WAJAH DUNIA BERGANTUNG KEPADA SIAPA YANG MEMANDANGNYA!


WAJAH DUNIA BERGANTUNG KPD SIAPA YANG MEMANDANGNYA..


Orang positif, melihat banyak kebaikan di mana-mana.. 
Orang negatif, melihat banyak keburukan di mana-mana..

Orang pemarah, melihat banyak ketidakadilan di mana-mana..
Orang bijak, melihat banyak kebajikan dan peluang di mana-mana..

Orang bahagia, melihat banyak kegembiraan di mana-mana..
Orang susah, melihat banyak penderitaan di mana-mana..

Orang yang hatinya berlimpah banyak cinta,
Melihat ada banyak keindahan, syukur, cinta, dan kedamaian di mana-mana..

Ketahuilah bahawa semua orang di dunia tetap mempunyai masalah atau dugaan atau ujian yang tersendiri, ia bergantung pada seseorang itu tentang bagaimana ia melihat masalahnya, dugaannya atau ujiannya sebagai sesuatu yang perlu ditukarkan kepada positif, sesuai dengan sebuah petikan ayat Quran surah Al Insyirah bahawa setiap kesukaran pasti akan disertai dengan kemudahan.

Kita tidak perlu lari dari masalah, kita perlu hadapi masalah tersebut dengan melihat sisi positif dan yang negatif untuk ijadikan pengalaman dan pengajaran hidup,

Kerana masalah itu penguat jiwa, ketabahan hati, dan menjadikan kamu lebih hebat dan kuat dalam menghadapi hari harimu.

Selalulah memandang dunia dengan mata hati yang penuh rasa syukur,
membuat semua tampak indah dan membahagiakan,
teruskan hidupmu yang hebat dengan penuh syukur, bahagia dan mendamaikan.

Sentiasalah berfikiran positif agar segala ujian dlm hidup ini dapat kita tempuhi dgn tenang & redha; seterusnya hidup kita akan sentiasa dinaungi redha dan kasih sayang Allah!

Sesuatu di luar diri manusia adalah cerminan dari apa-apa yang ada di dalam diri manusia. Sehingga segala keadaan dan kejadian yang buruk dari luar, jangan menyalahkan keadaan di luar diri, namun perbaikilah keadaan dalam diri.

Dan segala keindahan serta segala kemudahan itu akan datang dari luar diri, apabila Nur Muhammad pada diri seseorang itu telah terbuka tirainya. Pada saat itulah manusia telah menemukan kesempurnaanya, seperti awal asal kejadian dirinya.

Lalu bagiamana caranya agar Nur Muhammad itu terbuka tirainya ?! Dan keindahannya meliputi hidup kita dan hidup orang-orang disekitar kita ?!. Semoga manfaat. aamiin.

( Sumber dari FB Ilya Quryakin )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan