"KOSONGKANLAH HATIMU DARIPADA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MEMENUHINYA DENGAN PENGETAHUAN DAN RAHASIA"
Teruslah belajar dan belajar sampai engkau tdk lagi menyalahkan orang lain dan tidak lagi menyalah
kan Dirimu sendiri maka disitulah SIFAT ARIF datang dengan sendirinya..
KESIMPULAN HATI
Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir
Kedua Sum’ah Lawannya Bid’ah
Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat
Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.
KEDUDUKAN NIAT
Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus melaksanakan :-
QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan
TAKRID menentukan ZAT akan SIFATNYA dan kepada yang disifatkan.
TA’AYUN sebenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku kepada Sifat yang disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.
Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima PemberianKu.
Apabila masanya sudah sampai maka kembalilah anda ke rahmatullah bertemu dengan tuan yang empunya diri. Dari Allah kamu datang dan dari Allah juga kamu akan kembali. Bagi ahli2 makrifat, mereka tidak takut kepada neraka atau berharap kepada syurga. Apa yang mereka inginkan ialah Allah, Allah, Allah. Bersamanya dimakam yang terpuji yang telah dijanjikan...
0 comments:
Catat Ulasan