Puan Guru Tok Limah ( 1930an - 2005 )

Puan Guru Tok Limah ( 1930an - 2005 )

Nama penuhnya ialah Siti Limah Binti Salleh dan beliau berasal dari Mahang, Kedah. Beliau adalah nenek kepada Ustaz Marzuki Yusof ( Mudir Pondok Kejai )
Selepas berpindah dari Mahang ke Sik, beliau mula menuntut ilmu di Pondok Batu 8, Sik selama beberapa tahun dibawah asuhan serta didikan Tuan Guru Ustaz Halim. Selepas Tuan Guru Ustaz Halim disekat daripada mengajar, Tok Limah kemudiannya menyambung pengajian beliau di Pondok Charok Puteh, Sik. Kemudian beliau meneruskan pendidikannya di Pondok Lanai, Baling.
Diantara gurunya ialah :
1. Tuan Guru Ustaz Halim
2. Tuan Guru Haji Yaakob Charok Puteh
3. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi
Tok Limah sepanjang hayatnya aktif mengajar muslimat² di Pondok Lanai sekitar tahun 80an. Selepas pengajian Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selesai, beliau pula mengambil alih mengajar muslimat² dengan menggunakan kitab² thurath. Ratusan pelajar yang hadir mengaji dengan beliau.
Tok Limah hafal kitab Bakuroh Amani. Di akhir-akhir usianya, mata beliau tidak nampak namun beliau boleh menghuraikan satu per satu ayat didalam kitab Bakuroh Amani tersebut dengan terperinci.
Boleh dikatakan, Tok Limah diantara murid Tuan Guru Haji Omar Zuhdi dari kalangan wanita yang berjaya menjadi ulama' rujukan masyarakat. Sebenarnya ada dua lagi murid wanita kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi yang turut alim serta mengajar di pondok iaitu :
1. Hajjah Midah
2. Mak Cik Bedah ( Ibu Tuan Guru Ustaz Ismail Mahmud )
Tok Limah meninggal dunia pada tahun 2005 ketika berusia sekitar 70an dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Parit Panjang, Baling.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Ustaz Marzuki dan ibunya./ Kenali Ulamak

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan