Puan Guru Hajah Zabidah Binti Lebai Alang ( 1940 - 2019 )

Puan Guru Hajah Zabidah Binti Lebai Alang ( 1940 - 2019 )

Puan Guru Hajah Zabidah Binti Lebai Alang dilahirkan di Kampung Titi Mandi Lembu, Sungai Petan, Kedah dan beliau berasal dari keturunan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili. Beliau berkahwin dengan seorang guru agama di Baling yang bernama Lebai Mahmud Bin Lebai Tahir. Kedua mereka merupakan guru rujukan masyarakat di kampung.
Puan Guru Hajah Zabidah atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Cik Bedah ini ialah ibu kepada Tuan Guru Ustaz Ismail Mahmud - Mudir Pondok Charok Tala, Jeneri.
Beliau mendapat pendidikan agama yang lama daripada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi di Pondok Lanai.
Puan Guru sepanjang hayatnya aktif mengajar muslimat² di Pondok Lanai. Selepas pengajian Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selesai, beliau pula akan mengambil alih mengajar muslimat² dengan menggunakan kitab² Mathlaul Badrain. Ratusan pelajar yang hadir mengaji dengan beliau.
Beliau hafal kitab Ummu Barahin tersebut dari mula hingga khatam.
Boleh dikatakan, Puan Guru diantara murid Tuan Guru Haji Omar Zuhdi dari kalangan wanita yang berjaya menjadi ulama' rujukan masyarakat. Ada dua lagi murid wanita kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi yang turut alim serta mengajar di pondok iaitu :
1. Hajah Midah
2. Tok Limah ( Nenek Ustaz Marzuki Yusof)
Walaupun tidak mempunyai harta, Mak Cik Bedah dan suaminya berjaya mendidik 12 orang anak²nya sehingga mereka semua menjadi guru agama di kampung. Mereka berdua juga adalah bomoh terkenal di Pondok Lanai dan mahir mengubati masyarakat melalui cara perubatan Islam.
Antara amalan beliau sepanjang hayatnya ialah :
1. Wirid tareqah Ahmadiah
2. Surah al-Waqiah
3. Wirid Lumatul Aurad
Puan Guru Haji Zabidah meninggal dunia pada tahun 2019 ketika berusia sekitar 79 dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Parit Panjang, Baling.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Tuan Guru Ustaz Ismail Mahmud
Sumber dari FB KenaliUlamak
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan