"Tak Kenal Maka Tak Cinta
Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku"
Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku"
Dari Hadith Rasulullah saw yang bermaksud bahawa tidak sah ibadah jika tidak kenal siapa yang disembah,yang di Esakan. Mengenal ALLAH juga akan menjadikan diri taat kepada perintah ALLAH serta dapat menghindarkan diri dari perbuatan syirik. Maka itu adalah sangat penting dan wajib untuk kenal siapakah ALLAH yang disebut-sebut oleh makhluk seluruh Alam itu.
ALLAH adalah zattu wajibul wujud atau nama yang wajib wujud. ALLAH adalah nama untuk Zat (Diri) yang wajib ada. ALLAH adalah lafzul jalallah (lafaz kebesaran) yang hanya layak untuk Tuhan yang mempunyai sifat ketuhanan. ALLAH adalah nama yang terkenal dan termasyhur di semua langit dan di bumi.
Kalimah ALLAH telah wujud sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw. Bangsa Arab jahiliyah mengambil nama itu dari kalimah 'illahun' yang bererti Tuhan atau Zat yang mencipta yang berada di atas. Maka bangsa Arab sama ada yang Islam mahupun yang kafir tetap menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu.

Kalimah ALLAH dalam akidah Islam ialah nama keagungan bagi Tuhan yang bersifat dengan sifat ketuhanan yang tidak ada sekutu bagi-NYA di semua langit dan di bumi. Erti sifat ketuhanan ialah yang terkaya di seluruh alam dan seluruh alam berhajat kepada-NYA.
Laa ilaha illallah - Tiada Tuhan yang layak disembah (yang mempunyai sifat ketuhanan) melainkan ALLAH(Tiada Yang Nyata Melain Allah). Maka nama atau kalimah ALLAH itu hanyalah untuk Tuhan yang mempunyai sifat ketuhanan.
Yang disembah oleh orang kafir bukanlah Tuhan tetapi benda atau makhluk. Hanya ALLAH Yang Bersifat dengan sifat ketuhanan.
Nama ALLAH wajib dimuliakan maka adalah haram untuk menggunakan nama ALLAH untuk benda atau makhluk. Juga haram membawa tulisan nama ALLAH (dalam bahasa Arab) atau melafazkan kalimah ALLAH di dalam tandas atau bilik air.
Salah satu cara Kenal Diri (Zat) yang empunya nama ALLAH adalah melalui ilmu tauhid. Kenal Diri (Zat) ALLAH bukan melalui rupa bentuk tetapi melalui sifat-sifat-NYA. Wajib atas setiap mukalaf mengiktikadkan dalam hatinya bahawa sesungguhnya wajib bagi ALLAH mempunyai sifat-sifat yang sempurna yang layak dengan sifat Ketuhanan-NYA .
Ilmu Tauhid - adalah ilmu yang mengajar cara mengenal siapa itu yang bernama ALLAH dan apa yang mesti diiktikadkan dalam hati mengenai Diri (Zat) yang bernama ALLAH. Ilmu tauhid adalah fardu ain (wajib) atas setiap mukalaf. Belajarlah ilmu tauhid sehingga dapat menjamin diri tidak akan syirik kepada ALLAH.
* Diri (Zat) ALLAH tidak dari sesuatu.
* Diri (Zat) ALLAH tidak seperti sesuatu.
* Diri (Zat) ALLAH tidak berjizim
* Diri (Zat) ALLAH tidak dijadikan (tiada mula)
* Diri (Zat) ALLAH tidak ada akhir (kekal)
* Diri (Zat) ALLAH tidak berjirim dan tidak beraradh.
* Diri (Zat) ALLAH tidak berubah.
* Diri (Zat) ALLAH tidak merangkumi masa.

Untuk mengenal Diri (Zat) ALLAH adalah melalui sifat-sifat-NYA. Untuk mengenal sifat-sifat ALLAH mesti menggunakan hukum akal. Akal yang akan berfikir tentang dalil-dalil (bukti-bukti) kebenaran ALLAH. Setelah berfikir akal akan menghukum dengan 3 cara iaitu:-
1) diterima akal - wajib
2) tidak diterima akal - mustahil
3) boleh diterima akal atau tidak diterima akal - harus
1) diterima akal - wajib
2) tidak diterima akal - mustahil
3) boleh diterima akal atau tidak diterima akal - harus
Maka sifat-sifat ALLAH itu terbagi 3 iaitu wajib, mustahil dan harus. Inilah yang dinamakan sifat 20 dan menjadi fardu ain atas setiap mukalaf untuk mempelajari sifat 20 ini.
1) Gunakan akal untuk mengenal sifat-sifat ALLAH dan bukan Zat ALLAH. Akal tiada upaya untuk memikirkan tentang hakikat Zat ALLAH yang sebenarnya. Akal manusia adalah sangat lemah untuk mencapai Zat Yang Maha Agung Lagi Mulia. Jika dipaksa akal untuk berfikir tentang Zat ALLAH ada 2 kemungkinan yang akan berlaku ke atas diri orang berkenaan iaitu :-
1) menjadi syirik - kerana menggambarkan Zat ALLAH.
2) menjadi gila - akal akan rosak (breakdown) memikirkan Zat yang bukan dari sesuatu.
1) menjadi syirik - kerana menggambarkan Zat ALLAH.
2) menjadi gila - akal akan rosak (breakdown) memikirkan Zat yang bukan dari sesuatu.
2) Banyak gunakan akal dalam mempelajari ilmu tauhid akan terhindar dari penyakit nyanyuk. Insya-ALLAH.
Setelah mengenal Diri ALLAH melalui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus beserta segala dalil-dalilnya, seorang yang benar-benar beriman akan dapat meningkatkan keimanannya terhadap ALLAH dengan perasaan percaya dan yakin. Ramai yang akan dapat mencapai rasa percaya dan yakin maka itu ramai yang akan bersungguh-sungguh mentaati segala perintah ALLAH. Apakah sebabnya ramai yang taat akan perintah ALLAH setelah mengenal-NYA?

Ada 3 sebab mengapa seorang beriman itu mentaati perintah ALLAH :-
* sebab rasa takut dapat dosa (masuk neraka)
* sebab ingin dapat pahala (masuk syurga)
* sebab rasa cinta terhadap ALLAH
* sebab rasa takut dapat dosa (masuk neraka)
* sebab ingin dapat pahala (masuk syurga)
* sebab rasa cinta terhadap ALLAH
Sebab pertama dan kedua adalah biasa bagi orang awam . Iaitu kita percaya akan neraka dan syurga. ALLAH murka kepada sesiapa yang mendurhakai perintah-NYA dan akan dibalas dengan neraka. Sementara bagi yang taat dan melakukan amal-amal soleh akan dibalas dengan syurga. Maka itu ramai dari kalangan orang beriman akan berlumba-lumba untuk membuat amal soleh dan menjauhi amal mungkar.
Sebab ketiga adalah untuk mereka yang telah mencapai peringkat ketiga dalam mengenal siapa itu ALLAH. Iaitu apabila perasaan cinta kepada ALLAH mengatasi segala keinginan keduniaan mahupun keinginan akhirat. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat ketiga dalam mengenal ALLAH tidak mengharapkan apa-apa balasan dari segala amal yang dilakukan. Segala ketaatan dan amalan ibadah kepada ALLAH adalah ikhlas semata-mata kerana rasa cinta terhadap Tuhannya.
Mereka selalu ingin mendekatkan diri kepada ALLAH sama seperti orang yang sedang bercinta ingin selalu dekatkan diri kepada kekasih hatinya. Mereka selalu merasa rindu kepada ALLAH dan merasa bahagia apabila sedang beribadah kepadaNYA. Ini adalah orang-orang yang berjaya mencapai dan merasai kemanisan iman.
Tanda-tanda kemanisan iman.
Antara tanda-tanda seorang itu telah mencapai kemanisan iman adalah:-
1) selalu menunggu masuknya waktu sembahyang fardu.
2) suka membuat sembahyang sunat.
3) khusyuk dalam sembahyangnya.
4) rasa sangat terkilan dan sedih jika tertinggal sembahyang fardunya.
5) merasa rindu kepada al-Qur'an apabila sudah lama tidak membacanya.
6) senang hati dan gembira untuk melakukan segala ibadah fardu dan yang sunat.
7) sentiasa berbuat baik sesama manusia semata-mata kerana ALLAH.
8) sentiasa berzikir dan banyak menyebut kalimah ALLAH.
9) mengamalkan wasami'na waatoq'na (kami mendengar dan kami taati).
10) mencintai Rasulullah saw.

Tidak dapat mencintai ALLAH jika tidak bersungguh-sungguh untuk mengenal-NYA. Apabila telah ada rasa cinta kepada ALLAH segala perintah dan larangan-NYA akan ditaati tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan untuk mendapat redha dan kasih-sayang ALLAH semata-mata. Apabila ALLAH telah sayang, hati akan merasa tenang dan senang dengan segala cubaan dan dugaan hidup.
Kenal Tak Terlupakan
Orang yang telah kenal ALLAH pada peringkat ini akan melihat ALLAH pada sekelian yang dipandangnya. Melihat ALLAH bukan bererti melihat Zat ALLAH tetapi melihat kehadiran ALLAH pada setiap kejadian di alam ini. ALLAH sentiasa berada bersamanya dan tidak akan terluput dari ingatan walau sesaat(Nyata ilmu Allah).

Apabila melihat ke langit, dilihatnya ALLAH pada kejadian bulan, matahari, bintang, planet dan segala cakrawala. Dilihatnya ALLAH pada kejadian hujan, awan, angin dan segala kejadian di antara langit dan bumi(Nyata Allah Pada Segala sesuatu).
Apabila melihat ke bumi, dilihatnya ALLAH pada setiap kejadian gunung-ganang, sungai, lautan, hutan (pepohonan), manusia, haiwan yang melata dan yang terbang dan segala macam kehidupan yang nyata dan yang terselindung. Semua kejadian di bumi mengingatkan kepada kewujudan ALLAH semata-mata dan tidak kepada kewujudan yang lain.

Dan apabila melihat akan dirinya sendiri, dilihatnya ALLAH pada setiap ruas anggota tubuhnya yang zahir dan yang batin. Mengenal diri sendiri akan kenallah kepada Yang Menciptakan diri itu. Orang yang telah kenal ALLAH ke peringkat ini (tidak lupa ALLAH) akan lupa dirinya sendiri kerana apa yang dilihat dan yang diingat adalah ALLAH semata-mata. Adakala orang yang berada di peringkat ini akan kelihatan seperti kurang siuman kerana baginya hanya kewujudan ALLAH sahaja yang hakiki dan bukan kewujudan yang lain.
Araftu Rabbi Bi Rabbi.
Araftu Rabbi Bi Rabbi.
Wallu'alam bissowab
melihat Allah pada setiap kejadian? tak kena ja..melihat kebesaran dan kekuasaan Allah pada.setiap kejadian baru kena
BalasPadam