TvTarekat | Cara Sang Sufi Memandang Manusia


"Syeikh al-Alawi RA apabila diperintah oleh gurunya Syeikh Bouzidi RA ke Tunisia, timbullah rasa kurang senang dalam hatinya. Maka beliau mengutus sepucuk surat kepada gurunya tersebut dan mengatakan "Aku sangat tidak gembira berada di sini (Tunisia), kerana tiada ahli-ahli Allah (para ahli sufi)".

Maka Syeikh Bouzidi RA membalas surat tersebut dengan mengatakan,  "Bentuklah mereka (supaya menjadi ahli kerohanian)!". 


Inilah yang diperintahkan oleh para pemuka Tasawwuf, pergi ke suatu tempat dan bentuk serta tariklah masyarakat di sana ke arah cahaya (agama). Seperti magnet yang diletakkan dibawah kertas dan di atas kertas itu terdapat serbuk besi, maka magnet tersebut akan menarik serbuk besi di atas kertas tersebut membentuk satu corak yang sama. Begitu jugalah sehendaknya seorang faqir (murid dalam jalan sufi) apabila dia pergi suatu tempat maka dia akan menarik orang-orang yang cemerlang untuk berada bersama-sama dengannya yang mana akan memudahkan kehidupannya pula. 


Maka, samada anda berada di tengah padang pasir ataupun berada di tengah kota, walau di manapun anda berada,  anda akan menemui seseorang. Anda mestilah memandang mereka sebagai orang yang cintakan Allah..."

-

Kuliah Syeikh Abdal Qadir as-Sufi, Zawiyah Syadziliyyah Darqawiyyah Qadiriyyah, Cape Town, 11 Februari 2012.

Share on Google Plus

About Loonaq Records

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan