TASAWUF vs Golongan DAJJAL

 



TASAWUF vs Golongan DAJJAL

Kenapa Roth & pengikut2nya (Fremason) sangat benci kepada ilmu tasawuf dan tareqat?

Sebabnya, tasawuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kpd para Sahabat nabi, hanya dengan 313 tentera dlm keadaan kelengkapan yang kurang,dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Saidina Khalid Al-Walid, hanya dengan membawa 59 orang tentera Sahabat, mereka dapat hancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih…

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah yang ulama namakan dengan nama “tasawwuf” dan akidah yang sahih iaitu akidah ahlusunnah waljamaah yang disusun oleh mazhab asya’irah dan maturidiyyah…

Baca sejarah Sultan Salahuddin Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah asy’ari dan bermazhab syafie, baca sejarah sultan muhammad al-fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi mujahid2 lain…

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghanistan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh org Afghanistan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, akidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain2 tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur..

Begitu juga mujahid2 chechen yang menentang Russia juga dlm keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab syafie,berakidah asy’ari dan mengikut tareqat naqshabandi… mereka hancurkan musuh dengan zikir!

Di tanah melayu juga, para pejuang melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab syafie, berakidah asy’ari dan ahli sufi… Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman yang nak istana balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit offer diri untuk bawa,tapi masa yang dia perlukan agak lama,kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi offer untuk bawa istana tu hanya dengan sekelip mata!

Sejak dari hari itu syaitan,jin,dajjal,iblis sangat ANTI kepada ahli sufi kerana “teknologi” mereka lebih hebat! Ahli sufi yang memang terkenal sbg jemaah zikir sangat digeruni Dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu…

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak juga berjaya.

SIAPA YANG BOLEH MENGENALI DAJJAL?

Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

“Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal.”

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?”, saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:

“Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi"

SIAPA AHLI TAWAWUF / SUFI?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang.

APAKAH KELEBIHAN ILMU TASAWUF?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar.

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.

AMALAN ILMU TASAWUF

Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut.

APAKAH ITU TASAWUF

Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.

Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.

Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka.

RINGKASAN PENCAPAIAN ILMU TASAWUF

Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:

-Diploma (Dip)
-Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec)
-Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA)
-Doktor Falsafah (PhD)
-Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahupun pemerintah.

Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama dikalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.

Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

-Nafsu Lawwamah
-NAfsu Mutmainnah
-Nafsu Mardiah
-Insan Nur Kamil

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan terssebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu’. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.

DAJJAL TAKUTKAN GOLONGAN TASAWUF

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpdedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.

Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seprti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung disebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama umat Islam itu sendiri.

PROSES MENGHALANG AMALAN TASAWUF OLEH DAJJAL

Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat. Ucapan zikir secara berjemaah sebanyaka beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.

Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;

“Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan….”

Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Telah dijelaskan sebelum ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah.

CARA MENGENALI DAJJAL ADALAH DENGAN MEMPELAJARI TASAWUF

Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.

BAGAIMANA KITA BOLEH MEMPELAJARAI TASAWUF DAN TAREKAT?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.

Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak.

KESIMPULAN

Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.

Seorang sahabat saya yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir. Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

( Sumber dari tasawuf / Rosman Mansor ) 

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan