SEMBAH YANG SEBENAR


SEMBAH YANG SEBENAR

Penyembahan yang sebenar hanya boleh dilakukan apabila Hijab yang menutup Hati tersingkap agar Cahaya Abadi menyinarinya. Hanya selepas itu Hati menjadi terang dengan Cahaya Ilahi. Hanya selepas itu Roh menyaksikan perumpamaan Ilahi itu.
Tujuan diciptakan Alam Maya adalah untuk ditemui Khazanah Rahsia itu. Allah berfirman melalui Rasul-Nya.
Aku adalah Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Aku suka dikenali lalu Aku ciptakan Makhluk agar Aku dikenali.
Ini bermakna Allah boleh dikenali di dalam Dunia ini melalui Sifat-Sifat-Nya. Tetapi untuk melihat dan Mengenali Zat-Nya sendiri hanyalah boleh terjadi dengan Mentauhidkan Diri. Di situ melihat Allah adalah secara langsung sebagaimana yang Allah kehendaki dan yang melihatnya adalah Mata Bayi Hati.
Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Allah mereka melihat.
Nabi Saw berSabda, Aku melihat Allah di dalam rupa jejaka tampan Mungkin ini adalah Bayangan Bayi Hati. Bayangan adalah Cermin. Ia menjadi alat untuk Menzahirkan yang Ghaib.
Hakikat Allah Yang Maha Tinggi tidak menyerupai sesuatu sama ada Bayangan atau bentuk. Bayangan adalah Cermin, walau pun yang kelihatan bukanlah Cermin dan bukan juga orang yang melihat ke dalam Cermin. Fikirkan tentang itu dan cubalah memahaminya kerana Allah adalah Hakikat kepada Alam Rahsia-Rahsia.
Tetapi semuanya berlaku pada Makam Sifat. Pada Makam Zat semua kenyataan hilang, lenyap. Orang yang di dalam Makam Zat itu sendiri lenyap tetapi mereka merasai Zat itu dan tiada yang lain.
Betapa jelas Nabi Saw menggambarkannya, Aku daripada Allah dan yang beriman daripada Aku Dan Allah berfirman melalui Rasul-Nya.
Aku ciptakan Cahaya Muhammad daripada Cahaya Wujud Aku Sendiri
AKU DARI NUR ZAT SEKELIAN CAHAYA ALAM DARI NUR
ke ( ILMU WEDARING JATI DIRI SANGKAN PARAN DUMADI / SPD )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan