ENAM AJARAN DIWARTAKAN HARAM DI NEGERI SEMBILAN


 ENAM AJARAN DIWARTAKAN HARAM DI NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN - Sebanyak enam ajaran di Negeri Sembilan difatwakan haram kerana bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu dibuat susulan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS), hari ini.

"Ajaran yang diharamkan itu ialah golongan antihadis, Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin.

"Turut diharamkan, ajaran Zikir Alunan Zat Cinta / Hikmah Al-Fatihah daripada Mohd Zaman Mohd Nor dan ajaran Millah Abraham@ Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan JMNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau dan membantu masyarakat kembali ke pangkal jalan selain menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan mana-mana ajaran sesat.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/…/Enam-ajaran-diwartakan-har…
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan