APAKAH ITU TASAUWUF


 

APAKAH ITU TASAUWUF

Menurut al-Kattani, tasauwuf ialah jalan yang dilalui oleh sesiapa sahaja yang membekalkan akhlak yang terpuji kepada seseorang, maka, dia sebenarnya telah menambahkan kebersihan jiwa padanya
Al-Taftazani menyatakan bahawa tasauwuf pada dasarnya ialah akhlak. Menurutnya, tasauwuf boleh dianggap sebagai roh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak.
Al-Sha’rani pula mendefinisikan tasauwuf sebagai ilmu yang terbit dari dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan Sunnah.
Muhammad Ali al-Qashab mendefinisikan tasauwuf sebagai akhlak yang mulia, muncul dizaman yang mulia, daripada seorang lelaki yang mulia bersama kaum yang dimuliakan
Al-Baghdadi pula mendefinisikan tasauwuf adalah akhlak yang mulia, yang muncul dizaman yang mulia dari tangan seorang yang mulia bersama kaum yang mulia.
Abu Muhammad al-Jariri menyatakan tasauwuf adalah jalan penghijrahan daripada akhlak yang buruk kepada akhlak yang mulia.
Al-Junaid menyatakan tasauwuf adalah akhlak yang mulia yang lahir pada zaman yang mulia daripada seorang lelaki yang mulia bersama dengan masyarakat yang mulia
Al-Ghazali mendefinisikan tasauwuf sebagai satu jalan untuk menyucikan jiwa daripada akhlak yang dicela dan sifat yang buruk supaya dia dapat membersihkan hatinya daripada yang selain Allah SWT dan menghiaskan hatinya denganmengingati Allah SWT sentiasa
Menurut Abu Turab al-Nakhshabi, sufi itu ialah seorang yang tidak dikotori oleh sesuatu maksiat malah bersih daripada semua perkara yang tercela.
Sahl bin Abdullah al-Tustari mengatakan bahawa sufi itu ialah seorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT sahaja dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, beliau melihat antara lumpur dan emas tiada perbezaan kerana kedua-duanya adalah sama sahaja nilainya
Al-Junaid bin Muhamad telah membuat pentakrifan yang lebih luas iaitu tasauwuf adalah mengadakan hubungan dengan Allah SWT tanpa perantaraan atau dengan kata lain, pengabdian diri kepada Allah SWT secara langsung tanpa ada batas-batas perantaraan antaranya.
Dalfu al-Shubli pula mengatakan bahawa tasauwuf ialah beribadat kepada Allah SWT tanpa ada perasaan dukacita.
Al-Jurairi mengatakan bahawa tasauwuf ialah menghampiri diri kepada Allah SWT di dalam setiap keadaan dan sentiasa memperbaiki adab.
Al-Qushairi mengatakan bahawa tasauwuf ialah ilmu yang membicarakan persoalan kebersihan jiwa dan penyucian akhlak, beramal dengan anggota zahir ataupun batin untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi
Rujukan:
TASAWUF MENURUT PERSPEKTIF AHL SUNNAH WA AL-JAMAAH
Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan