MATI MA'NAWI & MATI HAKIKI - Suatu penjelasan dari sudut ilmu hakikat dan makrifat.
Mati sebelum mati itu terbahagi dua jenis..
Pertama, Mati Ma'nawi, iaitu mematikan sifat-sifat kebathilan dalam diri. Mati jenis ini dapat dicapai oleh akal dan ilmu.
.
Kedua ialah "Mati Hakiki"..
Mati Hakiki pula terbahagi kepada dua.
.
Kedua ialah "Mati Hakiki"..
Mati Hakiki pula terbahagi kepada dua.
Satu, ialah mati tidak kembali lagi ke dunia.
Kedua, ialah benar-banar dia mati sebentar dan hidup semula.
(Benar2 dia terkeluar dari tubuh dan melihat/menyaksikan tubuhnya dari luar tubuh dalam keadaan sedar dan waras, kemudian dia dimasukkan oleh الله semula kedalam tubuhnya. (Kejadian ini berlaku beberapa kali).
(Az-Zumar:42)
Allah memegang jiwa orang ketika matinya dan memegang jiwa orang yg belum mati di waktu tidurnya;
maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tand keKuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."
Mati Hakiki tidak dapat dicapai dengan ilmu, tidak dapat di ajar mana-man guru ghaib atau nyata, kecuali ianya terjadi kerana Qudrat dan Irodat الله.
Mi'raj Rasulullah ï·º itu ialah satu bentuk (keluar tubuh).
"Mereka menjawab: "Ya Tuhan Kami Engkau telah mematikan Kami dua kali dan telah menghidupkan Kami dua kali (pula), lalu Kami mengakui dosa2 kami. Maka Adakah sesuatu jalan (bagi Kami) untuk keluar (dari neraka)?" (Al Mu'min : 11)
Rohku(Diri Sejati) tidak diajar maupun mengajar.
Tidak digurui sesiapa, tidak pula menggurui sesiapa.
Dia cuma digerakkan الله untuk berkongsi ilmu..
Dia cuma menzahirkan Qudrat dan Irodat الله.
Solatlah sebelum disolatkan, bertaubatlah sebelum mati, matilah sebelum mati.
(Moga mengerti)
Manusia dalam tubuh itu hanya memandang dari bumi ke langit..
Yg terkeluar dari tubuh itu memandang tubuhnya dari luar tubuhnya..
Wali2 الله yg dijaga itu tersembunyi, tidak dikenal oleh penghuni dunia.. Mereka tidak mati kecuali atas permintaannya sendiri tetapi tidak akan dimatikan الله sebelum terlaksana semua tugas2nya didunia dan الله akan kabulkan do'a dia.
Di Akhirat, yg beriman akan bersama yg beriman, yg kufur akan bersama yg kufur, yg pengikut syaitan akan bersama syaitan, yg sombong akan bersama orang2 yg sombong.
( Sumber dari Kitab Ghaib TAUHID Al-Haq. )
0 comments:
Catat Ulasan