Asal Nyawa

 


Asal Nyawa

CHAHAYA SUBHANALLAH yang zatnya daripada NUR ZAT ALLAH, maka yang dinamakan cahaya yang gilang gemilang eloknya, indahnya, maka cahaya yang tidak ada tandingannya dalam dunia dan akhirat itulah yang dinamakan Nur Muhammad. Tatekala Zat Allah itu hendak menjadikan Nur Muhammad itu, Zat yang Maha Suci itu bernama AS SAMAD. Maka As Samad menilik SIFAT JALAL NYA, maka memancarlah Cahaya yang gemilang yang indah tidak ada bandingnya, maka terjadilah Nur Muhammad. Maka nyawa Nur Muhammad itulah yang berasal daripada Nur Zat Allah. Maka Nur Muhammad itulah awal MUNGKINUL UJUD, atau awal kejadian yang dijadikan Allah. Setelah 125 tahun lamanya maka baharulah jadi daripada Nur Muhammad itu nyawa Insan, iaitu yang berasal daripada jawahir yang dinamakan Napas, Ampas, Tanapas, Nupus, yang dinamakan SIRRULLAH (Rahsia Allah). Maka kejadian itu di dalam Alam Ghaib atau dinamakn peristiwa yang belum ada lagi bumi dan langit, bintang, bulan, matahari, yang ada hanya Nur Muhammad dan Alam Ghaib.
Maka daripada Alam Ghaib itulah turunnya ALAM ROH maka jadilah Roh iaini nyawa yang belum ada jasad yang lebeh tua daripada langit dan bumi. Setelah jadi semua Roh atau nyawa tanpa jasad maka disanalah diisyaratkan Firman:

"ALASTU BIRABIKUM QALU BALA SYAHIDUNA"

Maksudnya:

"Adakah tidak Aku Tuhan kamu", Berkata mereka iaini Roh-Roh, "Ia, Engkau Tuhan kami dan kami megaku".

Maka sujudlah sekalian Roh yang Mukmin, bersama-sama Nur Muhammad. Yang tidak mahu sujud ialah Roh orang-orang Kafir dan orang Musyrikin serta Iblis.

Di depan RABBUL JALAL, di Alam Ghaib yang tersebut itu, tidak ada satu Roh pun yang dapat berkata dengan Allah, hanya Nur Muhammad saja yang berkata:

"ANA ABDUKA IBNI ABDUKA LAA'BUD GHAIRUKA ILA ANTA".

Maksudnya:

"Hamba-hamba Mu, anak hamba Mu, tidak hamba sembah hanya Engkau dan Engkaulah yang hamba sembah.

Maka Roh yang lain-lain semuanya membisu belaka, dikala itulah Firman Tuhan:

"Engkau Nur Muhammad adalah bayang Aku dan Aku adalah Raja segala bayang. Jangan kamu syrik akan Aku"

Maka di dalam mertabat Firman itu semuanya Roh-Roh yang Mukmin mengàku bahawa Zat Allah yang bernama ZAT LAISA itu Tuhan, ZAT LAISA yang tiada menyerupai sesuatu, samada dalam angan-angan atau lintasan fikiran. Maka itulah persumpahan semua Roh-Roh di dalam Alam Ghaib ataupun di Alam Roh.

( Sumber dari FB Ismail Abdul Aziz )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan