NASIHAT-NASIHAT DALAM BERTAREKAT


NASIHAT-NASIHAT DALAM BERTAREKAT

Oleh: Sayyidi Syeikh ʿAbd al-Ghanī al-Jaʿfarī RA
Nasihat kami kepada anda, wahai saudara, adalah apa yang diajarkan oleh Penghulu kita, Nabi Muḥammad ﷺ, untuk menasihati umatnya, dan apa yang dinasihati oleh syeikh kita, Imām Sayyidī Ṣāliḥ al-Jaʿfarī RA. Adalah wajar kita saling menasihati seperti firman Allah Jalla wa ‘Ala:
"Demi waktu itu, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh dan menasihati dengan kebenaran dan menasihati dalam jalan sabar” [Surah al-Asr].
Oleh itu, kami menasihati anda dan diri kami sendiri, secara ringkas untuk melaksanakan semua amal kebenaran dan yang paling penting adalah:
1) Anda harus membaca Al-Qur'an. Kerana ia adalah tali Allāh yang menghubungkan seorang hamba dengan-Nya dan ia adalah cahaya hati dan asasnya. Oleh itu, bangunkanlah hati anda dengan Al-Qur'an, dengan membacanya, menghafalnya dan merenungkan isi kandungannya.
2) Anda bertanggungjawab untuk menimba pemahaman yang mendalam berkenaan agama. Melaluinya adalah kebaikan yang tidak terhingga. Barangsiapa yang Allah menginginkan kebaikan kepadanya, akan diberikan oleh Allah kepada mereka pemahaman yang mendalam tentang agama. Fiqh adalah rahsia ubudiyyah dan tonggak kesempurnaannya, jadi carilah pengetahuan tentang ilmu agama wahai murid, kerana ia akan menyebabkan anda menyembah Allāh berdasarkan kenyataan (ḥaqīqa) melalui pengetahuan anda tentang Syariat. Allāh SWT berfirman, "Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)" (Qur'an 45:18).
3) Anda bertanggungjawab untuk mempunyai taqwa kepada Allāh SWT secara diam-diam dan terang-terangan. Ketahuilah bahawa Dia bersama anda dengan pengetahuan dan kekuasaan-Nya, meliputi anda dengan rahmat dan kekuatan-Nya. Oleh itu, sedarilah di dalam diri anda akan sabda Nabi-Nya ﷺ: "Takutlah kepada Allah di mana sahaja anda berada dan ikuti perbuatan buruk dengan perbuatan baik kerana ia (perbuatan baik) akan menghapuskannya (perbuatan jahat)...". Taqwā adalah wasiat Allāh SWT, kepada kita dan mereka (yakni umat) yang datang sebelum kita, sebagaimana firman-Nya SWT: "Kami telah mewasiatkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan kamu sendiri agar bertaqwa kepada Allāh."
4) Kesempurnaan dan kesudahannya serta buah taqwā dan hasil ibadah adalah sifat yang indah dan interaksi yang baik (dengan semua orang). Seperti yang disabdakan oleh Nabi ﷺ: "Agama itu adalah interaksi yang baik, jadi hendaklah watak anda itu terlahir daripada buah ibadah dan interaksi anda dalam hidup sebagai lambang kemurnian dan kebersihan hati anda daripada ego".
Kita diperintahkan dari oleh agama yang maha benar supaya sentiasa menghormati orang-orang tua, mengasihani anak-anak muda, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Demikian juga, kita diperintahkan untuk saling nasihat-menasihati sesama kita. “Agama itu adalah nasihat” adalah cogan kata kita. Dan nasihat yang baik adalah petunjuk yang kami berikan kepada murid-murid kami. Memerintah yang baik dan melarang yang jahat dengan cinta, kebenaran dan keikhlasan adalah kaedah tarekat kami.
Kita terikat dengan ikatan yang paling kuat dan kukuh seperti teladan kita dan Syeikh kita, iaitu persaudaraan. Sepertimana firman-Nya SWT: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara”. Dan firman-Nya lagi: “lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”. Syeikh kita RA, pernah berkata: “Cinta demi Allah tidak ada bandingannya. Kesabaran dengan orang-orang bukanlah dalam kemampuan seorang manusia (bahkan anugerah Allah kepadanya)". Beliau juga mengatakan, "Persaudaraan dalam agama lebih kuat daripada persaudaraan hubungan darah, kerana agama itu menyatukan antara orang-orang Arab dan bukan Arab".
Wallahu a'lam
-
( Sumber: Miftāḥ al-Dukhūl li-Ṭarīqa al-Jaʿfarīyya )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan