TAREKAT IDRISIAH DAN TAREKAT SANUSIAH ADALAH TAREKAT YANG SAMA


TAREKAT IDRISIAH DAN TAREKAT SANUSIAH ADALAH TAREKAT YANG SAMA

Sepertimana yang kita maklumi, bahawa tarekat yang dibawa oleh Imam Ahmad ibn Idris r.a ialah Tarekat Muhammadiah Ahmadiah. Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a ialah khalifah utama beliau yang telah membawa dan mengembangkan tarekat ini dengan menjaga dan mengekalkan ketulenan tarekat tanpa melakukan sebarang penambahan atau pengurangan.
Tarekat yang dibawa oleh beliau ini sekalipun kemudiannya dikenali dengan nama Tarekat Sanusiah oleh anak-anak muridnya, tetap membawa manhaj yang sama dengan tarekat yang dibawa oleh Imam Ahmad ibn Idris r.a. Begitu juga dengan tarekat Imam Ahmad ibn Idris r.a yang dibawa oleh keluarga Imam Ahmad ibn Idris r.a sendiri yang kemudiannya dikenali dengan nama Tarekat Idrisiah. Sekalipun berbeza pada nama, Tarekat Idrisiah dan Tarekat Sanusiah mempunyai dan membawa amalan dan manhaj yang sama seperti Ahzab Khamsah, Mahamid Thamaniah, Salawat Arba` `Asyarah, Kanz al Sa`adah, Husun Mani`ah dan lain-lain.
Disebabkan persamaan tarekat antara Sadah Idrisiah dan Sadah Sanusiah, maka kita mendapati kebanyakan tokoh-tokoh Sadah Idrisiah turut mengambil tarekat daripada keluarga Sadah Sanusiah di samping tarekat yang mereka ambil daripada ayahanda-ayahanda mereka dalam kalangan Sadah Idrisiah.
Sadah Idrisiah yang mengambil daripada Sadah Sanusiah diawali oleh Sayyid Abdul ‘Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a sendiri yang mengambil daripada gurunya, Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a.
Kemudian diikuti oleh Sadah Idrisiah dari keluarga putera sulung Imam Ahmad ibn Idris iaitu Sayyid Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a dan keluarga Sayyid Abdul `Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a sendiri.
Dari kalangan keluarga Sayyid Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a ialah:
1. Sayyid Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris al Idrisi r.a, Pengasas Kerajaan Idrisiah di Sabya Yaman yang telah mengambilnya daripada Sayyid Muhammad al Mahdi ibn Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a.
2. Putera Sayyid Muhammad iaitu Sayyid Ali ibn Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a yang telah mengambilnya daripada Sayyid Ahmad al Syarif ibn Muhammad al Syarif al Sanusi r.a.
Manakala dari kalangan keluarga Sayyid Abdul `Aali ibn Ahmad ibn Idris r.a ialah:
1. Sayyid Muhammad al Hasan ibn Muhammad al Syarif ibn Abdul `Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris al Idrisi r.a yang telah mengambilnya daripada Sayyid Ahmad al Syarif ibn Muhammad al Syarif ibn Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a.
2. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ibn Muhammad al Hasan ibn Muhammad al Syarif al Idrisi ibn Ahmad ibn Idris r.a telah mengambilnya daripada Sayyid Muhammad Idris ibn Muhammad al Mahdi al Sanusi r.a, dan lain-lain.
Maka di sini, dikeluarkan penegasan dan pengisytiharan Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ibn Muhammad al Hasan al Idrisi mengenai perkara ini dalam Majlis Haul nenda beliau Sayyid Abdul `Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris al Idrisi r.a baru-baru ini.

Sayyid Muhammad al Syarif ibn Abdul `Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris al Idrisi r.a

Sayyid Muhammad al Hasan ibn Muhammad al Syarif ibn Abdul `Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris al Idrisi r.a
Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ibn Muhammad al Hasan ibn Muhammad al Syarif al Idrisi ibn Ahmad ibn Idris r.a
Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a
Sayyid Muhammad al Mahdi ibn Muhammad al Sanusi r.a
Sayyid Ahmad al Syarif ibn Muhammad al Syarif ibn Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a
Sayyid Muhammad Idris ibn Muhammad al Mahdi ibn Muhammad ibn Ali al Sanusi r.a
Sayyid Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris al Idrisi r.a
Sayyid Ali ibn Muhammad ibn Ali ibn Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris r.a

( Sumber dari Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan