apa yang membolehkannya."
"Didalam hal yang mencabar kepada Allah سبحانه وتعالى, melanggar syariat Allah سبحانه وتعالى maka wajarlah dipukul itupon bukan dengan niat mencederakan. Pukul bukan kerana nasi kurang masak, atau kopi kurang gula. Tidak basuh baju anak dan sebagainya. Tak, kena tengok sebab."
"Wahai kaum suami, jadilah ‘hakim’ yang bijaksana dalam mengambil tindakan, jangan kerana nyamuk kita bakar kelambu. Terkadang orang bising dua puluh empat jam kerana pecah pinggan sebiji saja. Tapi langgar hukum Allah سبحانه وتعالى rilek saja. Satu rumah tak solat Subuh, OK je. Anak tak tutup aurat, OK je."
"Yang patut dia ambil tindakan tegas untuk menyikapi dalam rumahnya. Adakah kerana pinggan pecah, atau makanan lambat siap atau bila isterinya tak pakai tudung? Kata Sayyidah Aisyah; Rasulullah ﷺ sangat ‘tolerance’ dalam segala hal berkaitan hak dirinya tapi sangat tegas jika dalam hal-hak yang menyentuh hukum-hakam Allah سبحانه وتعالى."
"Perkahwinan yang paling barakah ialah yang paling sederhana mas kahwinnya, walaupun perempuan boleh menuntutnya. Rasulullah ﷺ banyak sangat bertolak-ansur dalam hal berkaitan dirinya. Dalam satu kisah; "Sayyidah Aisyah mengatakan perkataan yang tidak enak kepada Sayyidah Sofiyah dan Rasulullah ﷺ menegur langsung dan mengatakan yang kata-kata Aisyah itu jika diletak ke dalam laut, pasti akan berubah warna laut."
"Lihat Baginda Rasulullah ﷺ tegas; "Apa katanya? Hanya merendahkan sahaja tapi Nabi ﷺ tegas kerana berkaitan hukum-hakam. Dalam kisah rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil. Walaupun terkadang ada masalah antara mereka, kita jangan tengok sebelah mata saja, buka dua-dua, berapa banyak pengajaran yang dapat diambil?"
"Hingga hari ini, jika orang belajar tentang rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Aisyah, akan mendapati itu rumah tangga terindah. Dalam satu kisah Rasulullah ﷺ dan Aisyah bergaduh dan minta Sayyidina Abu Bakar jadi pengadil. Rasulullah ﷺ bertanya siapa yang patut memulakan bicara kepada Sayyidina Abu Bakar yang bertindak sebagai pengadil."
"Siti Aisyah suruh Nabi ﷺ mulakan, tapi pesannya; “Kamu cakap yang benar sahaja tau.” Mendengarkan itu, Sayyidina Abu Bakar mengangkat tangan untuk memukul Aisyah. Aisyah pun berlindung di belakang Rasulullah ﷺ. Sayyidina Abu Bakar berkata; “Bila Rasulullah ﷺ pernah untuk bercakap tidak benar?” Rasulullah ﷺ pun meleraikan dan berkata bukan itu tujuannya memanggil Sayyidina Abu Bakar."
"Sayyidina keluar dan sekembalinya didapati Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah sudah berbaik semula, walaupun marahnya belum lagi reda. Ini menunjukkan cepatnya Rasulullah ﷺ berbaik-baik dengan isterinya tidak mengambil masa tua tiga hari, dan tidak keluar menginap di luar rumah. Dan tidak merajuk keluar entah ke mana seperti yang banyak berlaku hari ini."
"Mereka tak belajar dari Rasulullah ﷺ. Ini rumah tangga yang dipantau Allah سبحانه وتعالى dua puluh empat jam. Ini rumah tangga Rasulullah ﷺ ialah rumah tangga yang diberkati. Contohilah Rasulullah. Belajarlah dari rumahtangga ini dan anda akan menjadi orang yang paling berjaya dan akan melihat indahnya kehidupan berumahtangga."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

( Syed Akmal BenYahya )

  

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan