KEUTAMAAN GURU

 





KEUTAMAAN GURU*

Khothib Al-Baghdadi berkata;
“Wajib bagi seorang murid untuk mengakui keutamaan gurunya yang faqih dan hendaklah pula menyedari bahawa dirinya banyak mengambil ilmu dari gurunya.”
(Al-Faqih wal Mutafaqqih 1/196)
Ibnu Jamaah Al-Kinani ber­kata;
“Hendaklah seorang mu­rid mengenal hak gurunya, jangan dilupakan semua jasanya.”
(Tadzkiratus Sami’ hal. 90)

* DOAKAN KEBAIKAN
Rosululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
"Apabila ada yang berbuat baik kepadamu maka balaslah dengan balasan yang setimpal. Apabila kamu tidak boleh membalasnya, maka doakanlah dia hingga engkau memandang telah mencukupi untuk membalas dengan balasan yang setimpal.”
(HR. Abu Dawud 1672, Nasa’i 1/358, Ah­mad 2/68, Hakim 1/412 Bukhori dalam al-Adab al-Mufrod no. 216, Ibnu Hibban 2071, Baihaqi 4/199, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah9/56. Lihat as-Shohihah 254)
Imam Abu Hanifah berkata;
“Tidaklah aku solat sejak kematian Hammad kecuali aku memintakan ampun untuknya dan orang tuaku. Aku selalu me­mintakan ampun untuk orang yang aku belajar darinya atau yang mengajariku ilmu.”
(Mana-qib Imam Abu Hanifah. Lihat Adab at-Tatalmudz hal. 28)
Ibnu Jama’ah berkata;
“Hen­daklah seorang penuntut ilmu mendoakan gurunya sepanjang masa. Memperhatikan anak-anaknya, kerabatnya dan menunaikan haknya apabila telah wafat.”
(Tadzkiroh Sami’ hal. 91)

* RENDAH DIRI KEPADA GURU
Ibnu Jama’ah rahimahullah berkata;
“Hendaklah seorang murid mengetahui bahawa rendah dirinya kepada seorang guru adalah kemuliaan, dan tunduknya adalah kebanggaan.”
(Tadzkiroh Sami’ hal. 88)
Sahabat Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma de­ngan kemuliaan dan kedudukannya yang agung, beliau men­gambil tali kekang unta Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu seraya berkata;
“Demikianlah kita diperintah untuk berbuat baik kepada ulama.”
(As-Syifa 2/608)
Al-Khothib telah meriwayatkan dalam kitab Jami’nya bahawa Ibnul Mu’taz berkata;
“Orang yang rendah diri dalam belajar adalah yang paling banyak ilmunya sebagaimana tempat yang rendah adalah tempat yang pa­ling banyak airnya.”
(Adab at-Tat­almudz hal. 32)
Peringatan Ibnu Jama’ah al-Ki­nani berkata rahimahullah;
“Hendaknya seorang penuntut ilmu tidak hanya mencukupkan diri untuk belajar kepada guru-guru yang terkenal saja, kerana hal itu dinilai oleh Al-Ghozali termasuk kesombongan dan kebodohan. Ketahuilah bahawa kebenaran adalah seperti barang hilang yang dicari oleh seorang mukmin, dia akan mengambilnya dimana pun dia mendapatkannya dan berterima kasih kepada orang yang memberikan kepadanya. Demikian pula seorang penuntut ilmu, dia akan lari dari kebodohan seba­gaimana dia lari dari singa. Dan orang yang lari dari singa, dia ti­dak akan peduli siapa pun orang­nya yang menunjukkan jalan keluar kepadanya.”
(Tadzkiroh Sami’ fi Adabil Alim wal Muta’allim hal. 87)

* MENCONTOHI AKHLAKNYA
"Hendaklah seorang penun­tut ilmu mencontoh akhlak dan kepribadian guru. Mencontoh kebiasaan dan ibadahnya."
(Tadz­kiroh Sami’ hal. 86)
Qoshim bin Salam menceritakan;
“Adalah para murid Ibnu Mas’ud mereka belajar kepada­nya untuk melihat akhlak, ke­pribadian dan kemudian menirunya.”
(Adab at-Tatalmudz hal. 40)
"Imam As-Sam’ani menceritakan bahawa majlis Imam Ahmad bin Hanbal dihadiri lima ribu orang. Lima ratus orang menulis sedangkan selainnya hanya ingin melihat dan meniru adab dan akhlak Imam Ahmad.”
(Siyar AlamNubala11/316)

Semoga diLindungi Para Ulama, Para Alim, Para Mursyid, Para Guru Dari Orang-orang yang Zalim, Dimudahkan Mereka sampaikan Ilmu agar lebih ramai yand mendapat Manfaatnya dan diberikan Mereka sebesar besarnya kejayaan didunia dan juga diakhirat, Amin....
( Sumber dari Syed Haqtullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan