"TERSESAT"



"TERSESAT".

.
Jika sesuatu itu punyai bayang, maka ianya berupa. ..Jika ia berupa, maka ianya berbentuk.. jika ianya berbentuk, pastilah ianya bertempat. ..jika ianya bertempat, maka pastilah ianya tidak Meliputi.
.
Allah tidak menyerupai segala sesuatu.. tiada suatu pun menyerupaiNYA .. tetapi QursyiNYA meliputi sekelian wujud di 7 petala langit dan bumi.
.
Qursyi NYA itu Meliputi setiap yg nyata dan segala yg ghaib.
.
TERSESAT.
.
Sesat di dunia, maka dia akan bertambah sesat di akhirat.. sehinggalah dia dibangkitkan di akhirat untuk hidup yg kedua dan mati yg kedua.
.
Al-A’raf :186
مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَا هَادِيَ لَهُ ۚ وَيَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ
186. Barangsiapa yang Allah sesatkan, maka baginya tak ada orang yang akan memberi petunjuk. Dan Allah membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan.
.
SYURGA/NERAKA.
.
Tidak Allah ciptakan syurga dan neraka itu jika tdk kerana makhluk2 ciptaan NYA manusia dan Jin.
.
Manusia dan Jin itu makhluk berakal dan di Perintahkan Allah agar beribadat kpdNYA.
.
Setiap niat dihati, akal fikiran dan pergerakkan dan tutur-katanya semasa hidup di dunia, serta tiap2 penulisan berkaitan Allah, malaikat2 dan Rasul2NYA, akan dipertanggung-jawapkan Allah di alam kematian dan seterusnya diakhirat kelak ketika mati yg kedua..
.
(Az-Zalzalah :8)
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
.
(Az-Zariyat.:51)
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
.
Tetapi bangsa Jin itu tidak diturunkan Kitab dan juga Rasul2 seperti manusia.. mereka belajar agama dari mengamati penyembahan manusia kepada Allah.
.
BUTA HATI.
.
Buta hati di dunia, maka dia akan buta hati dan buta mata di alam kematian.
.
..“Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu adalah seorang yang melihat?” (Qs. Thaha [20]: 123-124).
.
“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
(Al-Israa' 17:72)
..
HAMBA ABDI ALLAH.
.
Jika kamu hamba Allah sejati, perbuat lah seperti layaknya sorg hamba.
.
Sorg hamba tdk boleh memuliakan diri di dalam dan di luar solat2nya.
.
Hamba yg setia akan percaya penuh kpd Allah yg tdk dilihatnya seperti org buta di pimpin didalam gelap. Allah akan pandu bathin mereka2 yg brserah diri padaNYA.
.
Jika Allah meletakkan mutiara didalam gelap, manusia buta hati itu tdk akan nampak biarpun mereka sedang terpijak mutiara.
.
Mutiara itu ada didalam setiap jiwa2 yg berakal.
.
Makhluk terpuji adalah mereka2 yg dapat temui mutiara dalam diri tersebut.
.
.
(Qaf :22)
لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
22. Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.


 ( Sumber dari Kitab Ghaib ~ TAUIHID Al-Haq. )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan