ADAKAH KITA TAHU ?


  ADAKAH KITA TAHU ?*

* Adakah kita tahu siapa yang teman Nabi Musa as mencari Nabi Khidir as ?

Nama Beliau adalah Yusha' dan Beliau juga adalah anak murid Nabi Musa as.

* Adakah kita tahu bahawa matahari pernah berhenti ?

Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as ketika menjelang mahgrib.

* Adakah kita tahu siapa Qorun ?

Qorun ini adalah seorang yang kaya, bijak lagi tampan. Dia juga adalah sepupu Nabi Musa as.

* Adakah kita tahu apa yang mmbuat Qorun berpaling ?

Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa as.

* Adakah kita tahu Qorun ?

Dia mati bersama askar dan harta-hartanya kerana menfitnah Nabi Musa as berzina. Dia telah ditelan bumi sikit demi sedikit.

* Adakah kita tahu siapa Firaun ?

Firaun ini adalah bapa angkat Nabi Musa as. Suami wanita teragung dunia Asiah.

* Adakah kita tahu asal nama Nabi Musa as ?

Nama Nabi Musa as diambil sempena nama pokok (Mu) dan air (Sa). Ketika dihanyutkan bekas itu tersangkut di situ (Sungai Nil). Didalam istana firaun.

* Adakah kita tahu bahawa Nabi Musa as duduk langit ke berapa ?

Nabi Musa as duduk dilangit yang ke-6.

* Adakah kita tahu Firaun ?

Firaun pernah membina menara setinggi 15km, semata-mata untuk melihat Tuhan Nabi Musa as. Disinilah dia mengaku dia Tuhan.

(Surah An-Nazi'at, ayat : 24)

* Adakah kita tahu Firaun ini ?

Di tidak pernah sakit, tidak pernah bersin, tidak pernah menguap. Pendek cerita, perkara-perkara yang melemahkan ini semua dia tidak pernah rasa.

* Adakah kita tahu Firaun pernah bertaubat ?

Ketika hampir tenggelam di laut merah, dan Roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tidak lagi diterima. Kerana taubat itu penyesalan, firaun bertaubat kerana takut.

* Adakah kita tahu Piramid di Mesir ?

Piramid itu adalah kubur orang-orang kanan firaun.
Itu kubur mereka, agak-agak kita rumah mereka besar mana ?
Allah tinggalkan sikit sejarah mereka untuk kita ambil pengajaran.

Kita tahu bahawa firaun pernah mengaku dirinya Tuhan. Pada hari firaun mengaku dirinya Tuhan, dia pengsan dan larilah iblis dari berdamping dengan firaun kerana takut akan kemurkaan Allah swt. Iblis lari didalam kehairanan.

* Adakah kita tahu kenapa Iblis tidak pernah mengaku dirinya Tuhan ?

(Surah al-A'rf, ayat : 12)

Iblis tahu bahawa Allah swt yang ciptakan dia (Daripada api) mana mungkin dia hendak mengaku dirinya Tuhan.

* Adakah kita tahu kenapa Iblis tidak meminta hidup selama-lamanya ?

(Al-hijr, ayat : 36)

Iblis tahu Perbendaharaan Allah swt. Iblis ini dulu adalah alim, ahli ibadah, dia punyai ilmu dan Iblis juga yakin bahawa dunia akan kiamat. Sebab itulah dia hanya meminta tempoh sampai disitu saja (Hari kiamat).

* Adakah kita tahu lepas Iblis meminta tempoh itu apa Allah swt buat ?

Allah swt terus memperkenankan doa iblis ketika itu jugak. Iblis ini musuh Allah swt dan manusia.

Jikalau doa iblis dihari dia menderhakai Allah swt pun Allah swt perkenan. Apa lagi kita ini ? manusia ditambahkan lagi Umat Kekasih Dia. Antara umat yang paling Dia sayang dan mengatasi yang terdahulu.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau adalah cicit Nabi Idris as.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau hidup 950 tahun.

(Surah Al-Ankabut, ayat : 14)

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau mempunyai 4 orang anak, kesemuanya lelaki.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau ditentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarganya. Terutama dari isteri dan anak sulung.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Allah sebut nama Beliau 43x didalam Al-Quran.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau antara Nabi Ulul Azmi sebelum,
Nabi Ibrahim as
Nabi Musa as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau pernah berasa malu kepada Allah swt. Beliau hanya ada 83 orang pengikut setelah berdakwah beratus-ratus tahun.

*Adakah kta tahu Nabi Nuh as ?

Dia sangat-sangat malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan untuk umat Beliau, umat yang ingkar arahan Beliau.

(Surah Nuh, ayat : 26)

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Syirik bermula sejak zaman Beliau.

(Surah Nuh, ayat : 23, 24)

* Adakah mita tahu Nabi Nuh as ?

Kaum Beliau yang ingkar kepada Allah swt, bala datang dengan banjir dan taufan. Dan akan dimasukan ke dalam neraka.

(Surah Nuh, ayat : 25)

* Adakah kita tahu dimana Nabi Nuh as membuat bahtera ?

(Surah Hud, ayat : 37)

Allah swt mewahyukan kepda Nabi Nuh as akan perihal kapal tersebut.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Panjang kapal itu 1200 hasta,
Lebar kapal itu 600 hasta,
Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Tingkat pertama kapal dipenuhi haiwan liar,
Tingkat kedua untuk Nabi Nuh as dan kaumnya,
Tingkat ketiga untuk burung-burung dan ungas-ungas.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Beliau mengutuskan burung gagak untuk memeriksa keadaan bumi pada masa itu. Tetapi gagak terlupa, kemudian Nabi Nuh as mendoakan burung gagak itu akan terus di benci oleh manusia.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as utus burung apa lepas itu ?

Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati itu bawa balik di paruhnye pohon zaiton dan di kakinya pohon tin.

Kemudian Nabi Nuh as mendoakan merpati tadi agar disenangi oleh manusia.

* Adakah kita tahu Nabi Nuh as ?

Percayalah bumi yang kita pijak sekarang ini pernah di banjiri air

(Surah Nuh ayat : 27, 28)

( Syeh Haqtullah )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan