CAHAYA DI ATAS CAHAYA
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Inilah hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
"Aku telah hafal dari Rasulullah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku dianjurkan untuk menyebar luaskan kepada sekalian manusia iaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku tidak diperintahkan untuk menyebar luaskan kepada manusia iaitu ilmu seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebar luaskan nescaya engkau sekalian memotong leherku."
(HR. Thabrani)
Sudah jelas sekali bahawa hadis di atas mengkiaskan suatu rahsia yang sangat dalam. Ilmu agama itu ada dua, iaitu ilmu syariat dan ilmu hakikat, iaitu jalan yang dilalui oleh para ahli tasawuf dan para ahli sufi dalam proses mencari kebenaran sejati tentang pengenalan akan dirinya yang akan bersambung dengan pengenalan akan tuhannya.
Hai’atil Maknum merupakan ilmu hakikat yang sangat rahsia kerana ilmu ini berkait dengan KETUHANAN.. Andai kata kita tersalah dalam mentafsirkan, maka akan terjatuh kepada lembah kekufuran, maka sudah jelas hadis di atas adalah untuk para ahli sufi, para wali, dan sekalian insan kamil.
Hakikatnya, kita selaku hamba Allah, biarlah amal ibadah kita ini sedikit, asal saja makrifat kita kepada Allah sentiasa bersemayam di dalam diri kita. Ini adalah lebih bagus daripada amal ibadah yang banyak, tetapi hati kita lalai daripada Tuhan. Allah telah berfirman:
"Maka kecelakaanlah bagi orang² yang solat, iaitu orang² yang lalai daripada solatnya, dan orang² yang berbuat riyak."
QS Al-Maa’un: ayat 4-6.
( Hakikat Insan )
0 comments:
Catat Ulasan