Artikel dibawah bukan bertujuan menggurui apa yg telah kamu faham berkenaan Tauhid, tetapi hanya bertujuan saling mengingatkan sesama kita...
Usul Makrifah
Adapun yang terkandung didalam usul ma’rifah ini 4 perkara iaitu
i) Tauhidul Af’al
ii) Tauhidul Asma’
iii) Tauhidul Sifat
iv) Tauhidul Zat
TAUHIDUL AFAAL
Adalah tauhidul af’al ini ertinya meng-esakan Allah Taala pada sekalian perbuatan.Adapun tauhidul afaal inilah maqam yang dibawah sekali daripada maqam yang diatas-atas kepada sekalian maqam Arifin billah daripada orang yang salik dan kepada orang yang majzub. Erti orang yang Salik ialah orang yang sungguh ijtihad dengan riadah dan dengan musyahadah mengamalkan wirid guru dan ijazah guru tanpa mubah. Erti orang majzub iaitu orang yang diambil oleh Allah Ta’ala dengan terkejut tanpa mengamalkan wirid guru dan ijazah guru.Erti wirid guru ialah sekalian sunnatul-rasul dan erti ijazah guru sekalian perkataan rasul.
Maka apabila engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang memperbuat pada sekalian perbuatan didalam alam ini samada perbuatan dirinya atau yang lainnya, samada perbuatan baik seperti Iman dan taat,samada perbuatan jahat seperti kufur dan maksiat, samada perbuatan Mubasarah atau perbuatan tawalud.
Erti mubasarah seperti jadi huruf yang ditulis orang yang menyurat (atau gerak tubuh badan kita @benda lain yg bergerak).
Erti tawalud seperti gerak pena yang mencorak huruf yang dating.Sekaliannya perbuatan itu, tiada ada yang lainnya, hanya semata-mata ‘af’alullah’ dengan sebenar-benar ‘Haqul-Yaqin’.
Maka apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, bahawasa-nya, tiada ada yang memperbuat pada sekalian perbuatan didalam alam ini hanya semata-mata ‘Ilallah’ dengan ‘Haqul-Yaqin’ maka baharu engkau mencapai ‘Wahdaniatullahu ta’ala’ pada sekalian Afaal.Maka lepaslah engkau dari syirik qafi dan ujub dan riak dan takabur, sombong dan bongkak serta sama’ah dan lain-lainnya.Maka jadilah engkau ahli Tauhid pada ‘Af’alullah’ dengan sebenar-benarnya.
Tauhidul Asma’
Adalah tauhidul asma’ ini ertinya meng-esakan Allah Ta’ala pada sekalian nama. Maka apabila engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang bernama pada sekalian nama yang wujud didalam alam ini samada nama dialam dunia atau akhirat samada nama yang nyata atau yang ghaib samada nama yang wajib atau yang mustahil samada nama yang zahir dan yang batin, samada nama yang tersurat atau yang tersirat, samada nama dialam jabarrud atau malakut atau lahud.Sekaliannya hanya semata-mata wujud musammah. Erti musammah iaitu tiap-tiap nama pasti ada yang empunya nama dipunyai oleh yang bernama Allah, dipunyai oleh yang bernama Muhammad, dipunyai oleh yang bernama Jibrail. Maka adapun sekalian itu tertakluk takrifnya kepada Qalamullahu ta’ala akan sekalian asma’ullah semata-mata.
Maka apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang bernama pada sekalian nama didalam alam ini hanya semata-mata asma’ullah’ dengan sebenar-benar ‘Haqul-Yaqin.Maka baharulah engkau mencapai wahdaniatullahu ta’ala kepada sekalian asma’.Maka baharulah engkau lepas dari syirik qafi dan ujub dan riak dan takabur, sombong dan bongkak dan sama’ah serta lain-lainnya.Maka jadilah engkau, ahli Tauhid pada asma’ullah dengan sebenar-benarnya
Tauhidul Sifat
Adapun tauhidul sifat ini ertinya mengesakan Allah Ta’ala pada sekalian rupa.Maka apabila engkau pandang dengan mata hati dan mata kepalamu, tiada ada yang berupa pada sekalian rupa yang wujud didalam alam ini samada rupa dirinya atau yang lainnya,samada rupa didalam dunia atau akhirat,samada rupa yang nyata atau ghaib, samada rupa yang zahir atau yang batin,samada rupa yang wajib atau yang mustahil
Sekaliannya itu ditakrifkan bahawa tiada ada yang kaya melainkan Ilallah,tiada ada yang berpangkat melainkan Ilallah,tiada ada yang mulia melainkan Ilallah,tiada ada yang kuat lagi perkasa melainkan Ilallah,tiada ada yang kasih lagi sayang melainkan Ilallah, tiada ada yang indah dan cantik melainkan Ilallah semata-mata dengan Haqul-Yaqin.
Maka apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, tiada ada yang berupa pada sekalian rupa yang wujud didalam alam ini hanya semata-mata sifatullahu ta’ala dengan sebenar-benar ‘Haqul-Yaqin.Maka baharu engkau mencapai Wahdaniahullahu ta’ala pada sekalian rupa.
Maka lepaslah engkau dari syirik qafi dan ujub, dan riak dan takabur, sombong dan bongkak dan sama’a serta lain-lainnya.Maka jadilah engkau ahli Tauhid pada sekalian sifatullah dengan sebenar-benarnya.
Tauhidul Zat.
Adapun tauhidul zat ini ertinya meng-esakan Allah Ta’ala pada sekalian zat.Adalah maqam Tauhidul-Zat ini maqam kesudahan.Dengan Dialah yang boleh sampai kepada maqam yang diatas-atas iaitu kepada orang yang arifinbillah dan orang yang hampir terlebih hadapan dengan Allah.
Tiada ada sekalian makhluk yang boleh sampai kepada maqam baqa’ ini melainkan para-para Anbia dan para-para Aulia dan para2 sahabah.
Maka apabila engkau pandang dengan mata hatimu dengan mata kepalamu,tiada ada zat yang maujud pada sekalian yang mawjud di dalam alam ini samada alam yang nyata atau yang ghaib, samada alam yang zahir atau yang batin, samada alam yang dunia atau akhirat, samada alam Jabar atau Malakut atau Lahut.
Tiada yang lain hanya semata-mata dikatakan wujud mujhir.
Tiada ada yang berzat wujudnya itu disebut Allah & tiada ada yg lain yg maujud disebut ILLA.
Maka sesungguhnya tiada Allah yang diingat.Hanya yang diingati kepada hambanya yang mukmin.
Maka apabila tetap pandangan mata hatimu dan mata kepalamu, bahawa tiada apa yang berzat pada sekalian zat yang wujud di alam ini, hanya semata-mata zatullahu ta’ala yang takluk kepada sekalian sifat-sifat padanya iaitu sifatullah, asma’ullah, dan af’alullah kepada dirinya.
Maka baharulah engkau mencapai ‘Wahdaniatullahu ta’ala’ pada sekalain diri.
Maka lepaslah engkau dari syirik qafi dan ujub dan riak dan takabur dan sombong serta lain-lainnya.Maka jadilah engkau ahli Tauhid pada zatullah dengan sebenar-benarnya.
TAHAP-TAHAP TAUHID
Menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap-tahap Tauhid, Seperti Iman, Tauhid juga bertingkat–tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh seseorang itu semakin bertambah Ilmunya maka semakin meningkatlah TAUHIDnya.
TAUHID ASAS yaitu seseorang yang berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman dan Rukun Islam sahaja sama seperti seseorang yang baru masuk Islam, Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.
TAUHID ORANG AWAM yaitu seseorang hanya mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Tauhid yang sebegini tidak mengamalkan NAFI dan ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya.
Orang pada tingkat ini beriman ia bahawa Manusia itu ialah Manusia dan manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku Manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini Ibarat SABUT KELAPA yang tebal.
TAUHID ORANG KHUSUS/KHAWAS yaitu seseoang disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI dan ISBAT.
Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan DiriKU sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam DiriKU melainkan Allah semata-mata.
Yang mengaku itu ialah YANG BERSUARA itu (Nyawa/Ruh) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu (Jasad/Badan).
Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan DiriKU sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
Yang mengaku itu ialah yang bersuara itu Nyawa atau Ruh dan saksinya ialah Jasad atau Badan (yang menyampaikan suara).
Seseorang pada tingkat ini beriman bahawa Manusia itu tidak mempunyai apa-apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
Segala daya upaya dan sebagainya pada Hakikatnya adalah AF’AAL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid ini juga disebut TAUHID AFA’AL yakni Tauhid Peringkat Pertama bagi Orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA.
TAUHID ORANG KHUSUS AL KHUSUS yaitu Tauhid tingkat Tertinggi, Seseorang pada tingkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam Mayapada ini.
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa tasawufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada Hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa Dirinya sendiri sebagai Manusia pada Hakikatnya tidak wujud. Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasawufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada Hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya. Dirinya sebagai Manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya Anda menganggap bahawa Anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah Anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
Tauhid ini disebut juga TAUHID DZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ dan Af’aal. mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu. Orang pada tingkat ini bersaksi bahwa TIADA YANG WUJUD diseluruh Alam ini YANG WUJUD HANYA ALLAH (LA MAUJUDA ILLALLAH), orang pada tingkat ini sudah MENGETAHUI bahwa Dirinya merupakan sebagai Tajalli ALLAH.
Ada yang bertanya apakah ianya Tauhid Yg Sebenarnya Tauhid
Saya jawab Tauhid Hakiki ialah sadar / akui Yg Wujud Hanya Allah sehingga pd kesadaran kita sudah tidak ada Khalik dan Makhluk
Yang Ujud ESA Hanyalah Zat Wajibul Wujud Yg Menamakan DiriNya Allah
.
Tauhid hakiki bermula dgn Tauhid Afaal yakni tiada perbuatan kita dan orang lain melainkan Perbuatan Allah atau arabnya Afaal Allah
inilah yg kita perakui bila melafazkan Hauqolah(lahauwalaquwata ilah billah...) setiap kali azan yakni mengakui kita takda daya upaya melainkan Yg Berdaya Upaya itu Allah
bagaimana boleh seseorang berbuat jika tidak ada daya upaya
kita pelik juga nape susah sgt org nak bertauhid afaal
org kata...
selagi ada khalik dan makhluk pd pandangan dan kesadaran anda
anda belum lagi bertauhid hakiki
sebab tauhid hakiki itu mengesakan zat allah...yakni yg wujud hanya zat allah
la maujuda illallah
Konsep Wahdatul Wujud ini merupakan Tauhid Hakiki yakni keyakinan bahawa Yg Wujud Hanya Zat Allah....bersesuaian dgn FirmanNya...
segala sesuatu adalah kosong melainkan ZatKu
jika sdra yakin dgn Ilmu Hakikat kena betul betul faham pengetahuan ttg TAUHID serta konsep Wahdatul Wujud ini dan JANGAN sekali-kali merasa ada, merasa aku, merasa mampu, bahkan merasa hidup, karena engkau adalah makhluk ciptaan, maka leburkanlah dalam Ke-EsaanNya (NOL).
(
Sumber dari FB
)
0 comments:
Catat Ulasan