Amalan Zikir Yang Menghidupkan Nafas dengan Zikir


Zikir Nafas (kaedah amal) & amalan Zikir Yang Menghidupkan Nafas dengan Zikir

- Mengenal Nafas
- Mengenal Asal usul nya Nafas
- Mengenal Datang nya Nafas
- Mengenal Reservoir Nafas
- Mengenal Punca Kedatangan nya Nafas
- Menghargai Nafas dengan Haqqul Yakin
- Melihat kedatangan Nafas dari Pandangan Ainul Yakin
- Tarbiyyah diri dengan Muttu Qabla an tammutu [ hadis]
Latih mematikan diri-
- Latih pergerakan Allah-(memulangkan Zat,Sifat,Asma,Af’al Allah s.w.t)Dengan Muraqabah dan Musyhadah
- Latih Ilmu Allah -Dengan KALIMAH Syahadah dan Syuhud (Qudrat”Kuasa”,Iradat”berkehendak”,Ilmu”ilmu”,Hayat”hidup”)
Bagi kaum Aribillah, Nafas adalah Imej cermin dari Roh , nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya. Nafas umpama alam barzakh.
Kaum Aribillah dan ahli Rohani Rabbani amat mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Robnya. Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.Jika seseorang itu berjaya mengawal emosinya.
Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tiada Roh , mereka di perbodohkan dan tertipu daya oleh syaitan , apa gunanya sebujur jasad walaupun ianya seorang raja , seorang yang cantik dan kaya jika tiada Roh dan Nyawa akan di kebumikan dengan secepat mungkin. Roh dan kerohanian amat penting dalam memahami pengertian hidup dan perjalanan hidup ini .
Nafas berasal dari Robbul Alameen , Soalan pertama adalah mengenal Bagaimana turun dan naiknya Nafas ini dari sebatang tubuh yang tidak ada hawl dan quwwah , dan bagaimana ratusan ribuan jutaan makhluk menerima Nafas turun , Nafas naik dengan secara sistematik dan secara teratur dan tanpa ada gangguan , dan tiada kehilangan satu nafas yang tergendala dalam ribuan juta tahun kecuali sudah sampai ajal maut seseorang itu dengan taqdir Nafas dan usia hayatnya. Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah rahsia Illahi.Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, manakala para ahli “tenaga dalam” mengamalkan pernafasan untuk mengaktifkan tenaga ghaibnya sehingga dapat melakukan perkara yang luar kekuatan jasad.Kaum sufi menamakan ianya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.
Zikir Nafas adalah jentera pengerak kepada semua sistem rohani dan jasmani.Zikir Nafas adalah merupakan IBU kepada segala zikir.Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan.Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri.Pecahan zikir ini ialah zikir Nufus, Tanaffas dan Amfas.
Keempat-empat perkara ini berkaitan diantara satu sama lain.Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nufus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) rahsia Allah.Nufus,Anfas dan Tanaffas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.Adalah tidak seronok/enak membicarakan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan dengan ilmu yakin, ataupun ainul yakin.Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada pembicaranya kelak.Sudah menjadi ghalib/kebiasaan manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya, meskipun jalan paling baik jika ia berhadapan dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakkuf) disamping belajar untuk memahaminya.
Kedudukkan Sistem Batin dan kerohanian rabbani ini bergerak dengan Kuasa Qudrat yang mutlak dan hanya dapat di lihat dengan mata hati oleh mereka yang telah hidup hati mereka secara zahir dan batin. Tanpa ILMU Mata hati memang hati itu tidak akan terbuka dan hidup dan tidak akan dapat memerhatikan keajaiban hati ini.
Kedudukan Anfas ialah dihidung.Tanaffas ditelinga dan Nufus diJantung, manakala Nafas ialah dimulut.Anfaas,Nafas,Tanaffas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.
Apakah insan mudah memahami gerakan sistem spiritual dan rohani rabbani ini tanpa mengenal Robnya dan ILAH nya , dia sekali-kali tidak akan mengenal Rob nya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH. Semua sistem pengerakan Nafas , Anfus , tanaffas adalah satu sistem Unggul dan yang ajaib yang penuh dengan mukjizat.Tanaffas ia bergerak di telinga,Nufus dijantung,Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsur ini,Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan dengan perasaan zahir.Justeru itu dalam bab ini kita akan untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja.
Nafas adalah sumber utama dalam menghidupkan hati dan jasad. memahaminya dan menguasainya akan membawa Insan itu kepada kejayaan.Nafas adalah saluran penting bagi kita meneruskan hidup di atas bumi ini, ada jasad tanpa Nafas , tidak berguna jasad ini. Ada roh tapi tiada Nafas tidak juga bermanfaat Roh itu kepada jasad.
Bila sebut Nafas orang tahu,iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh)Kalau mengikut pengertian saintifik,udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.
Fikirlah dan renungkan lah betapa penting nya penguasan Nafas dalam hidup dan tanpa penguasan ini anda tidak akan bahagia secara zahir dan batin. Ramai ahli sains mengakui hakikat ini bahawa semua punca masalah hidup yang membawa kepada keadaan tidak bahagia adalah kerana tidak wujud harmoni di antara jasad dan qalbu - emosi dan minda.
Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi dan jasad ada kaitan yang amat rapat jika tidak di kawal ianya akan membawa mudarat kepada tubuh badan dan juga anggota badan yang menjalankan tugas penting dalam sistem peredaran darah dan sistem oxygenation. Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan Robnya.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan yang betul, atau disebut oleh ahli Tasauf sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam al-Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah/zulumat).
Pernafasan yang betul akan memaksimumkan penyerapan oksigen yang amat penting dalam kehidupan dan kesihatan manusia.Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser,gangguan saraf, leukemia dan lain-lain.
Teknik Kaedah Zikir pernafasan:
Perut dikempeskan se-kempes mungkin dan dikeraskan, agar energi yang dibangkitkan besar.
> Tarik nafas perlahan-lahan dan kemudian dalam-dalam, dada digembungkan, perut dikecilkan, tahan selama beberapa detik agar diproses oleh paru-paru, dan lepaskan.
> Penarikan Nafas harus dengan tertib dan juga secara natural tanpa di paksa atau pun di desak - kaedah ini akan gagal menghasilkan satu proses yang mukammil.
> Kemudian tarik nafas kembali dalam-dalam, tahan selama beberapa detik, dan selanjutnya[ sebaik nya 5-1-5 atau 10-1-10 atau pun 3-1-3] , tarik 3 saat - tahan 1 saat - dan lepas 3 saat ] atau ikut kekuatan daya tarikan dan hembusan.
> Lanjutkan terapi pernafasan dengan dada tetap digembungkan, dan perut tetap dikempeskan dan dikeraskan.
Menarik nafas dengan membayangkan menghirup udara yang bersih dan sehat, lepaskan nafas dengan membayangkan membuang penyakit, racun dan udara kotor.
Nafas ditahan agar proses biologis didalam paru-paru berlangsung sempurna, yaitu : oksigen yang diudara diserap oleh paru-paru ( secara maximal ) dan udara kotor beracun ( CO2 ) dilepaskan ke-udara untuk kemudian dibuang keluar saat melepaskan nafas. ( Dengan bernafas biasa maka proses berlangsung tidak sempurna, karena belum sempat terjadi pertukaran secara lengkap, udara sudah dikeluarkan lagi dari paru-paru ).
Waktu ingin melakukan zikir nafas kita wajib memulangkan Zat, Sifat, Af’al kita kepada Zat, Sifat, Af’al Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang batin iaitu Ruh dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya Wujud Yang Qadim Zat Allah jua.La maujud illAllah yang bermaksud tiada yang ada di alam ini pada hakikatnya melainkan Allah jua.Hakikat nafi pada diri kita ialah la wujud(tiada yg wujud) , la qadir(tiada yg Maha kuasa) , la hayun, la muridun, la alimun(tiada yg Maha mengetahui) , la samiiun(tiada yg mendengar) , la basirun (tiada yg Maha melihat) , la mutakalimun fil haqiqah illAllah.
Berkata para Arifbillah, ”matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan”.[ Hadis Sohih].
Mati disini dibahagikan kepada empat:
1) Mati Hissii iaitu seolah-olah sudah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat JalalNya dan JamalNya dan kesucianNya.
2) Apa dia hakikat Assolatu Mi’raju lil Mukmineen. Mi’raj iaitu selepas sempurna mematikan diri kita hendaklah melakukan mi’raj ertinya iaitu menaikkan nafas kita malalui alam “Qaba qawsain au adna” iaitu antara kening merasa penuh limpah dalam alam Qudus iaitu dalam benak kepala kita hingga hilang segala ingatan yang lainnya.Ia dinamakan mati ma’nawi iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu melainkan hanya berhadapan pada Allah jua.
3) Mati dalam Hidup dan Hidup dalam kematian , ini lah hakikat mati lah kamu sebelum kamu di matikan. Mati segala usaha ikhtiar segala daya upaya diri kita hanya kita mendirikan sembahyang dengan melihat pada matahatinya dari Allah,degan Allah dan untuk Allah.Dari Allah mengerakkan Ruhaniah,dari ruhaniah mengerakan Al-Hayat, dari Al-Hayat menggerakkan nafas dan dari nafas menggerakkan jasad dan adalah pada hakikatnya itu Allah jua yang menggerakkan sekaliannya sebagaimana firmaNya: “Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad Sala Allahu Alaihi Wasalam - ketika engkau melontar tetapi Allah lah yang melontarnya…”.Pada pandangan zahirnya perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua.
4) Mati dalam tidur - Ini adalah satu rahsia marifah dalam hidup yang hanya di ketahui oleh para Arif Billah dan Alimbillah - bukan nya oleh alimbil kitab, ramai orang alim bil kitab tetapi jahil tentang Allah dan segala ilmu tauhid dan ma’rifatullah.
Zikir Nafas adalah Ummul Zikir. Dan seafdal-afdal Zikir yang mampu memberi kekuatan Rohani rabbani adalah Zikir Khafiyee, ini di jelaskan dalam beberapa hadis sohih.Zikir Nafas adalah selaku Nor Cahaya yang memancar keseluruh jiwa seorang pengamal Zikir Nafas.Zikir nafas ini adalah besar faedah.Dengan melakukan zikir nafas sahaja ia boleh memecahkan ketulan darah hitam yang berada dihati yang dianggap sebagai istana iblis itu.Selagi istana Iblis tidak terpecah dan hancur musnah Nur Qalbi sebagai penyuloh lampu ma’rifat yang diharapkan itu tidak mungkin diperolehi.Nur itu tidak akan bersinar menyuloh kegelapan dalam diri.Kalau pun ia menyala tetapi cahayanya tidak telus.Zikir Nafas adalah ibu segala zikir. Ianya mampu membersihkan segala kotoran dalaman dan rohani Rabbani .
#amalkan zikir ini:.
لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
"Lailahaillallah Muhammadur Rasullullah, Fii Kulli Lamhatin Wanafasin Adadama Wasi'ahu ilmullah"
Kerana Allah semata,in sya Allah,nafas akan hidup dengan nafas berzikir.dan dapat menyaksikan pendengaran mata hati nafas berzikir.
#Baca 3 kali setiap lepas solat,dengan satu nafas atau baca macam biasa, atau baca sebanyak mungkin yang kalian kehendaki
sebaik baiknya puasa pada permulaan masa menekuni amalan
( Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Komen