Ma'rifah itu Hakikat Hati.


Semua ilmu yang di miliki itu,tiada artinya,kerana yang memilki hanya
Allah dan ketika kita mati maka ilmu tersebut akan kembali kepada Allah sendiri.Jadi janganlah sombong kerana ilmu Allah itu sangat luas.

Di antara penyakit mereka yang berada di jalan dakwah ialah merasakan diri berada di atas kebenaran hakiki...Lantaran itu mereka sibuk mengangkat tokoh dan Jamaah melebihi dari Islam itu sendiri.

Mereka akan bersifat keras dengan pandangan dan pendekatan tokoh dan kumpulan mereka sehingga tiada mampu bertolak ansur dengan mereka yang berbeza dengan mereka. Sahabat-sahabat mereka yang berlainan aliran dijadikan sebagai musuh bukan sahaja musuh Jamaah mereka tetapi musuh Islam... Wala hawla wala quwwata illa biLLah..

Semua gejala ini adalah buah dari satu penyakit yang terkait dengan penyucian nafsu... (tazkiyat an nafs)... Iaitu buah pohon ananiyyah yang teguh berdiri menjulang ke langit dengan akarnya teguh mencengkam bumi.

Pohon ananiyyah Inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan perbalahan di kalangan para amilin di medan dakwah. Ia bukan sahaja menimpa para amilin tetapi juga para qiyadah...

Tanpa penumpuan kepada tazkiyat an nafs dengan bersungguh-sungguh dan pertolongan Allah nescaya kita tiada mampu keluar dari wabak ini. Tazkiyah memerlukan Murabbi yang memahami selok beloknya berdasarkan pengalaman yang dilaluinya bersama Murabbinya dahulu.

Dakwah hari ini lebih memerlukan Murabbi dari para duat..

Ibnu AthoiLLah As Sakandari rah. mengingatkan kita dalam hikamnya:-
ادفن وجودك في أرض الخمول فما نبت مما لم يدفن لا يتم نتاجه.


Ma'rifah itu Hakikat Hati.
ALLah swt jadikan hati untuk ma'rifah kapada ALLah bukan yang lain.
Firman ALLah, "Aku adalah perbendaharaan yg tersembunyi Aku ingin di kenali dan dicintai, lalu Aku jadi Insan untuk mengenali AKU."
Ta'aluk hati mengenal ALLah, ta'aluk jasad menyembah ALLAH swt.

Hati yg ma'rifah dan tubuh yg menyembah, itu gunanya dijadikan Hati makrifatullah (Hakikat bagi 'hat)'. Orang yg tidak ma'rifah itu tiadalah baginya HATI

Dlm menjalani KeHIDUPan begitu banyak Rahasia dan semua Rahasia Akan terungkap apa engkau saling MENGENAL,mengenal dgn tuan empunya Rahasia,Maka semua ilmu akan datang secara Rahasia dariNYA,maka KENALILAH yg mempunyai rahasia,maka DIA Akan memperkenalkan sesuatu yg rahasia AL INSANU SIRRI WA ANNA SIRRUHU : manusia itu RahasiaKU dan Aku RahasiaNYA


Allah Ta'ala berfirman, "Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku mengumumkan perang terhadapnya dari-Ku. Tidak ada yang paling Aku cintai dari seorang hamba kecuali beribadah kepada-Ku dengan sesuatu yang telah Aku wajibkan kepadanya. Adapun jika hamba-Ku selalu melaksanakan perbuatan sunah, niscaya Aku akan mencintanya. Jika Aku telah mencintainya, maka (Aku) menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, (Aku) menjadi penglihatan yang dia melihat dengannya, menjadi tangan yang dia memukul dengannya, menjadi kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon kepada-Ku, niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta ampun kepada-Ku, niscaya akan Aku ampuni, dan jika dia minta perlindungan kepada-Ku, niscaya akan Aku lindungi."

ke ( HAKIKAT INSAN (Mengenal Diri )

 

 
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan