ILMU MATI*


ILMU MATI*
1) Ilmu Dunia Untuk Dunia.
Ilmu yang diambil atau dipelajari di atas muka bumi ini semata-mata untuk menghiaskan diri dan memuaskan diri (Nafsu) dengan nikmat dunia yang sedikit. Hidup bahagia dengan kemewahan dan kesenangan wang ringgit dan harta tetap tiada keberkatan, lebih membawa kepada "ISTIDRAJ" (Kurniaan Tuhan tanpa restunya).
Dengan Ilmu dunia itu dia hidup dengan dunia, ilmu itu tidak membawanya kepada kehidupan yang abadi. Bila ilmu itu "MATI" bererti ia tidak ada "ROH", tetapi sekadar memenuhi keperluan hidup jasmani "Kosong" dari kelangsungan batin, kerana ilmu itu tak akan mampu sampai ke sana, kerana berlainan arah.
Ilmu yang "MATI" itu tidak mampu mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan Al-Khalik, kerana sifatnya hanya "Luaran" khusus untuk JASAD bangsa jasmani.
Maka secara "Tabi'inya" ilmu yang Mati itu tidak memberi apa-apa pertunjuk atau Cahaya kehidupan untuk ke akhirat, kerana Cahayanya bersifat "Gelap" atau Zulmah.
Secara lahiriahnya Cahayanya sekadar menerangi di permukaan bumi semata-mata dan merugikan pembawanya. Lazimnya mereka-mereka jenis ini amat leka, dungu dengan kehidupan dunia. Angkuh, sombong, megah adalah pakaian kehidupan mereka. Kerana ilmu yang mereka bawa itu Zulmah maka hasilnya juga Zulmah dan menzahirkan akhlak dan kehidupan atau gaya hidup yang juga Zulmah.
Kita bukan di suruh supaya menilai orang lain tetapi untuk melihat kerugian-kerugian akibat kesilapan dari mengambil ilmu yang Mati, kerana ilmu yang Mati itu akan reput dan binasa.
2) Ilmu Agama
Yang bersifat akhirat juga, bila dijual dengan nilai wang yang sedikit untuk menggamit keseronokan hidup di dunia juga akan Mati, ilmu itu meskipun pada hakikatnya ia adalah Ilmu Akhirat, kerana "Penyampainya" tidak IKHLAS dan jujur akibat ada kepentingan duniawi dalam mencari "Laba" untuk dirinya.
Kita boleh merasai ilmu-ilmu yang sebegini di mana-mana kuliah umum dan sebagainya. Mungkin nampak hebat dari segi penyampaiannya tetapi tidak memberi manfaat pada yang mendengarnya atau yang melihatnya, habis ceramah terus lupa, tetapi penceramah dapat beratus malahan ada yang labanya beribu ringgit.
Niat dan tujuan serta keikhlasan menentukan Mati atau hidupnya ilmu-ilmu tersebut. Lihatlah kesudahannya dimana ia berhenti, Mabrur atau "Mardud" (Tertolak) kehidupannya itu.
* ILMU YANG MATI memberi kita KELALAIAN dan KEALPAAN
Ilmu yang Mati itu merugikan penuntutnya kerana jenis CAHAYA GELAP dan akan menggelapkkan kehidupan penganutnya pula.
Ilmu yang Hidup adalah "ILMU AKHIRAT" yakni mana-mana ilmu di dunia ini untuk ke akhirat. Akhirat bererti kehidupan baru selepas hidup di dunia dan hidup di akhirat itu kekal abadi selama-lamanya.
Maka ilmu-ilmu untuk kehidupan inilah yang paling mulia dan paling utama kerana;
a) Ia memberi peringatan kepada kita tentang kehidupan yang kekal selama-lamanya.
b) Ia memberi peringatan dan peluang untuk kita beramal soleh sebanyak-banyaknya sebagai BEKALAN ketika ke sana kelak.
Hidupnya ilmu ini ia memberi PERINGATAN dari KELALAIAN dan KEALPAAN tipu daya duniawi.
Di NIAT kan untuk mendapat ganjaran dan Redho Allah swt. Apa sahaja kerja sama ada bertukang, berkebun, berniaga dan sebagainya, asalkan matlamat dan tujuannya Ubudiah (Ibadat) kepada Allah dan hasilnya manusia itu menjadi TAAT dan tidak DURHAKA kepada Allah swt.
Maka pakaian bagi penghidup ilmu-ilmu ini adalah;
a) Redho
b) Tawakkal
c) Zuhud
d) Merendah diri
e) Tidak sombong
f) Berakhlak mulia
g) Sopan santun
h) Berpakaian kemas, bersih
i) Subur dengan akhlak-akhlak MAHMUDAH.
Jadi ilmu ini hidup oleh kerana sifatnya bercahaya dan akan menghidupkan pula pembawanya dengan menunjukkan padanya jalan-jalan kebaikan, kerana pada Ilmu itu ada Hidayah dan Rahmat Allah swt.
Ilmu yang hidup itu adalah seperti PELITA, ia menerangkan kegelapan (Duniawi) dengan Cahayanya.
Ia menumbuhkan benih-benih kehidupan kemuliaan kerana ia mempunyai "Air Kehidupan"(Ainul Hayatt) dari Allah swt.
Ilmu yang hidup ini sifatnya akhirat kerana itu ia diturunkan ke dunia ini untuk kebaikan manusia. Maka sesiapa sahaja yang mengambilnya, maka orang itu pastinya akan di bawa pulang semula ke akhirat di tempat mana ia datang dulu bersama Cahaya-Cahaya Agung dari Ilmu Allah itu.
Ilmu yang HIDUP ia akan mengajak dan menuntun manusia kembali ke jalan Allah, kerana Cahayanya terang benderang. Ilmu ini hanya berada pada "HATI" yang bersih lagi suci.
Ia tidak boleh berada pada Hati yang kasihkan kehidupan duniawi kerana perbezaan sifat kejadiannya. Maka manusia itu sendiri harus mengenali ilmu ini dan bersedia menerimanya dengan ikhlas dan jujur.
Keangkuhan dan kesombongan hanya menyebabkan kerugian, kerana ilmu yang hidup ini tak mampu hendak bersama denganya. Maka jalan pulang ke akhirat semakin sukar kerana tidak ada Cahaya pertunjuk.
Sekeras mana pun Hati manusia ini cubalah berlembut dan merendahkan diri untuk mencari serta menghiaskan diri dengan ilmu-ilmu yang hidup ini, kerana itulah satu-satunya jalan yang dapat menyelamatkan diri dan kehidupannya di dunia dan di akhirat kelak.
* Maka ILMU yang HIDUP tidak berada pada orang yang MATI (Hatinya).
* Pada orang yang MATI itu hanyalah ILMU-ILMU yang MATI.
* ILMU yang MATI hanyalah untuk kehidupan dunia yang juga akan MATI (Binasa).
* ILMU yang HIDUP adalah untuk orang-orang yang HIDUP HATInya bersama-sama dengan manusia-manusia AHLILLAH yang bersama-sama dengan DZAT ALLAH yang HIDUP selama-lamanya.
"Hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan Allah, sekiranya kamu tidak mampu dapat bersama-sama dengan Allah, hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan orang-orang yang sentiasa bersama-sama dengan ALLAH." (Agar kamu juga dapat bersama-sama dengan Allah)
Maka sentiasalah kamu menghidupkan Hati kamu dengan "Zikrullah" semoga dengan sentiasa berzikir itu kamu akan sentiasa pula ingat akan Allah. Jika kamu tidak berzikir maka pastilah kamu akan lupa Allah swt.
Cuba kamu sebut nama-nama Allah atau kamu sebut kalimah "Lailahaillallah" sebanyak-banyaknya pastilah kamu sedang ingat kepada Allah swt.
Cuba kamu sebut juta-juta.....juta.....ringgit pastilah yang kamu sedang ingat itu adalah duit.
Semulia-mulia Dzikir adalah menyebut kalimah "Lailahaillallah" (sebanyak-banyaknya). Sebutlah sebanyak-banyaknya semoga kamu berbahagia.
Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda;
“Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.”
(HR Ibnu Majah)
* Keberuntungan kita akan naik suatu hari nanti,
Ia takkan turun dan turun,
Sang pencipta takkan menutup pintu harapan,
DoaKu untuk Haqq bukan untuk makanan atau apapun,
Kerana Allah swt yang memberikan makanan kepada alam semesta,
Allah swt takkan menciptakan seseorang tanpa makanan.
- Kata seseorang kekasih dan setiap insan harus ingat itu agar keyakinan insan tak goyah



NASIHAT KEMATIAN*
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan mengurus jasadmu.
Mereka akan melucuti pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, kuburan.
Akan ada banyak orang yang mengantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu.
Barang-barangmu akan dikemas, kunci kuncimu, kitab, dompet, kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
Yakinlah, dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dengan kepergianmu.
Ekonomi akan tetap berlangsung!
Posisi pekerjaanmu akan di isi orang lain.
Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu.
Sedangkan kamu yang akan dihisab dan diperhitungkan dari hartamu!
Kesedihan atasmu ada 3;
a) Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.
b) Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa-tawa!
c) Di rumah ada kesedihan yang mendalam. Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun???
Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam album kenangan!
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia".
Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, Akhirat!!
Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak.
Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta.
Kini hidup yang sebenar-benarnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah;
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu???
Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan sungguh-sungguh;
Menjalankan kewajiban-kewajiban, hal-hal yang disunnahkan, sedekah rahasia, merahasiakan amal sholeh, solat malam.
"SEMOGA ENGKAU SELAMAT"
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini, Insyaallah... Pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat.
"Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin."
"Bila Hati kita telah hilang fungsi,
Untuk Mengingati Allah swt,
Sesungguh-nya, ia Lebih Sengsara Dari Mata yang Hilang Penglihatan dan Telinga yang hilang Pendengaran."
* MENUJU MASA TUA
Sisa umur ini pendek;
Selagi selera... Makanlah
Selagi layak... Pakailah
Selagi manfaat... Belilah
Selagi boleh... Berbagilah
Silaturrahim... Lakukanlah
Nikmati hidup apa adanya.
Dulu kita berusaha, untuk memiliki. Kini saatnya untuk melepaskan, harta, tahta, anak, isteri. Semua akan kembali kepada-NYA. (Bahagia terletak pada keikhlasan)
Sehari berlalu, umur berkurang, berbuat baiklah kerana kita tidak tahu bila akan dipanggil.
Hidup ini sangat singkat, dalam sekejap kita mulai tua dan pasti masuk pusara.
Jangan tengok ke atas akan selalu kurang, tengok ke bawah boleh merasa cukup dan syukuri apa adanya pasti bahagia. (Bersyukurlah)
Yang terbaik adalah berbuat baik, membantu orang lain, Jangan menyakiti, latih diri dengan berbaik sangka, agar sihat lahir batin.
Kasih orang tua tidak ada batas. Sedarlah, bila anak sakit, orang tua bagai teriris, bila orang tua sakit anak cuma tengok dan bertanya?
Anak-anak memakai duit orang tua seperti keharusan, tetapi orang tua memakai duit anak pasti segan. Cukupilah diri sendiri jangan berharap pemberian anak.
Rumah orang tua adalah rumah anak, tetapi rumah anak bukanlah rumah orang tua. (Sedarilah)
Orang tua selalu mendoakan anak, tapi anak jarang mendoakan orang tua. Maka bekali kubur kita dengan amal yang banyak, jangan bergantung pada doa anak.
Kebaikan dan keburukan sebagai ujian dan tidak akan berakhir sampai kita mati. Sikapi dengan syukur dan sabar.
IBU : Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri.
* Renungan menjelang tua;
a) Bila kita tua
Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang daripada kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
b) Bila kita tua
Akan tiba masanya mahu berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan-jalanlah ke seberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah swt, untuk mengagumi keindahan ciptaan NYA.
c) Bila kita tua
Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan, mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda Lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.
d) Bila kita tua
Luangkan waktu bersama teman-teman lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.
e) Bila kita tua
Terimalah penyakit apa adanya. Kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu; lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.
Kata-kata nasihat...
"Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih."
* Selamat menikmati Masa Tua dengan Bahagia.
( Sumber dari Syeh Haqtullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan