HANYA ALLAH MENGENAL ALLAH*


HANYA ALLAH MENGENAL ALLAH*

Yang kau lihat didalam cermin itu bukan AKU,
tetapi itulah RohKU.
Jangan kau katakan bahawa ketika kau melihat RohKu,
kau telah melihat akan AKU dan sekaligus mengenal akan AKU.
Sebenarnya kau telah pun terpedaya dengan persangkaanmu sendiri.
Kau tidak boleh melihat akan AKU dan bukan kau yang mengenal akan AKU.
Yang melihat AKU itu adalah AKU, yang mengenal AKU itu adalah AKU juga.
Tidak ada Aku-KU atau Aku-MU,
itu hanyalah ceritamu sahaja.
AKU adalah AKU,
tidak ada selain AKU,
AKU yang Awwal,
AKU juga yang Akhir,
AKU Yang Zahir,
AKU jua Yang Batin.
Berhati-hatilahlah tentang ucapan dua Kalimah Syahadah mu,
“Asyhadu – Wa asyhadu”
Pastikan di situ dalam penyaksian kau tidak menduakan akan AKU.
Pastikan di situ tidak ada wujudmu.
Pastikan di situ ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH itu bukan dua wujud yang berlainan dan berasingan.
RASUL itu adalah dari AKU jua yang KU utuskan untuk me-NYATA-kan AKU.
Tanggalkan huruf MIM awal, barulah nampak dalam Hakekat Muhammad itulah HAMID.
''FIL ‘ALAMINA INNAKA HAMIDUN MAJID''
SESUNGGUHNYA DIDALAM ALAM INILAH YANG MAHA TERPUJI LAGI MAHA MULIA.
Seluruh WujudKU terkandung didalam MUHAMMAD RASULULLAH.
Di peringkat kau melihat RohKU,
kau baru saja melepasi lautan tiga puluh ribu hijab.
Antara RohKU dengan AKU masih terbatas empat puluh ribu hijab lagi, kesemuanya tujuh puluh ribu hijab.
AKU menzahirkan RohKU itu agar kau dapat menghadap kepada AKU ke mana sahaja kau berpaling. Ingatlah !
RohKU itu bukan AKU, itulah hanyalah BAYANGANKU.
Usahlah kau mendakwa telah mengenal dirimu lalu mengenal akan AKU ketika kau melihat RohKU.
Tidak ada dirimu sendiri.
Kau sekadar bayangan ombak dari sebuah lautan.
Hadirnya kau hanya bersandar pada NAMAKU sahaja.
Bagaimanakah kau hendak mengenal dirimu sedangkan dirimu sendiri sebenarnya tiada, apatah lagi hendak mengenal akan AKU?
KUciptakan dirimu demi untuk
me-NYATA-kan AKU sahaja,
bukan menyatakan wujud mu.
Jika kau katakan kau telah mengenal dirimu,
itu cuma persangkaan mu yang kau ada-adakan didalam khayalan ceritamu sendiri.
Tidak ada cerita mu kecuali cerita KU tentang
DIRI KU ANA AL-HAQQ!
Justeru itu ‘Mengenal DIRI’ adalah ‘Mengenal AKU’.
* Jangan kau sombong untuk tembus kepada Allah tanpa melalui pintu Rasul,
* Jangan kau sombong untuk terus tembus pada Rasul tanpa melalui pintu Guru mu,
* Jika dengan Guru mu pun engkau tak mampu hilangkan wujud diri mu, bagaimana mungkin kau dapat hilangkan wujud mu pada Allah dengan KEBENARAN.
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Ali 'Imran : 31)
ALLAH MUHAMMAD, MUHAMMAD ALLAH
"ILMU SUFI adalah sebenar
benar ilmu, yang tidak seorang pun dapat memperolehinya, kecuali dia yang dikurniakan kecerdasan alami, dan berbakat untuk memahaminya. Tak seorang pun dapat
berpura-pura menjadi Sufi, kecuali dia yang
melihat Rahsia Nuraninya."


( Sumber dari Syeh Haqtullah )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan