SEBENAR-BENAR KORBAN


SEBENAR-BENAR KORBAN

Setiap kali datangnya hari raya Aidil Adha, maka sibuklah kita sekampung umat Islam mencari lembu dan juga kambing untuk dikorbankan.. Semoga boleh dijadikan tunggangan di Padang Mahsyar kelak.. Itulah pandangan sekalian orang ramai..
Apakah Allah berkehendak kepada suatu bentuk upacara persembahan, atau pun upacara pemujaan? Apakah Allah berkehendak kepada daging dan juga darah? Atau adakah Allah mahu lihat keikhlasan kalian mengerjakan segala suruhan dan perintahNya?
Marilah kita bersama-sama melakukan ibadah korban dengan kebijaksanaan dan juga faham akan hakikat dan juga pengertian yang ada di sebaliknya..

Apakah sebenarnya HAKIKAT KORBAN?
Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya pengertian di sebalik ibadah korban.. Kita hanya tahu sembelih dan agihkan daging mengikut aturan dan juga syarat- syarat fekahnya.. Kemudian kita pasti mengharapkan ganjaran pahala daripada amal perbuatan itu..
Setelah kita selesai berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan berjaya menahan diri daripada mengaku yang kita ini memiliki sifat-sifat Allah.. Kemudian kita disunatkan pula untuk berpuasa 6.. Pernahkah kita bertanya, kenapa puasa 6, tidak pula berpuasa 7?
Apa yang SATU lagi itu?
Yang satu lagi itu adalah "Hayat".. Sifat Hidup Allah.. Yang sebenar-benar memakai sifat "Hidup" itu hanya Allah, bukan makhluk.. Jika tidak ada yang hidup ini, maka tidak dapatlah segala sifat yang 6 itu untuk diletak pada diri yang bernama makhluk itu..
Apabila ada sifat Hidup..
Barulah boleh tampung;
~Samak - MENDENGAR
~Basar - MELIHAT
~Kalam - BERBICARA
~Kudrat - BERKUASA
~Iradat - BERKEHENDAK
~Ilmu - BERILMU
Hari Raya Korban memberi penekanan terhadap "Sifat Hayat".. Hidup kita ini adalah kerana adanya Allah Yang Hidup.. Kita ini sebenarnya mati.. Kita ini sarung sahaja.. Patung bernyawa.. Digerakkan oleh satu Kuasa Yang Maha Hebat..


( Sumber dari Hakikat Insan )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan