TvTarekat | HAKIKAT DIRI, ROH, TIFLUL MAANI DAN 'KELAHIRAN KEDUA' SERTA MAKHLUK HALUS


Bersabda Nabi Isa (a.s) :
"Manusia tidak akan boleh masuk ke alam (malakutnya) langit, kecuali telah dilahirkan dua kali seperti burung." (Kitab Sirrul Asrar Syaikh Abdul Qadir al-Jailani)

TAFSIRAN SEMPIT 'REINKARNASI ATAU KELAHIRAN KEDUA DAN TANASUKH

Burung dilahirkan dua kali, pertama keluar telur dari ibunya, kedua menetas ia dari telurnya. Beberapa aliran dari agama lain seperti Buddha atau Hindu mempercayai kelahiran kedua yang dinamakan "inkarnasi". Fahaman ini amat tua dan hanya berdasarkan lingkungan alam dunia yang sempit.

Fahaman inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah At-Jathiyah ayat 24-26 :
"Mereka berkata kehidupan ini tidak ada selain kehidupan kita di dunia ini sahaja, di sinilah kita mati dan di sinilah kita hidup. Tidak ada yang merosakkan kita ini kecuali masa. Tetapi sebenarnya mereka tiadalah pengetahuan tentang yang ghaib melainkan hanyalah sangka-sangkaan sahaja. Apabila dibacakan kepada mereka keterangan-keterangan kami yang jelas, mereka tiada bantahan kecuali mereka hanya berkata, 'Datangkan kehidupan kembali bapa-bapa kita, jika apa yang kamu katakan itu benar.' Katakanlah Allah itulah yang menghidupkan kamu semua, kemudian mematikan kamu semua pula, akhirnya kamu semua dikumpulkan pada hari Qiamat. Hal ini tidak perlu diragukan lagi tetapi ramai manusia memang tidak mengetahuinya."
Dalam Islam ia dipanggil tanasukh. Ada juga aliran dari Syiah yang menerimanya sebagai pegangan. Namun mereka percaya berlakunya tanasukh hanya pada Imam-Imam Duabelas sahaja, bukan pada semua manusia.

Kepercayaan perpindahan ruh ke dalam badan manusia yang lain atau dalam badan haiwan mengikut amalan mereka di dunia dahulu adalah menyalahi sifat ruh sendiri. Ini disebabkan Qalbi mereka tidak tersingkap untuk melihat ruh di alam Jabarut dan alam Lahut walaupun mereka melakukan meditasi berpuluh-puluh tahun. Dunia ini amat kecil sahaja jika dibandingkan dengan beberapa alam yang terdinding dari pandangan manusia. Namun syaitan atau jin amat bijak dalam menyesatkan manusia.

Kadangkala jin yang bersama tuannya dahulu ketika hidup menyusup masuk ke dalam badan manusia seperti kanak-kanak untuk membuktikan bahawa ruh hidup kembali dalam badan yang lain adalah benar. Ini juga yang berlaku pada kaum Nabi Musa (a.s) apabila syaitan menyusup ke dalam patung lembu dan berkata-kata sehingga ramai pengikut Nabi Musa percaya bahawa itu adalah jelmaan Allah. Mereka melihat ia adalah nyata, sedangkan Tuhan yang disebut oleh Nabi Musa (a.s) tidak dapat dilihat.

Begitu juga tersesatnya kaum Quraisy dengan patung Latta dan Uzza, kerana kedua-dua patung tersebut boleh berbicara. Apabila Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam menyuruh Khalid al-Walid a.s menghancurkannya, Saidina Khalid melihat syaitan wanita berterbangan lari dari patung tersebut. Begitu juga apabila berlakunya patung menangis atau ruh simati hidup kembali. Segala itu adalah jelmaan syaitan atau jin kerana ruh yang telah keluar dari alam ini tidak kembali ke sini lagi. Ruh yang baik akan ke 'Illiyin dan ruh yang jahat akan ke Sijjin. Ia adalah alam ruh bukannya alam nyata.

Untuk melihat alam ruh yang tidak dipermainkan syaitan, manusia perlu menyingkap Qalbinya berdasarkan kaedah-kaedah yang diambil dari Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam. Segala pintu alam langit, alam rahsia tertutup ketika lahirnya Nabi Muhamad sallaLlahu 'alaihi wassalam. Mereka tidak dapat menembusinya melainkan dengan jalan Muhammad sallaLlahu 'alaihi wassalam. Nabi telah membukanya kembali pada malam Israk dan Mikraj, sesiapa yang mahu pergi ke langit perlu melalui pintunya. Nabi adalah pemegang rahsia langit, rahsia alam ghaib, rahsia alam keTuhanan. Tiada ruh yang boleh terbang ke alam keTuhanan melainkan dengan izinnya, dengan mengikuti ajaran dan mencintainya.

Saidina UmarAL-Khattab Menangis

Kerana itulah Saidina Umar al-Khattab menangis apabila melihat seorang rahib yang tekun bermeditasi di dalam lubang yang kecil sehingga Umar mengatakan : "Aku menangis kerana ketekunan kamu untuk mencapai Tuhan, sedangkan pintunya tidak engkau lalui iaitu Muhammad sallaLlahu 'alaihi wassalam". Mereka tidak akan mencapainya melainkan dimainkan oleh khayalan dan syaitan.

Berlakunya pembukaan yang ghaib seperti melihat ruh, melihat Tuhan adalah sebenarnya masih di alam ini lagi. Para ahli sufi termasuk Syaikh Abdul Qadir al-Jailani juga mengalami peristiwa terbuka rahsia keTuhanan ketika khalwatnya, namun dengan rahmat Allah ia selamat dari tipu dayanya. Dalam pembukaan ini, ramai para ahli sufi terkeliru sehingga menyangka mereka telah mencapainya. Ini kerana ia berlaku dalam bentuk yang begitu hebat dan tersilau segala rohani kala menatapnya. Ia datang dengan beberapa kalimat pengajaran, namun hakikatnya tersembunyi tipu daya yang halus.

Justeru itu manusia memerlukan Nabi yang memiliki kelebihan ruhnya yang berkemampuan melihat dan menerima wahyu. Nabi mengesahkan apa yang tersingkap pada Qalbi para sahabat adalah benar-benar Tuhan. Ilmu penyaksian yang haq atau tersingkap Qalbi secara haq terhadap alam keTuhanan ini diturunkan kepada beberapa orang sahabat. Sahabat mengajar pula kepada beberapa orang para tabi'i, para tabi'i mengajar pula kepada beberapa orang di kalangan tabi'i-tabi'i dan seterusnya sehingga sampai ilmu itu pada hari ini kepada orang yang tertentu pula. Justeru itu, pembukaan mereka yang tidak melalui jalan kenabian hanyalah sekitar di alam dunia ini dan alam mithal, iaitu alam ghaib yang masih tidak terkeluar daripada kongkongan alam jasad.

Manusia itu perlu dilahirkan kali kedua. Bayi jasad lahir dari gabungan dua nutfah iaitu lelaki dan perempuan. Bayi maknawi lahir gabungan dari ilmu zahir dan batin. Amal zahir ialah ibadah syariat dan amal batin ialah ikhlas. Ruh Al-Qudsi yang datang dari alam Lahut telah dikandung dalam Qalbi manusia. Ia telah terkurung dalam kegelapan. Apabila manusia beramal soleh dan meninggalkan segala kejahatan, zikir lisan berpindah kepada zikir hati dan zikir hati berpindah ke dalam lidah hati. Ketika itu Ruh Al-Qudsi akan lahir kembali dari Qalbinya dalam bentuk permulaan dan dinamakan Bayi Maknawi "Tiflul Maani".

Pada peringkat ini, jiwa seseorang itu cenderung melakukan kebaikan, amat menyesal apabila melakukan kejahatan. Inilah kebanyakan peringkat jiwa yang ada pada manusia yang bermujahadah terhadap sifat jahat dalam diri mereka walaupun dari pelbagai agama. Sebagaimana bayi jasad yang membesar dengan keperluan makanan, minuman dan penjagaan, begitu jugalah dengan bayi maknawi.

Seseorang itu janganlah hanya berpuashati dengan keadaan bayi maknawinya. Ia perlu dibesarkan sehingga melalui beberapa kelahiran kembali (peringkat) sehingga akhirnya ia kembali kepada asal keadaannya di alam Lahut. Mereka perlu memberi makanan, minuman dan didikan kepada bayi maknawi itu kerana ianya mengandungi pelbagai rahsia. Justeru itu, guru yang sebenar ada dalam diri manusia sendiri, ia adalah hakikat kehidupan, ia adalah pemegang ilmu rahsia alam ghaib.

Dengan penjagaan dan didikan yang betul, bayi maknawi ini akan melewati dari alam bayi kepada kanak-kanak (alam Malakut) kemudian berpindah ke alam remaja (alam Jabarut) dan dari remaja menjadi seorang dewasa yang matang (alam Lahut). Ketika itu Ruh Al-Qudsi telah sempurna kembali kepada hakikatnya. Ia kembali makrifat pada Allah SWT dengan pandangan yang haq. Ia tidak lagi menjadi tua dan tiada mati.

Pernah satu ketika Rasullullah sallaLlahu 'alaihi wassalam bersabda pada seorang wanita tua "Tiada orang tua sepertimu di dalam syurga", wanita tua itu begitu sedih hati apabila mendengar sabda baginda sallaLlahu 'alaihi wassalam, kemudian Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wassalam bersabda lagi "Usah bersedih, maksudku ialah di syurga nanti tiada orang tua sepertimu kerana orang tua sepertimu akan menjadi muda belaka".

Hakikat Diri dan "Kelahiran Semula" - 2/2

Seorang Muslim mencari rahsia dirinya di alam ruh sedangkan "inkarnasi" mencari siapa dirinya pada kehidupannya pada kelahiran yang lalu. Kehidupan semula di alam ini menyebabkan ruh akan terus terkongkong dan tidak meningkat atau maju. Mereka bermujahadah di alam dunia yang penuh ujian dan fitnah sehingga mereka mati, kemudian ruh dikembalikan pula ke alam ini pada kelahiran yang lain. Ruhnya kembali pada proses pertama iaitu kembali kotor, gelap kemudian menghadapi pelbagai ujian hidup kembali. Alangkah menderitanya ruh kerana tiada erti kerehatan. Ruh tiada kemajuan, hanya hidup mengalami proses yang sama cuma badan yang berlainan dan ujian yang berlainan. Ini adalah penyiksaan pada ruh yang berkekalan.

Ruh adalah kehidupan; adanya rasanya, pandangan, pendengaran, ilmu, kudrat dan iradat. Ruh tidak memerlukan badan, ia sudah mempunyai badannya sendiri mengikut alam. Sarungnya lebih cantik pada setiap alam. Apabila berlakunya peningkatan kesucian ruh, tersingkap baginya beberapa ilmu dan pandangan. Pandangan terhadap perkara yang haq tidak akan hilang. Apabila ruh kembali ke alam Lahut, tersingkap padanya rahsia keTuhanan yang haq. Inilah yang disabda oleh Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam: "Sesiapa yang masuk ke syurga tidak akan keluar lagi", bermakna ruh yang sudah masuk ke alam Lahut tidak akan kembali kepada kegelapan.

Amat salah bagi mereka yang berfahaman "inkarnasi" kerana percaya bahawa ruh akan kembali gelap dan hilang segala ilmunya apabila masuk kembali ke dalam tubuh yang baru. Perkara yang binasa itu adalah makhluk dan dari syaitan sedangkan Wajah Allah itu kekal, ilmu itu terus terpancar pada cemin Qalbinya sehingga meleburkan segala kebatilan, syirik, mazmumah pada dirinya.

Firman Allah :
"Katakanlah, apabila datangnya yang haq (kebenaran) maka akan hilanglah yang batil." (al-Israa' : 81)
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat." (al-Qiyaamah : 22-23)
Sesungguhnya manusia tidak boleh menyucikan dirinya, Allahlah yang menyucikan dirinya dengan berlakunya beberapa tajalli pada cermin Qalbinya. Bukit Tursina hancur dan Nabi Allah Musa (a.s) pengsan ketika Allah mentajallikan dirinya. Bukit Tursina dikiaskan kepada segala mazmumah dan pengsannya Nabi Musa dikiaskan berlakunya fana' iaitu keleburan seorang hamba dengan Tuhannya, bukannya hamba menjadi Tuhan. Ia umpama cahaya lampu yang hilang di dalam terang cahaya matahari. Cahaya lampu tetap wujud tetapi tiada kelihatan. Cahaya lampu akan kelihatan apabila cahaya matahari menghilang.

Kasyaf terhadap Tuhan ada tiga dan ia hampir sama. Pertama dari syaitan, ia menyesatkan dan menyebabkan manusia itu terkeliru. Justeru itu, seseorang pengembara rohani perlu mempunyai ilmu asas keTuhanan seperti wajib memahami sifat yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah. Tanpa memahaminya ia akan terkeliru dan boleh tersesat.

Kedua kasyaf pada rohani. Ia kelihatan sama seperti saudara kembar yang tidak dapat dikenali dengan sepintas lalu, namun pembukaan itu tidak meleburkan sifat mazmumah dalam diri, malah kadangkala menjadikan manusia itu sombong sehingga menyangka mereka mencapai darjat yang tinggi. Ada yang meninggalkan syariat, ada yang meringankan ibadah, ada yang sudah mula merendahkan orang lain, ada yang mendakwa ilmunya yang haq dan orang lain belum sampai.

Ketiga ialah kasyaf Rahmani dimana berlakunya peleburan mazmumah. Mereka menjadi manusia baru seperti ular yang keluar dari kulitnya, diberi kulit (perangai) yang baru. Tiada padanya kesombongan dan dakwaan, malah mereka tenggelam dalam lautan dosa dan kehambaan. Mereka mencintai ibadah, amat cinta dan takut pada Allah. Banyak t kelemahan diri dan menjauhi segala bentuk pujian. Jiwa mereka sentiasa dalam keadaan takut dan harap pada Allah SWT.

Tipu daya nafsu bagi permulaan penuntut ialah perlawanan dengan nafsu kebaikan dan sentiasa jatuh maksiat zahir. Tipu daya nafsu bagi pertengahan penuntut ialah dorongan kepada ibadah dan kebaikan tetapi didalamnya terkandung tipu daya, seperti pengakuan menjadi Nabi, Wali dan sebagainya. Sedangkan pada daerah makrifat, tipu daya nafsu dengan syirik khafi (penyekutuan yang samar) berupa jenis cahaya seperti pengakuan menjadi tuhan, bersatu dengan tuhan dan sebagainya yang melibatkan kesalahan akidah. Peringkat ini amat bahaya kerana mudah tergelincir akidahnya.

Seorang penuntut perlu mendalami ilmu syahadah, ilmu iktiqad, ilmu tahqiq serta tauhid hakiki dan mendapat bimbingan Guru yang mantap kefahaman akidah, syariat dan tasawufnya kerana tanpa asas ini amatlah bahaya. Bagaikan mendaki bukit yang tinggi dan curam, potensi untuk tergelincir amatlah mudah.

TANASUKH atau REINCARNATION adalah Bid’ah dan Tidak Benar.

Tanasukh ialah kepercayaan bahawa Ruh manusia tidak bergantung kepada badan seseorang itu. Apabila badan binasa Ruh itu pun mencari badan yang lain sama ada sejenis atau jenis yang lebeh rendah. Ianya sama dengan konsep REINCARNATION agama Buddha.

Ada golongan dalam Ilmu Hakikat yang percaya bahawa oleh sebab Ruh dicipta sebelum Azal, Ruh cucu cicitnya ( akan datang ) telahpun diwujudkan Allah. Ruh itu berpindah alam mengikut keupayaannya mengenal asal usulnya yaitu Mengenal Allah.

Ianya diberi peluang 7 kali berada didalam sarung badan manusia. Jika gagal juga Mengenal ia akan berpindah ke-alam binatang atau pokok. Inilah NERAKA mengikut kepercayaan ini. Kepercayaan ini BID’AH.

RIJ’AT ialah kepercayaan kepada kembalinya Ruh yang telah pergi kedalam badan yang baru.
HULUL ialah kepercayaan kepada Penjelmaan Allah dalam bentuk manusia.

Ketiga-tiga fahaman diatas adalah TIDAK BENAR kerana ianya bertentangan dengan TAUHID dan mengujudkan ghayrullah (selain Allah). Ini berlaku kerana :-

- mereka menumpukan pandangan pada badan sahaja dan tidak percaya kepada kemajuan Ruh

- kerana fahaman Ruh Ruh itu kekal abadi dan bilangannya terhad

- mereka tidak tahu bahawa tiap tiap ketika ada Tajalli Baru dan Manifestasi Berterusan

- bahwa Tajalliyat Allah tidak dapat dikira dan tidak pula berulang-ulang

MAKHLUK HALUS ? HISTERIA?

SOALAN :
Sy sangat2 minta tlong tuan utk terangkan pasal makhluk halus. Sy pernah kena histeria, tapi sy x tau kenapa sy jadi cam tu. Sy jadi konpius sbb ada yg kata makluk halus tu kita sendiri & ada yg kata tu bukan kita tapi makluk lain. Citer dari ustad saya dah biasa dengar, tapi sy masih tak paham. Mintak tuan terangkan dgn bahasa yg paling simple. Apa pendapat tuan? Timakasih tuan.


------------------------------------
PENDAPAT :
Hal yang berlaku ketika histeria adalah hal alam 4 Dimensi yang perlakuannya dizahirkan ke dalam alam 3 Dimensi. Seperti orang bermimpi berjalan. Mimpi itu adalah hal alam 4 Dimensi manakala perbuatan berjalan itu berlaku di alam 3 Dimensi. Alam 3 Dimensi adalah alam yang "tertakluk" kepada sistem RUANG dan MASA. Dunia fizikal di mana kita tinggal sekarang adalah alam 3 Dimensi iaitu alam yang dapat diukur dengan ukuran Panjang, Lebar dan Tinggi. Bila boleh diukur, bermakna ia ada RUANG. Bila ada ruang, bermakna ia memerlukan MASA untuk membolehkan kita sampai dari titik satu ruang ke titik satu ruang yang lain.

Alam 4 Dimensi pula adalah ibarat LANGIT PERTAMA di alam spiritual. Alam ini tidak tertakluk kepada sistem RUANG dan MASA. Di sini, tiada istilah Semalam dan Esok. Segalanya berlaku SEKARANG. Mimpi, angan-angan dan khayalan adalah contoh alam 4 Dimensi yang tidak tertakluk kepada sistem ruang dan masa. Di dalam angan-angan misalnya, kita boleh berada di mana-mana dan bila-bila masa saja mengikut apa yang kita inginkan.

Alam Dimensi ke 4 ini, banyak dihuni oleh pelbagai ROH makhluk-makhluk lain. Islam menggelarkannya Jin, Syaitan, Iblis, Malaikat. Melayu memanggilnya hantu, saka, bunian, makhluk halus, dan sebagainya. Inggeris memanggilnya Angel, Alien, Demon, Spirit dan lain-lain. Dari pelbagai nama-nama utama ini terdapat pelbagai lagi nama-nama gelaran lain yang berbeda mengikut sistem kepercayaan sesebuah masyarakat. Antara nama-nama lain yang sering diceritakan oleh Arab ialah Ifrit, Marid, Nasnas, Palis, Shiq, Hinn dan sebagainya.Apapun namanya, ia merujuk kepada entiti yang hidup di alam 4 Dimensi atau dari Dimensi-Dimensi yang lebih tinggi.

Semasa kita masih bergantung hidup dengan jasad, kita bergelar Manu-Sia. Manu-Sia ini hidup dalam alam 3 Dimensi. Bilamana Manu-Sia itu tidak lagi bergantung kepada jasad untuk hidup, maka ia akan bergelar ROH dan ia berada di alam spiritual (alam batin). Alam batin ini mempunyai DIMENSI atau tingkatan-tingkatannya tersendiri (sering dipanggil 7 lapis langit). Sains menggelarkan tingkatan ini sebagai PLANE. Setiap dimensi atau PLANE ini, ada penghuninya masing-masing. Namun, penghuni yang paling banyak adalah penghuni di Dimensi ke 4, iaitu pada PLANE 1 (Langit Pertama). Penghuni di sini banyak kerana majoriti Manu-Sia yang telah tiada jasad itu, tidak tahu untuk melepaskan diri mereka ke dimensi yang lebih tinggi kerana kebanyakan mereka TIDAK KENAL DIRI semasa mereka hidup di dunia fizikal (alam 3 Dimensi). Sejak dari zaman kejadian manusia, hingga ke hari ini, mereka yang TIDAK KENAL DIRI, akan terperangkap di Plane 1, tingkat yang paling bawah dalam dunia spiritual.

Walaubagaimanapun, ada sebahagian makhluk di alam 4 Dimensi ini amat berkemahiran. Mereka boleh masuk ke alam 3 Dimensi (dunia kita) dengan cara menggunakan perantaraan jasad manusia atau masuk 'direct' tanpa menggunakan perantaraan jasad manusia. Kebanyakan entiti ini 'berkeliaran' menunggu 'host' (jasad manusia) yang lemah untuk dijadikan sandaran untuk masuk ke alam 3 Dimensi semula.

Kenapa ?

Kerana jasad manusia adalah 'kenderaan' yang teramat penting untuk membolehkan roh KENAL hakikat diri mereka. Jasad manusia ini ibarat KITAB INDUK atau Buku Manual yang mengandungi semua maklumat penting tentang TENAGA yang menggerakkan jasad manusia itu. Maklumat perihal TENAGA itu disimpan dalam bentuk KOD (rahsia) yang perlu di-nyah kod sebelum ianya boleh difahami. Kod-kod ini telah di 'embeded' atau telah "ditanam" ke dalam sel manusia. Kod ini mengandungi pelbagai maklumat penting tentang hal TENAGA yang menggerakkan jasad itu. Maklumat itu tersimpan di seluruh sel manusia seperti pada DNA, pada Nafas, pada Jantung, pada Sistem Kelenjar dan lain-lain. Sebab itu, entiti-entiti ini sangat-sangat berkehendakkan jasad manusia untuk dijadikan "KENDERAAN" bagi Mengenal Diri mereka semula, kerana mereka berasa amat sulit untuk meneruskan perjalanan ke Dimensi yang berikutnya (Dimensi ke 5, 6 dan seterusnya). Kesulitan inilah yang menyebabkan mereka berkehendak sangat untuk kembali ke alam 3 Dimensi yang ada JASAD, RUANG dan MASA, agar mereka dapat menggunakan kembali jasad mereka untuk MENGENAL DIRI. (Rujuk Surah al-Mukminun 99-100).

Sebab itu, kita sentiasa diingatkan agar KENAL DIRI semasa kita hidup dan semasa jasad masih sihat, kerana setelah jasad sakit atau mati, kita tidak berkesempatan lagi untuk memecahkan KOD-KOD itu (Mengenal Diri/Makrifah).

Roh semua makhluk yang telah kehilangan jasad (mati) akan berada di alam spiritual yang paling bawah iaitu alam 4 Dimensi/Plane 1. Disebabkan mereka TIDAK KENAL kepada TENAGA yang menggerakkan Diri mereka, maka mereka tidak tahu KOD untuk melepaskan diri (roh) mereka ke dimensi yang lebih tinggi (dimensi ke 5, 6, 7, 8, 9, 10 ).

KOD ini penting untuk melepasi medan magnet dunia (EMF @ Electro Magnetic Field) atau lebih dikenali dengan ALAM BARZAKH. Barzakh bermaksud "Halangan" atau "Pemisah". Halangan atau Pemisah yang memisahkan alam 3 Dimensi dengan 4 Dimensi ialah Medan Magnet (EMF). Jika roh berjaya melepasi medan magnet ini (alam barzakh) makanya, ia akan lebih mudah untuk ke dimensi-dimensi yang lebih tinggi. Hanya mereka yang KENAL (makrifah) rahsia-rahsia Diri mereka, sewaktu hidup di alam fizikal 3 Dimensi, boleh melepasi EMF. Jika tidak, maka terkial-kial-lah mereka mencari jalan pulang menuju ke dimensi yang tertinggi itu. Inilah ibaratnya SIKSA ALAM BARZAKH yang amat menyiksakan.

"Kenal Diri" ini bermaksud mereka berkemahiran menggunakan JASAD di alam zahir (Uni-verse) dan bergabung dengan ROH, di alam batin (Inner-verse). Semakin mereka mahir menggabungkan ALAM ZAHIR dan ALAM BATIN ini, maka semakin RINGAN ROH itu. Bila Roh makin ringan, maka makin "Tinggi" ia akan terbebas. Roh yang ringan inilah yang diibaratkan 'SEPANTAS KILAT MELEPASI TITIAN AS-SIRAT'.

Roh yang paling ringan dan yang paling hebat ini adalah Roh yang paling berkemahiran untuk sampai ke Dimensi yang paling tinggi. Dimensi yang paling tinggi ini, Sains menggelarkannya sebagai OMEGA POINT atau lebih dikenali sebagai "Sidratul Muntaha". Di peringkat tertinggi ini, segalanya kembali kepada HAKIKAT PENCIPTA, alam antah barantah, yang KELU segalanya !

KESIMPULAN

ROH yang mendiami jasad manusia ini adalah suatu KEJADIAN yang paling hebat yang telah diciptakan oleh HAKIKAT PENCIPTA. Roh yang paling ringan, berkemahiran dan bijaksana adalah roh yang paling di-idamkan oleh seluruh entiti alam spiritual, kerana roh jenis inilah satu-satunya yang boleh melepasi peringkat tertinggi untuk KENAL dan KEMBALI ke PENCIPTANYA.

Dalam perspektif alam dunia 3 Dimensi, "Makhluk Halus" itu hanyalah sekadar jenis-jenis gas yang berbeza. Ia dikatakan gas kerana sifat makhluk halus itu sendiri yang bagaikan ASAP atau WAP yang tidak menampakkan bentuk fizikal yang tetap. Gas-gas seperti oksigen, kabon dioksida, hidrogen, nitrogen dan sebagainya, wujud di dalam dan di luar badan. Jasad manusia menghasilkan dan memerlukan gas-gas ini. Makanya, keperluan dan pengeluaran gas-gas ini di dalam badan haruslah seimbang. Ketidakseimbangan akan merosakkan sistem jasad dan mengakibatkan manusia itu sakit. Tanpa keseimbangan ia mampu merosakkan alam zahir dan alam batin. Orang yang stress, sakit dan kecewa umpamanya, adalah disebabkan ketidakseimbangan oksigen di dalam badan. Sebab itu, jika mereka yang menghidap penyakit sebegini, akan pulih jika mengamalkan cara pernafasan yang betul dengan menghirup oksigen segar dari tempat yang bersih dan mengamalkan pemakanan-pemakanan terpilih yang boleh membebaskan gas-gas yang betul dari dalam badan. Bahkan saintis mendapati, sel kanser akan mati jika badan manusia didedahkan dalam persekitaran oksigen segar yang banyak.

Dalam perspektif alam 4 Dimensi pula, "Makhluk Halus" itu adalah roh yang terkial-kial mencari jalan pulang. Mereka adalah roh yang ingin kembali semula ke alam fizikal 3 Dimensi, untuk memanfaatkan kembali jasad yang pernah dipersia-siakan dulu. Dek kerana mereka telah tiada jasad, maka jasad manusia lainlah yang mereka hambat. Sebab itulah MANU-SIA yang lemah, sentiasa menjadi hambatan "makhluk halus" ini kerana MANU-SIA ini tidak tahu KEKUATAN DIRI yang mereka ada.

Bila kita mati dan tidak tahu jalan pulang, kitalah makhluk halus itu !!

Maka, marilah kita sama-sama MENGENAL DIRI kita sendiri semasa jasad ini masih sihat dan semasa nafas ini masih ada sebelum segalanya terlambat !

Nama-nama seperti Iblis, Syaitan, Jin, Hantu, Pontianak, Saka, Jembalang dan lain-lain adalah pelbagai nama ALIEN yang telah di-Me-layu-kan oleh masyarakat Me-Layu.

Perkataan ALIEN adalah istilah sains yang merujuk kepada hal keadaan seseorang atau sesuatu atau makhluk yang datang dari tempat asing yang tidak diketahui. Extra Terrestrial Alien pula merujuk kepada makhluk dari luar bumi yang hidup dalam pelbagai dimensi alam (multidimensional). ALIEN boleh hidup tanpa jasad dan boleh hidup dengan jasad bergantung kepada tahap ILMU mereka.

