"SURAH AL-FATIHAH DITURUNKAN"
SURAH al-Fatihah diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.
Surah ini juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) atau “Ummul Kitab” (induk Al-Kitab) kerana ia merupakan induk dan intisari bagi isi kandungan al-Quran.
Al-Bukhari mengatakan: “Dinamakan dengan Ummul Kitab kerana surah tersebut menjadi surah pembuka dalam penyusunan mashafnya, dan juga menjadi pembuka pada bacaan dalam solat.”
Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“ALLAH tidak pernah menurunkan dalam taurat ataupun injil ataupun surah, sepertimana Ummul Quran, ia adalah Sab’al Mathani..” (Hadits riwayat Nasa-i)
ALLAH SWT menamakan surah al-Fatihah sebagai al-Sab’ al-Mathani sebagaimana yang terdapat di dalam kitab-Nya.
Firman ALLAH SWT:
ÙˆَÙ„َÙ‚َدْ آتَÙŠْÙ†َاكَ سَبْعًا Ù…ِّÙ†َ الْÙ…َØ«َانِÙŠ ÙˆَالْÙ‚ُرْآنَ الْعَظِيمَ
(al-Hijr: 87)
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.”
Di dalam hadith yang lain menurut riwayat Imam al-Bukhari ada juga disebutkan bahawa nama lain bagi surah al-Fatihah adalah al-Sab’ al-Mathani:
Daripada Abu Said bin al-Mu’alla berkata,
"Rasulullah SAW telah memanggilku ketika aku sedang solat, maka aku tidak menyahutnya.
Aku berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah! sesungguhnya aku sedang bersolat."
"Rasulullah SAW telah memanggilku ketika aku sedang solat, maka aku tidak menyahutnya.
Aku berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah! sesungguhnya aku sedang bersolat."
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidakkah kamu pernah mendengar firman ALLAH berkaitan tuntutan menyahut panggilan ALLAH dan juga rasul Nya apabila kamu dipanggil.”
"Tidakkah kamu pernah mendengar firman ALLAH berkaitan tuntutan menyahut panggilan ALLAH dan juga rasul Nya apabila kamu dipanggil.”
Kemudian Nabi SAW bersabda lagi:
“Tidakkah kamu menginginkan untuk aku mengajarkan kepada kamu surah yang paling agung di dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid ini?.”
“Tidakkah kamu menginginkan untuk aku mengajarkan kepada kamu surah yang paling agung di dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid ini?.”
Setelah itu, Nabi SAW memegang tanganku. Apabila kami ingin keluar, aku berkata: "Wahai Rasulullah! Sebentar tadi kamu katakan yang kamu akan mengajarkan kepadaku surah yang paling agung di dalam al-Quran."
Maka Nabi SAW bersabda,
Maka Nabi SAW bersabda,
الØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ العَالَÙ…ِينَ، Ù‡ِÙŠَ السَّبْعُ المَØ«َانِÙŠ، Ùˆَالقُرْآنُ العَظِيمُ الَّØ°ِÙŠ Ø£ُوتِيتُÙ‡ُ
Maksudnya: “Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam (surah al-Fatihah) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaannya yang telah diberikan kepadaku.” (Riwayat al-Bukhari (5006))
Ibn Abbas ra bercerita,
Ketika Jibril duduk bersama Nabi SAW, tiba-tiba terdengar suara memekik dari atas kepalanya.
Kemudian dia berkata :
"Ini adalah suara pintu di langit yang belum pernah dibuka kecuali hari ini", kemudian turun melalui pintu itu malaikat yang belum pernah turun kecuali hari ini.

Kemudian malaikat itu memberi salam dan berkata,
"Berilah kabar gembira dengan adanya dua cahaya yang kedua-duanya diberikan kepadamu (Muhammad) dan belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelum kamu, PEMBUKA KITAB (SURAH AL-FATIHAH) DAN PENUTUP SURAT AL-BAQARAH. Tidaklah engkau membaca satu huruf dari keduanya kecuali akan diberikan kepadamu."
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Muslim (hadis no. 1339) dan al-Nasa'i (hadis no. 903))

Surah ini mencakupi 3 tema utama al-quran iaitu keyakinan,ibadah dan panduan hidup.Keselurahan isi surah membicarakan tentang beberapa perkara iaitu
1. Memuliakan Allah dan mempercayai keesaan-Nya.
2. Tentang hari kiamat.
3. Penyembahan hanya kepada Allah.
4. Meminta pertolongan hanya kepada Allah.
5. Memohon Allah membimbing kejalan yang lurus.
6. Jalan orang yang beramal soleh dan berbuat keburukan

Semoga ALLAH SWT memberi kita kefahaman di dalam agama, dan dipermudahkan kita untuk istiqomah beramal dengan surah ini.
Petikan ini diambil sumber "journey to the Quran by Shariff Hassan Al-banna".
0 comments:
Catat Ulasan