" NASIHAT MURSYID "


 " NASIHAT MURSYID " 
Wahai Salik dengarlah madah, Menuntut ilmu bukannya mudah, Banyak ilmu menjadi taulan,
Salah amalan menjadi lawan..
Ilmu Syariat amalan harian,
Ilmu Tariqat jalan menyampaikan,
Ilmu Hakikat tempat ditujukan,
Ilmu Ma'arifat mengenalnya Tuhan..
Beramal Syariat tanpa Hakikat,
Amalan itu tiada Manfaat,
Beramal Hakikat tanpa Syariat,
Amalan itu tiada Berkat..
Awaluddin ma'arifat-ullah,
Awalnya agama mengenal Allah,
Ilmu Hakikat amatlah bercanggah, Hinggakan Syariat mengata Salah..
Jika hendak mengenal Allah,
Kenal dirimu Serta Menyerah,
Sudah Mengenal Binasa Diri,
Bukan Membunuh Diri Sendiri..
Ilmu ini hendaklah difaham,
Janganlah Syak, Zan dan Waham,
Permulaan kamu Hendaklah Dikaji, Jangan Hanya Tahu Mengaji..
Telek dirimu Sepuas Hati,
Sehingga Terang kelihatan dihati,
Wujud Ilmu, Nur, Syuhud,
Faham Baik-baik Segala Maksud..
Dirikan sembahyang lima waktu, Kerana itulah dia asalnya pintu,
Hakikat sembahyang hendaklah tahu,
Kerana syukur kejadian dirimu..
Rangkap kesembilan sebagai penyudahan,
Untuk mengambil Contoh Tauladan,
Jangan tersalah menerima pendapat,
Akibatnya Salik mMenjadi Sesat...


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan