DI antara peringkat kesedaran dalam aspek keruhanian itu ialah:
1. Kesedaran Paling Luar.
Peringkat ini tergantung kepada pancaindera. Seseorang itu memiliki kesedaran melalui pandangannya bahwa alam semesta ini adalah kepunyaan Maha Pencipta - Rabbul Izzati. Melalui pancainderanya juga ia menyedari bahwa itulah sifat Ketuhanan yang diamanahkan kepada jasadnya untuk mengabdikan dirinya kepada Rabbul Izzati. Jika ia tidak memiliki kesedaran di peringkat ini, samalah ia seorang yang buta di dunia ini dan nanti akan buta juga di akhirat.
2. Kesedaran Jiwa.
Orang yang sampai di peringkat kesedaran jiwa ini adalah orang yang maqamnya luarbiasa. Bukan mudah untuk sampai ke peringkat kesedaran jiwa ini kecuali mereka yang sudah banyak berjuang di medan peperangan yang berjaya menumpaskan segala ragam godaan hawa nafsu. Mereka di peringkat ini dapat membedakan mana yang benar dan mana yang salah, mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka diibaratkan sebagai pencuci Kaabah. Kaabah itu adalah kiblat menuju Allah, demi itu Kaabah harus sentiasa dipelihara kesuciannya dari segala perilaku dan unsur-unsur syirik. Orang yang sampai ke maqam ini seperti orang yang pada bila-bila masa sahaja boleh berada di dalam Kaabah. Jiwanya itulah Kaabah yang di dalamnya ia beristiqamah tanpa rasa bimbang dan ragu. Berhala-berhala yang seperti dengki, iri hati, riak, sum‘ah, ujub, takabur dan sebagainya tidak ada lagi pada sifat dan akhlaknya kerana ia telah pun berserah diri kepada Allah dengan sebenar-benar berserah.
3. Kesedaran Paling Dalam.
Orang yang sampai di peringkat kesedaran ini seperti orang yang kelihatan tidur mata zahirnya tetapi matahatinya sentiasa celik. Maqamnya luarbiasa lagi luarbiasa. Di dalam kesedaran peringkat ini ia sudah tidak lagi melihat kepada makhluk kecuali semua sudut yang dilihatnya adalah Allah. Ia melihat Allah dengan Allah tanpa tabir. Baginya alam semesta ini tiada, termasuklah dunia-akhirat, syurga-neraka semuanya tiada, yang ada hanya Allah. Allah! Allah! Allah! Mereka hidup di dalam Allah. Tatkala mata mereka memandang gunung, mereka kata gunung itulah Allah. Tatkala mereka melihat lautan, mereka kata lautan itulah Allah! Bukan mereka menyifatkan Allah seperti itu atau ini. Tetapi kesedaran pandangan mereka tidak nampak lagi kepada makhluk kecuali yang mereka nampak ialah Allah. Ke mana pun mereka menghadap, di situlah Wajah Allah dalam kesedaran mereka.
4. Kesedaran Paling Dalam Yang Lagi Terdalam.
Orang yang sampai di peringkat kesedaran ini tampaknya seperti orang awam yang normal tetapi maqamnya sungguh terlalu luarbiasa dan jarang ditemui orang seperti ini di dunia ini. Dia bergaul dengan masyarakat, duduk minum dan makan di restoran atau berjalan-jalan di pasar, tetapi orang awam tidak mengenal siapakah dia sebenarnya. Walaupun jasadnya berada di sekitar masyarakat, tetapi Ruhya sudah jauh Mikraj ke tempat paling tinggi di sisi Allah sehingga malaikat maut pun sukar untuk mencari di manakah peringkat Ruhnya berada. Dia terlalu hampir dengan Allah ibarat kaca pelita yang bersinar terang-benderang yang menyerap limpahan cahaya sumbu api pelita itu. Meskipun dia sedang berada di sisi orang awam dan berbual-bual dengan orang awam, tetapi dia di situ bukanlah dia lagi kecuali Dia Yang Haq, tetapi samasekali tidak disedari oleh orang awam kecuali disedari oleh Wali Allah yang mengenal Wali Allah. Bak kata jauhari, hanya berlian yang boleh memotong berlian. Apa yang dia perbuat, itulah yang Allah perbuat. Apa yang dia katakan, itulah yang Allah katakan. Antara dia dan Allah, tidak ada lagi nafi dan itsbat kecuali istbatul yakin, tidak ada perbedaan dari segi Wujud. Allah itulah dia. Dia itulah Allah. Tetapi dia di situ bukan dia lagi. Tidak ada dia kecuali DIA.
Disebalik Rasa ada DIRI..
Disebalik Diri ada AKU
Disebalik AKU ada AKU HAKIKI
RASA ITU GETARAN QADIRUN ILAHI
DIRI ITU RUHANI
AKU ITULAH RUH ALQUDSI YAKNI NUR MUHD ASMAKNYA ALLAH
AKU HAKIKI ITU ADALAH DIA YG SEBENAR BENARNYA
ALLAH HU RABBUL ALAMIN
Pada taraf permulaan, engkau akan merasakan sesuatu iaitu titik-titik atau denyutan yang dapat betul engkau merasakannya melalui hujung jari-jarimu.
Apa itukah yang DIA?
Tidak. Bukan itu yang DIA yang sebenarnya. Jikalau engkau mahu menelitinya, adalah di balik DIA, ada DIA lagi, dan masih ada DIA dan DIA lagi dan begitulah seterusnya.
Ketahuilah bahawa yang itu adalah tanda-tanda menunjukkan keadaanNya.
Dalam perjalananku menuju kepada-Nya, aku berasa, bertambah dekat aku kepada-Nya, aku bertambah tiada, bahkan di Hadirat- Nya aku sudah tidak ada lagi.
Yang ada hanya Dia dalam keadaan- Nya pula. Dan terus terang aku katakan, bahawa mengenai Dia, aku tak dapat mengatakan apa-apa, kerana di Hadirat-Nya aku sudah tak ada lagi.
Tidak ada yang ada padaku; gerak tidak, geri tidak, tidak ada daya dan upaya, dan yang ada hanya DIA (HU).
La ilaha ila ana
La ilaha ila anta
La ilaha ilallah
La ilaha ila HUWA
La maujudan bil haqqi ilallah
0 comments:
Catat Ulasan