ILMU TAUHID




Tawakkal itu bukan meninggalkan sebab, tetapi ialah meninggalkan kebergantungan kepada sebab dengan bergantung kepada musabbab.
Ertinya, sebab itu kita ambil, tetapi tidak bergantung padanya.
Seperti Allah beri ilmu kepada doktor untuk belajar ilmu perubatan, untuk apa? Kalau bukan untuk merawat penyakit dan beri ubat untuk ikhtiar kesembuhan orang yang sakit. Ketika kita sakit, pergilah jumpa doktor untuk sakit kita itu, penyakit itu akan disembuhkan oleh Allah.
ILMU TAUHID.
Takrif / Definisi :
هو إفراد المعبود بالعبادة مع اعتقاد وحدته والتصديق بها ذاتا وصفات وأفعالا
Tauhid ialah mengesakan akan Allah dengan ibadah, serta i'tiqad di dalam hati akan ke-Esa-an Allah pada Dzat-Nya, pada tiap-tiap sifat-Nya dan pada perbuatan-perbuatan-Nya.
هو إثبات ذات غير مشبهة للذوات ولا معطلة عن الصفات
Tauhid ialah menetapkan keyakinan bahawa Dzat Allah tidak sama seperti dzat-dzat lain, begitu juga tidak hilang sifat-sifat kesempurnaan pada Dzat-Nya.
Rujukan:
Tuhfah al-murid 'ala jauharah at-tauhid.
Maka, mudah cakap. Ilmu tauhid ini ialah suatu ilmu untuk MENGESAKAN ALLAH.
Ilmu tauhid mempunyai tiga bahagian :
Bicara tentang KETUHANAN
Bicara tentang KENABIAN
Bicara tentang PERKARA SAM'IYYAT (iaitu perkara² yang tak dapat kita ketahui melainkan pedoman daripada wahyu Allah berkenaan perkara-perkara yg ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya)
Ilmu tauhid ini merupakan semulia-mulia ilmu. Syeikh fudholi menyebutkan di dalam kitabnya, kifayatul awwam "Dan setiap ilmu itu merupakan hamba bagi ilmu tauhid".
Imam ghazali pula menyebutkan
"لا يصح العبادة إلا بمعرفة المعبود "
Maksudnya, tidak sah ibadah melainkan setelah mengenali yang disembah.
Ini menunjukkan kepada betapa pentingnya mempelajari ilmu tauhid dan mengamalkannya.
"AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH"
Seawal-awal agama ialah mengenal Allah. Apakah maksud mengenal di sini? Iaitu mengenal dengan makna TAHU akan hukum Dzat dan sifat-sifatnya. Bukan tahu hakikat dzat dan sifat. Maka, ulama mutakallimin menyusun ilmu sifat 20 sebagai suatu wasilah untuk kita mengenal Allah.
MEMPELAJARI ILMU TAUHID
Ilmu tauhid merupakan salah satu daripada 3 ilmu yang fardu ain. Maka, wajib syarak ke atas mukallaf (orang yang baligh, berakal, sempurna pancaindera dan sampai dakwah kepadanya) untuk mempelajarinya.
Wajib syarak bermaksud perkara yang dijanji dengan siksa kerana dosa meninggalkannya dan lepas tuntutan apabila melakukannya.
Sampai manakah perlu belajar untuk lepas tuntutan fardu ain bagi ilmu tauhid? Iaitu mempelajarinya sehingga mengetahui dalil IJMAL (dalil ringkas). Adapun, mengetahui dalil tafsili (terperinci) adalah fardu kifayah tetapi sewajarnya seorang penuntut ilmu mempelajarinya hingga mengerti akan dalil tafsili supaya ia dapat menolakkan keraguan yang didatangkan kepadanya.
Apakah boleh bertaqlid (ikut cakap orang tanpa mengetahui dalil) dalam ilmu tauhid? Jawabnya, ulama mutakallimin khilaf pada menghukumkan orang yang bertaqlid dalam perkara aqidah. Terdapat 2 pendapat yang masyhur :
Qaul (pendapat) daripada jumhur mengatakan bahawa sah iman orang yang bertaqlid tetapi dia berdosa jika dia itu ahli nazor (orang yang mampu berfikir dengan akal yang sejahtera). Namun bagi yang bukan ahli nazor, sah imannya dan tidak pula berdosa.
Qaul Imam Sanusi pula mengatakan KUFUR orang yang bertaqlid pada aqidah. Walaupun, ini merupakan pendapat yang dhoif, namun ianya perlu disebut juga demi menggerunkan orang awam supaya mereka berusaha mempelajari ilmu tauhid.
Maka, kedua-dua khilaf ulama ini adalah tetap tidak selamat bagi kita (ahli nazor). Jadi, sewajarnya bagi kita untuk keluar daripada khilaf ulama dengan mempelajari ilmu tauhid secara berguru.
Imam Ibrahim Al-Laqqani menyebutkan di dalam kitabnya, Matan Jauharah Tauhid "Sesiapa yang bertaqlid pada aqidah, imannya tidak terlepas daripada keraguan".
Mari Belajar Ilmu Tauhid!


POKOK-POKOK ILMU TAUHID (مبادئ علم التوحيد):
1. Definisi Ilmu Tauhid (حده):
Ilmu yang mempelajari tentang sifat-sifat Allah dan para rasul-Nya, baik sifat-sifat yang wajib, mustahil maupun ja’iz, yang jumlah semuanya ada 50 sifat. Sifat yang wajib bagi Allah ada 20 sifat dan sifat yang mustahil ada 20 sifat serta sifat yang ja’iz ada 1 sifat. Begitupula sifat yang wajib bagi para rasul ada 4 sifat (sidiq. tabligh, amanah, dan fathanah) dan sifat yang mustahil ada 4 sifat (kidzb / bohong, kitman / menyembunyikan, khianat, dan bodoh) serta sifat yang ja’iz ada 1 sifat. 50 sifat ini dinamakan “Aqidatul Khomsin / عقيدة الخمسين “. Artinya: Lima puluh Aqidah.
2. Objek atau Sasaran Ilmu Tauhid (موضوعه): Dzat Allah dan sifat-sifat Allah.
3. Pelopor Ilmu Tauhid (واضعاه): Imam Abul Hasan Al-Asy’ari (260 H – 330 H / 873 M – 947 M ) dan Imam Abul Manshur Al-Mathuridi ( 238 – 333 H / 852 – 944 M ).
4. Hukum Mempelajari Ilmu Tauhid (حكمه): Wajib ‘ain dengan dalil ijmali (global) dan wajib kifayah dengan dalil tafshili.
5. Nama Ilmu Tauhid (اسمه): Ilmu Tauhid, Ilmu Ushuluddin, Ilmu Kalam dan Ilmu ‘Aqa’id.
6. Hubungan Ilmu Tauhid dengan Ilmu-ilmu lain (نسبته): Asal untuk ilmu-ilmu agama dan cabang untuk ilmu selainnya.
7. Masalah-masalah Ilmu Tauhid (مسائله): Sifat-sifat wajib, mustahil, dan ja’iz bagi Allah swt dan para Rasul-Nya.
8. Pengambilan Ilmu Tauhid (استمداده): Diambil dari Al-Qur’an, Al-Hadits, dan akal yang sehat.
9. Faedah Ilmu Tauhid (فائدته): Supaya sah melakukan amal-amal sholeh di dunia.
10. Puncak Mempelajari Ilmu Tauhid (غايته): Memperoleh kebahagian, baik di dunia maupun akherat dan mendapat ridha dari Allah swt serta mendapat tempat di surga

(Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi)

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan