IJAZAH GURU MURSYID


IJAZAH GURU MURSYID*

Zaman sekarang banyak amalan-amalan yang boleh didapatkan di laman sosial, ada juga yang dijual merata-rata tempat. Namun harus di ingat sebelum hendak mengamalkan sesuatu amalan itu perlu ada "IJAZAH".

Ianya sebagai Izin atau Hak Guru yang diberikan kepada seseorang didalam suatu amalan-amalan tertentu, terutamanya Ilmu Kebatinan dan Ilmu Hikmat, secara hakikatnya ianya adalah penanaman benih suatu ilmu dari Roh seseorang Guru kepada Roh seseorang Murid. Dan ianya juga sebagai izin seseorang Guru kepada Muridnya untuk mengajarkan ilmu yang diperolehi kepada orang lain.

"IJAZAH itu sangat penting untuk menjaga Sanad sesuatu amalan agar tidak terputus, Sanad sesuatu ilmu itu sama pentingnya dengan ilmu yang diamalkan."

Maka dari itu, izin dari seorang Guru yang berupa IJAZAH kepada Muridnya sangatlah diperlukan agar mendapatkan bimbingan, keberkatan dan keredhaan seorang Guru agar kelak kita tidak tersesat oleh tipu daya syaitan.

Ada sebuah kisah seseorang yang bernama Abu Nahar, beliau mengamalkan berbagai amalan dan wirid-wirid bersumber dari suatu kitab, tanpa mendapatkan IJAZAH dari seorang Guru. Abu Nahar melakukan amalan itu selama 20 tahun lamanya.

Dalam melakukan amalan-amalan tersebut, dia merasa mengalami peristiwa-peristiwa ghaib. Misalnya dia selalu dijaga oleh 7 Para Malaikat penjaga Asma’, memperolehi bimbingan Khusus secara ghaib dari seorang Waliyullah (Kekasih Allah), bertemu dengan Khadam penjaga Surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.

Suatu hari Abu Nahar bertemu dengan Syeikh Aqil Al–Munbaj kemudian bertanya kepadanya;

”Wahai Abu Nahar, amalan apakah yang engkau lakukan selama 20 tahun ini?”

Abu Nahar menjawab;

“Aku mengamalkan beberapa wirid dan doanya yang aku dapatkan dari Kitab Nu'uan.”

Lalu Syeikh Aqil mendongak ke arah langit dan berkata;

“Janganlah sekali-kali kamu tertipu daya oleh syaitan seperti ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kita (Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka (Surah Al-a’raf ayat 27).”

Lalu Abu Nahar terjatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Syeikh Aqil lalu mengusap wajahnya, memukul dadanya dan mengatakan sesuatu, lalu pergi meninggalkannya.

Ketika Abu nahar sedar, beberapa orang menghampiri Abu Nahar dan bertanya kepadanya;

“Wahai Abu Nahar, apa yang dilakukan oleh Syeikh Aqil tadi kepadamu?”

Abu Nahar pun menjawab;

“Ketika Syeikh Aqil menatap langit dan membacakan kalam Allah, sesungguhnya aku melihat Para Malaikat turun membawa cahaya.

Lalu Syeikh Aqil mengambilnya dan memasukkannya ke dalam fikiranku. Maka terlihatlah olehku apa yang ada di hujung barat hingga ke hujung timur. Lalu ia memukul keluar apa yang syaitan telah tanam didalam hatiku dan menggantinya dengan benih-benih mahabbah."

Kemudian Syeikh Aqil berkata kepadaku;

“Wahai Abu Nahar, janganlah engkau mencari cinta Allah dengan ada tujuan lainnya, kerana setiap langkah nafsu pasti di ikuti oleh syaitan. Sesungguhnya batas perbezaan antara yang Haq dan yang Batil adalah segaris benang yang nipis, dan apa yang engkau perolehi selama ini adalah sesuatu yang Bathil dan tipu daya syaitan. Dan janganlah mempelajari sesuatu amalan tanpa adanya perhatian (Bimbingan) dari seorang Guru.”

Dari kisah tersebut jelaslah IJAZAH sangatlah penting diberikan oleh Guru kepada Muridnya didalam mengamalkan sebuah amalan Ilmu Hikmah. Sebuah Ilmu Kebatinan yang tidak akan mudah diperolehi begitu saja dengan dipelajarinya melalui sumber Internet, buku dan sebagainya, tetapi haruslah dengan IJAZAH dari seorang Guru yang benar-benar mengetahuinya (Guru Mursyid).

Dengan adanya Guru, tentu seorang Murid akan dibimbing dan diarahkan sehingga ilmu yang dipelajarinya akan menjadi berkah dan jauh dari tipu daya syaitan. Malahan Guru juga akan bertanggungjawab keatas ilmu yang dicurahkan, dan Guru juga akan menantimu di negeri akhirat seandainya selamat, maka taatilah Gurumu

( Syeh Haqtullah )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: