PENJELASAN APA ITU SYARIAT, TAREKAT & HAKIKAT



PENJELASAN APA ITU SYARIAT, TAREKAT & HAKIKAT Oleh Sheikh Aleey Abd Qadir.

DEFINISI TAREKAT


Asal perkataan tarekat dengan maksud jalan. Ada juga menyebut dengan perjalanan menuju kepada Allah, sama ada disebut tariq atau tarekat, ia merupakan sama seperti dengan nama sirah dan mazhab. Tarekat juga datang dengan makna hal seperti dikatakan dia dalam keadaan baik atau sebaliknya. Dalam kitab Lisan al-Arab dan al-Sihah, ada juga menyebut tarekat kaum dengan maksud yang terbaik dan terpilih di kalangan mereka. Ia lebih kepada perjalanan hati dalam menuju ma’rifatullah dan mardhatillah.


Dinyatakan di sini beberapa takrif berkenaan dengan tarekat:

Al-Kasyi berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus bagi ahli suluk menuju kepada Allah dengan memutukan segala manzilah dan naik hingga mencapai kepada beberapa maqam.

Al-Jurjani berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus oleh ahlinya dalam menuju kepada Allah dengan menghapuskan segala halangan dan menaiki kepada maqam . Lihat al-Takrifat (hal. 160)

Imam al-Qusyairi berkata: Tarekat ialah jalan atau suluk syariah, iaitu beramal dengan segala tuntutannya. Lihat Syarh al-Risalah al-Qusyairiah (hal. 43).

Al-Tahanawi pula berkata: Ia merupakan jalan menyampaikan ke syurga. Ia adalah lebih khusus daripada syariah kerana terangkum padanya hukum-hukum syariat daripada amalan soleh yang bersifiat jasadi dan mengelakkan daripada semua yang haram dan makruh. begitulah juga hukum-hukum yang khusus daripada amalan hati dan puncaknya berlepas diri selain Allah.

Kebanyakan para ulama tasawuf apabila mentakrifkan tarekat menyebut apa yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam merumuskan tarekat dan tujuannya, antaranya kata beliau dalam Ihya’ Ulum al-Din,

"Tarekat ialah jalan atau cara yang mendahulukan mujahadah, menghapuskan sifat mazmumah, memutus segala hubung kait dengan makhluk dan mengadap dengan penuh himmah kepada Allah. Sejauh mana pencapaian natijahnya, maka Allah lah yang menguasai hati hamba-Nya dan menanggung dalam memberi cahaya dengan cahaya-cahaya ilmu. Lihat al-Fatawa oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud (2/236)

( Rahmat Rahman )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan