" Dalam Kitab Bimbingan Mukmin "...
Imam al-Ghazali ketika membahas masalah dua kalimat syahadat menulis: "Dan bahawasanya Allah mengutus Nabi yang ummi (tidak pandai tulis.. baca) daripada keturunan Quraisy.. iaitu Nabi Muhammad saw... Perutusan nabi Muhammad itu kepada sekalian bangsa Arab dan Ajam.. jin dan manusia dan dengan perutusannya.. maka berakhirlah semua perutusan Rasul dan Nabi.
Baginda menjadi penyudah sekalian Rasul.. pembawa berita yang menggembirakan dan yang menakutkan serta penyeru kepada jalan Allah dengan izinNya dan sebagai pelita yang memberikan cahayaNya.
Allah menurunkan ke atas Baginda kitabNya yang penuh hikmat.. memberikan penerangan mengenai agamaNya yang lurus dan menunjukkan jalan al-Sirat al-Mustaqim (jalan betul).
Allah mewajibkan ke atas semua makhluk.. agar mempercayai Baginda dengan apa diberitakannya.
Nabi Muhammad adalah manusia istimewa. Baginda bersabda maksudnya "Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari keturunan Nabi Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah dan memilih Bani Hashim daripada Quraisy dan memilihku daripada Bani Hashim." (Hadis riwayat Muslim)
Mengenai Nabi sebagai kesinambungan nabi sebelumnya.. Baginda bersabda maksudnya "Perumpamaanku dan perumpamaan nabi sebelumku bagai seseorang yang membina bangunan di mana dia membinanya dengan indah dan bagus.. tinggal lagi satu batu yang belum terpasang pada satu sudutnya.. orang mengitari bangunan itu menikmati keindahannya, mereka berkata "Duhai andai saja satu batu ini dipasang.. Akulah batu itu dan aku penutup Nabi." (Muttafaq alaih)
Pada hari kiamat Baginda menyifatkan dirinya dengan sabdanya bermaksud "Aku adalah pimpinan anak cucu Adam pada Hari Kiamat nanti.. aku orang yang pertama dibangkitkan daripada kubur.. aku orang yang pertama memberi syafaat dan aku orang pertama diberi syafaat". (Hadis riwayat Muslim)
Kita memerlukan pembangunan seimbang antara keduniaan dan akhirat. Kita tidak mahu menjadi pincang dengan cara mengetepikan satu daripada kedua duanya. Kita tidak mahu menumpukan saja pada keduniaan sehingga akhirat dilupakan dan sebaliknya. Kita tidak mahu hanya melihat akhirat dengan mengetepikan dunia.
Selawat sebagai satu ibadat mempunyai nilai kerohanian yang tinggi dan sangat bermanfaat bagi kehidupan kita sebagai umat Islam secara peribadi atau bermasyarakat kerana dengan kita mengamalkannya.. maka kita akan memperoleh banyak keuntungan dunia dan akhirat.
Berselawat ke atas Nabi adalah satu tuntutan agama Islam dan kesempurnaannya terpulang kepadaNya. Setiap hari umat Islam wajib mengucapkannya.
Dalam al-Quran.. Allah berfirman maksudnya "Sesungguhnya Allah dan malaikatpNya berselawat kepada Nabi. Hai orang yang beriman berselawat kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab: 56)
Makna selawat dalam ayat ini adalah selawat Allah ke atas Nabi dengan memberi rahmat.. memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Baginda kepadaNya. Selawat malaikat ke atas Baginda pula mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan. Selawat orang beriman ke atas Baginda adalah mengakui kerasulannya.. memohon kepada Allah melahirkan keutamaan.. kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya dan membaca selawat.
Berselawat ke atas Nabi disyariatkan dalam tasyahhud solat.. dalam khutbah.. saat berdoa serta beristighfar. Demikian pula selepas azan.. ketika keluar serta masuk masjid atau mendengar nama Baginda disebut.
Antara faedah berselawat yang didapati daripada beberapa hadis Nabi adalah memperoleh selawat daripada Tuhan Penguasa Alam.. memperoleh syafaat daripada Nabi Muhammad saw mendapat kepemimpinan daripada malaikat yang baik baik.. menghapuskan dosa.. mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.. mempunyai perbezaan dengan orang munafik.. memperoleh nur zahir dan batin.. mendapat keselamatan daripada azab neraka.. membolehkan memasuki syurga.. memperoleh ucap selamat daripada Allah.
Sabda Nabi maksudnya "Siapa yang berselawat ke atas ku sekali.. sesungguhnya Allah berselawat ke atasnya 10 kali." (Hadis riwayat Muslim)
Mengucapkan selawat ke atas Rasulullah adalah perkara yang disyariatkan. Di dalamnya faedah terbuka seluas luasnya. Antaranya menjalankan perintah Allah dan menyepakati Allah dan malaikatNya yang juga berselawat ke atas Nabi.
Faedah lain adalah melipatgandakan pahala orang berselawat.. ada harapan doanya terkabul dan berselawat adalah sebab diperoleh berkat dan abadinya kecintaan kepada Rasulullah. Seperti berselawat menjadi sebab seorang hamba beroleh hidayah dan hatinya hidup.
Semakin banyak seseorang berselawat kepada Baginda dan mengingatinya.. semakin kental pula kecintaan di dalam hati. Sehingga tidak tersisa di hatinya penentangan terhadap sesuatu pun daripada perintahnya dan tidak pula keraguan terhadap apa yang disampaikannya.
Selawat yang kita berikan kepada Baginda akan diterima oleh Baginda seperti tertera dalam satu hadis bermaksud "Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang ditugaskan mengitari bumi.. mereka menyampaikan kepadaku selawat dan salam dari umatku." (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa'i)
Untuk membantu dan memperkukuh kita dalam alam kehidupan maupun kematian.. sudah semesti kita membanyakkan selawat ke atas Nabi kerana seperti sabda Baginda maksudnya "Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang paling banyak berselawat kepadaku."(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Jika kita banyak berselawat maka kita akan dekat dengan Nabi dan apabila kita dekat dengan Nabi maka kita dekat dengan Allah dan apabila kita dekat dengan Allah.. maka Allah akan sentiasa bersama kita dalam gerak geri dan berdiam diri kita.
Allahumma shalli wasallim ala sayyidina Muhammad.
( Sumber dari Ustadz Abi Chai Al Ajami )
0 comments:
Catat Ulasan