Jika ILMU KENAL si Alien itu hebat, maka ia boleh melangkaui dimensi-dimensi alam yang lebih jauh, lebih tinggi, lebih ringan, lebih nipis dan yang lebih mikro. Alien dalam golongan ini lebih dinamik, lebih bijak, lebih hebat dari yang lain. Dalam bahasa Hebrew, orang Yahudi memanggil Alien ini sebagai Malakh. Arab memanggilnya al-Malk dan Me-layu memanggilnya Malaikat. Malaikat ini pula ada nama khas masing masing yang berbeda-beda sebutannya bergantung kepada sistem masyarakat mereka.

Jika si Alien itu tidak menguasai ILMU KENAL, maka kehidupannya akan terbatas. Kumpulan Alien sebegini hanya mampu mendiami dimensi-dimensi alam yang lebih berat, lebih bawah, lebih keras dan sangat terbatas. Mereka dikenali dengan nama am sebagai Hantu. Alien-alien hantu ini pula ada nama khas masing masing menurut masyarakatnya.

ALIEN BERNAMA MANU-SIA

MANU-SIA adalah makhluk ALIEN yang boleh hidup dalam pelbagai dimensi. Alien jenis MANU-SIA ini sangat kreatif kerana ia terjadi dari TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai Cahaya. Sebab itu segala unsur kimia dan unsur mineral yang ada pada sel dalam jasad manusia itu ada di angkasa dan apa yang ada di angkasa, ada pada jasad manusia. Magnesium, Iron, Phosphorus, Kalium, Zink dan pelbagai unsur yang ada di angkasa ada di dalam jasad manusia dan begitulah sebaliknya.

Alien MANU-SIA yang bermitosis dari Cahaya ini tidak berbentuk tetapi mengikut bentuk. Ia boleh mengikut bentuk apa-apa saja dan menjadi apa saja bentuk yang dimahukan. Bila Cahaya itu membentukkan Dirinya dalam BULATAN, maka ia menjadi satu rantaian bulatan yang tidak berkesudahan. Rantaian ini menjadi sekecil kecil atom dan sebesar-besar alam semesta yang Infiniti sehingga segala KEHIDUPAN dan KEMATIAN, akan berterusan berpusar-pusar dalam BULATAN ini. Cahaya ini bermitosis membentuk sekecil kecil atom, kemudian bermitosis menjadi sel, dari sel ia menjadi bentuk pelbagai makhluk termasuklah makhluk bernama MANU-SIA

MANU-SIA ALIEN HEBAT

Ternyata MANU-SIA adalah makhluk ALIEN yang sangat hebat, namun kehebatan si MANU-SIA ini telah dikekang dan dihadkan oleh segelintir MANU-SIA - MANU-SIA yang SEDAR tetapi ada kepentingan tertentu. MANU-SIA yang SEDAR tapi berkepentingan inilah yang kemudiannya mendapat nama-nama am lain, seperti Iblis, Syaitan atau Jin atau apa saja nama-nama lain mengikut panggilan masyarakatnya.

Segelintir MANU-SIA yang SEDAR tetapi berkepentingan ini telah mengawal MANU-SIA MANU-SIA yang TIDAK SEDAR tetapi secara SEDAR membenarkan puak berkepentingan ini memanupulasikan diri mereka.

ANU-NAKH-KHI

Antara keturunan Alien MANU-SIA yang paling terkenal dan berpengaruh bernama ANU-NAKH-KHI.


Cerita Anunaki adalah cerita kuno yang wujud melangkaui zaman kegemilangan kerajaan Sumeria dan Mesir purba. Cerita itu wujud dalam pelbagai LEH MEHFUDZ ( tempat menulis sesuatu dalam bahasa Hebrew). Cerita-cerita Anunaki ini banyak disadur dan diceritakan ke dalam pelbagai kitab, dalam pelbagai agama.


Kini, nama Alien si ANU-NAKH-KHI yang berbentuk MANU-SIA kembali lagi. Nama ini AKAN POPULAR dan akan makin dikenali oleh MANU-SIA Me-Layu.


Kenapa ?


Kerana...

Me-Layu akan Me-Nyegar jadi Malai-U.


Kerana...

ANU-NAKH-KHI ada di SiNNi !!


- mereka tidak tahu bahawa Ruh itu sabenarnya bebas dari badan.

( Sumber dari FB Shahibul Karib )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan