Golongan ahli Ulul Albab


7 ciri-ciri ulul albab iaitu:


1) Orang yang sentiasa memenuhi, menjaga, memelihara, dan melaksanakan janji dan tidak sekali-kali melanggar dan memungkirinya. Ia mencakupi janjinya kepada Allah, janjinya sesama manusia dan janji atas dirinya sendiri.

2) Orang-orang yang menghubungkan segala yang Allah perintahkan seperti silaturrahim, berbuat baik kepada kaum kerabat dan sanak saudara, juga kepada fakir miskin, orang-orang yang memerlukan bantuan, dan mendermakan kebajikan.

3) Mereka takut kepada Tuhannya, iaitu mereka berasa sentiasa di bawah pengawasan Allah dan mereka takut pada hisab yang buruk di hari akhirat.

4) Sabar terhadap perkara yang diharamkan dan meninggalkan dosa-dosa kerana mengharapkan redha Allah dan pahala-Nya yang berlimpah.

5) Mendirikan solat dengan memelihara batasan-batasannya, waktu-waktunya, rukuk, sujud, dan khusyuknya sesuai dengan apa yang dianjurkan oleh syariat.

6) Menafkahkan sebahagian rezeki, iaitu mereka memberikan sebahagian rezeki kepada orang-orang yang wajib dibiayai, iaitu anak, isteri, kaum kerabat, fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuannya. Perkara-perkara ini dilakukan secara sembunyi ataupun terang-terangan.

7) Mereka juga membalas perbuatan jahat dengan perbuatan yang baik.


Tuan Guru Dr. Haji Jahid Sidek

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan