HIJAB HAMBA & TUJUH CIRI MURID YANG BENAR
Oleh: Syeikh Abu Talib Al-Makki RA
Oleh: Syeikh Abu Talib Al-Makki RA
Telah berkata sebahagian ulama: “Makhluk itu terhijab dengan tiga perkara, iaitu: kecintaan kepada dirham (harta benda), menuntut kekuasaan, dan mentaati perempuan.”
Berkata sesetengah ahli makrifat: “Tiga perkara yang memutuskan hamba dengan Allah Azza wa Jalla, iaitu: tidak serius dalam kemahuan, jahil tentang jalan (menujuNya), dan ulama jahat yang berbicara dengan hawa nafsu.”
Sebahagian ulama kita ada menyebutkan: “Apabila yang dicari (yakni Allah) itu terhijab, sedangkan penunjuk jalan pula tiada, serta
perselisihan pendapat turut serta, maka kebenaran (al-Haq / Allah) tidak akan tersingkap. Manakala kebenaran tidak tersingkap, maka seorang murid akan kebingungan.”
perselisihan pendapat turut serta, maka kebenaran (al-Haq / Allah) tidak akan tersingkap. Manakala kebenaran tidak tersingkap, maka seorang murid akan kebingungan.”
Ketahuilah! Bahawasanya seseorang murid itu tidak dapat tiada memiliki tujuh ciri, iaitu:
1. Serius dalam kehendak. Petandanya adalah dia menyediakan bekalan.
2. Dia mestilah mencari jalan untuk melakukan ketaatan. Petandanya adalah dengan menjauhi teman-teman yang jahat.
3. Dia mestilah memiliki pengetahuan tentang keadaan nafsunya. Petandanya adalah dengan dia mencongkel apa-apa kejahatan nafsunya.
4. Dia mestilah sering duduk-duduk dengan orang alim billah. Petandanya adalah dengan dia mengutamakan sang alim itu berbanding siapa saja.
5. Menjadi kemestian baginya untuk bertaubat nasuha. Dengan demikian maka dia akan memperolehi kelazatan dalam ketaatan serta meneguhkan kakinya untuk terus melakukan ketaatan. Dan petanda taubat itu adalah dengan dia memotong penyebab hawa nafsu, serta bersikap zuhud terhadap perkara yang digemari oleh
nafsu.
nafsu.
6. Dia mestilah memakan makanan yang halal yang tidak dicela oleh ilmu. Petanda halalnya adalah dengan jalan dia sendiri mencarinya, manakala petanda pencarian itu dengan ilmu adalah apabila dilakukan dengan cara-cara yang diharuskan menurut hukum Syarak.
7. Tidak dapat tiada hendaklah dia memiliki teman rapat yang salih yang akan menguatkan semangatnya dalam semua yang tersebut. Petanda teman rapat yang salih adalah apabila dia bersikap membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan serta menegahnya daripada perkara dosa dan permusuhan.
Maka inilah tujuh ciri yang akan memperkukuhkan kemahuan yang mana tidak akan tertegak melainkan dengannya.
Wallahu a'lam.
[Rujukan: Ruji Hati; Kitab Asas Para Murid (Terjemahan Fasal 27 - Asasil Muridin dalam Kitab Qutul Qulub]
0 comments:
Catat Ulasan