TvTarekat | Penjelasan Mengenai Ilmu Makrifat Tok Kenali

Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.

Penjelasan Mengenai Ilmu Makrifat Tok Kenali oleh Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian lagi dirahmati AllahAdapun hadir pada pagi yang berbahagia ini untuk menjawab persoalan yang baru timbul dalam dua tiga hari ini. Mengenai kesahihan ilmu Tok Kenali yang dibawa oleh ayahanda saya Mohd Yusof Cek Wook, yang saya perjuangkan pada hari ini. Didakwa, dikata dituduh, ianya bukan daripada ilmu Tok Kenali Kelantan oleh anak cucunya sendiri. Jadi dengar baik-baik akan jawapan saya ini.......

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.Ilmu makrifat ini bukan harta pusaka yang boleh diwarisi oleh anak cucu. Ilmu makrifat ini, ilmu Allah. Yang hanya akan disampaikan, diberikan, kepada sesiapa yang dikehendaki Allah. Sekalipun yang mendakwa itu anak cucu Tok Kenali. Tidak semestinya ilmu daripada Tok Kenali itu diterima oleh anak cucunya sendiri.

Kerana ilmu makrifat itu bukan harta pusaka yang boleh diwarisi oleh anak cucu. Ilmu makrifat itu milik Allah, yang akan diberi kepada sesiapa yang dikehendaki Allah. Mereka mendakwa Mohd Yusof Che Wook ini bukannya murid Tok kenali.

"ilmu makrifat itu bukan harta pusaka yang boleh diwarisi oleh anak cucu. Ilmu makrifat itu milik Allah, yang akan diberi kepada sesiapa yang dikehendaki Allah. Mereka mendakwa Mohd Yusof Che Wook ini bukannya murid Tok kenali."

Jadi saya ingin bertanya kepada mereka. Bagaimana mereka membuktikan yang Mohd Yusof Che Wook itu bukannya murid Tok Kenali??? Macam mana mereka boleh buktikan, kalau sekalipun Mohd Yusof itu bukan murid Tok Kenali???

Bagaimana,,, bagaimana, cara mereka membuktikan, sedangkan anak cucunya tidak hidup sezamannya??? Melainkan hanya mendengar khabar dari ibunya. Mungkin mendengar daripada ibunya sedikit. Daripada bapanya berkemungkinan.

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.Sungguh pun kita ini sebagai anak. Apa lagi sebagai cucu. Sungguh pun kita sebagai anak, kita tidak mengenali semua sahabat-sahabat bapa kita. Kita tidak mengenali semua rakan-rakan bapa kita.

Begitu juga kita, tidak semua sahabat-sahabat kita dikenali oleh anak-anak kita. Tidak semua rakan-rakan kita dikenali oleh anak bini kita. Cuba tuan-tuan fikir, apakah semua sahabat-sahabat kita dikenali oleh anak-anak kita???

Apakah sahabat-sahabat kita, dikenali oleh cucu-cucu kita??? Apakah semua sahabat-sahabat kita, dikenali oleh bini-bini kita??? Tidak semua sahabat kita, tidak semua murid kita, dikenali oleh isteri kita.

Tidak semua dikenali oleh anak cucu kita. Begitu juga murid-murid Tok Kenali. Tidak semua dikenali oleh anak, cucu, isteri, beliau. Jadi termasuklah Mohd Yusof Che Wook. Mungkin Mohd Yusof Che Wook bapa kepada saya ini, adalah murid yang tidak dikenali oleh anak cucu mereka.

Apakah dengan tidak dikenali oleh mereka??? Mereka boleh mendakwa Mohd Yusof Che Wook ini bukan anak muridnya Tok Kenali!!! Apa hak mereka mendakwa yang bapa saya Mohd Yusof Che Wook ini bukan anak murid Tok Kenali??? Apakah semua murid Tok Kenali itu dikenali oleh anak cucunya??? Isterinya???

Cuba tuan-tuan fikir dengan hati yang terbuka. Apakah anak cucu kita, isteri kita, kenal semua sahabat-sahabat kita??? Cuba tanya kepada mereka, apakah sahabat-sahabat kamu itu dikenali oleh semua anak bini kita???

Begitu juga Tok Kenali, muridnya ramai, berjuta. Mana mungkin anak cucu beliau kenal murid-murid yang berjuta. Melainkan mereka mendakwa Mohd Yusof Che Wook ini bukan anak muridnya Tok Kenali, kerana mereka tak ada ilmu makrifat.

Kerana mereka tidak mewarisi ilmu makrifat Tok Kenali. Lalu mendakwa Mohd Yusof Che Wook bukan muridnya Tok Kenali. Macam mana mereka buktikan??? Kalau ia pun bukan murid, macam mana mereka buktikan??? Apakah mereka buktikan dengan ceritanya ibubapa???

Tidak semestinya ibubapa kita mengenali murid-murid Tok Kenali. Tidak semestinya anak, menantu, cucunya, mengenali semua murid Tok Kenali. Jadi ini persoalannya.......

Yang kedua yang paling besar, para pendengar yang budiman sekalian.

Mereka yang mendakwa ini, termasuk anak cucu Tok Kenali tidak berilmu makrifat. Orang mencari ilmu makrifat, mencari Haji Shaari. Tidak mencari keturunan Tok Kenali. Jadi rasa cemburu, rasa iri hati, rasa dengki, timbul dalam hati mereka.

Saya kenal anak cucu Tok Kenali, biarpun secara jauh. Tidak ada seorang pun yang berilmu makrifat melainkan anak sulung Tok Kenali yang bernama Haji Ahmad. Itulah satu-satunya keturunan Tok kenali yang mewarisi ilmu makrifat, mengikut cerita Mohd Yusof Che Wook. Jadi.......

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.Ilmu makrifat ini yang diwarisi oleh Tok Kenali Kelantan. Melalui ilmu Haji Ahmad, gurunya di Mekah dan diwarisi oleh kita sekarang ini.

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.Apa lebihnya Tok Kenali??? Persoalan yang kedua, yang paling besar di sini. Apa lebihnya ilmu Tok Kenali yang anak cucu mereka banggakan? Apa lebihnya ilmu Tok Kenali yang anak cucu mereka banggakan???

Kalau mereka banggakan Tok Kenali ini, sembahyangnya sakan. Sembahyangnya banyak. Banyak ulamak-ulamak lain juga lagi banyak, sholatnya. Jikalau anak cucu mereka membanggakan Tok Kenali ini, puasa banyak. Ulamak-ulamak lain juga banyak berpuasanya.

Apakah Tok Kenali ini banyak berzikir??? Ulamak-ulamak lain juga banyak berzikir. Apa yang lebihnya pada Tok kenali??? Yang membuatkan beliau jadi guru termasyhur diseluruh seantero nusantara ini.......

Apa yang menjadi lebihnya Tok kenali sehingga dia menjadi guru yang termasyhur diseluruh seantero nusantara ini??? Tok Kenali bukan lebihnya solat. Bukan lebihnya puasa. Bukan lebihnya zikir. Bukan lebihnya belajar, di Mekah.

Orang lain juga belajar di Mekah. Apa bezanya, ilmu-ilmu ulamak-ulamak lain berbanding Tok Kenali??? Yang anak cucunya bangga-banggakan, apa lebihnya Tok Kenali??? Apakah dikatakan Tok kenali itu lebih, boleh berjalan di atas air??? Orang lain juga boleh berjalan di atas air. Batang buruk pun juga boleh berjalan di atas air. Ranting kayu juga boleh berjalan di atas air.

Apa lebihnya Tok Kenali, yang dibangga-banggakan oleh anak cucunya??? Melainkan lebihnya Tok Kenali, masyhurnya Tok Kenali, diatas ilmu makrifatnya.

Bukan ilmu fekahnya. Kalau lebihnya ilmu Tok Kenali di atas ilmu fekah. Ulamak-ulamak lain juga berilmu fekah, melebihi Tok Kenali. Yang hidup di Mekah berpuluh-puluh tahun. Bukannya dua belas tahun, sebagaimana Tok Kenali.

Jadi lebihnya Tok Kenali iaitu di atas dasar ilmu makrifat. Jadi apakah ilmu makrifat ini ada di dalam dada anak cucunya mereka??? Apakah anak cucu Tok Kenali memiliki ilmu makrifat???

Ternyata tidak ada. Seorang pun keturunan Tok Kenali tidak ada. Melainkan anak sulung Tok Kenali yang bernama Haji Ahmad. Begitu juga anak-anak saya. Tidak ada seorang pun anak saya yang berilmu makrifat. Melainkan anak saudara saya yang bernama Yusmahadi.

Begitu juga Tok Kenali. Mempunyai anak, mempunyai cucu. Tidak semestinya anak cucu itu juga berilmu makrifat. Ternyata....... ternyata..... Dengar...

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.Ini daripada mulut saya sendiri bernama Haji Shaari. Tidak seorang pun anak cucu, baik cicit Tok Kenali yang berilmu makrifat. Melainkan kebanyakan berilmu fekah, sebagaimana ustaz-ustaz lain. Itu makanya mereka menentang ilmu makrifat yang saya bawa kerana mereka tidak berilmu makrifat.

Mereka hanya berilmu fekah, berilmu syariat, sebagaimana ustaz-ustaz lain. Itu maknanya dia menentang. Dia mengatakan ilmu ini bukan ilmu Tok Kenali. Lebihnya Tok Kenali bukan pada ilmu fekah. Bukannya daripada ilmu sholat banyak.

Bukan pada zikir banyak. Bukan pada puasa banyak. Bukan kerana boleh berjalan di atas air. Lebihnya Tok Kenali yang masyhur, yang berbeza daripada ulamak-ulamak lain adalah di atas dasar ilmu makrifat.

Jadi tanya kepada cucu. Yang sekarang ini, sibuk ingin mendakwa saya kerana memakai Logo Tok Kenali. Memakai gambar Tok Kenali. Apa salahnya jikalau orang memaparkan gambar bapa kita??? Malahan kita lagi bersyukur lagi berterima kasih, memasyhurkan memartabatkan ilmu dan gambar bapa, datuk, nenek, kita.

Tetapi sebaliknya cucu Tok Kenali yang sorang ini menentang. Kerana apa??? Kerana orang makrifat tak cari cucu Tok Kenali, cari Haji Shaari. Maka tercabar. Lalu menulis surat untuk mendakwa mengguna gambar Tok Kenali.

Mahathir pun tidak mendakwa orang mengguna gambar mereka. Ini cucu Tok Kenali nak mendakwa Haji Shaari mengguna gambar Tok Kenali. Beginikah orang yang berilmu??? Melainkan memiliki hasad dengki, khianat,.

Orang guna gambar Tengku Abdul Rahman. Tidak ada pun anak cucunya mendakwa. Orang guna gambar Agung yang nombor satu Malaysia dipapar didinding-dinding, buku-buku, tidak ada pula anak cucu Agung mendakwanya.

Tiba-tiba anak cucu Tok Kenali ingin mendakwa kita mengguna Logo Tok Kenali. Yang didakwanya ilmu yang saya bawa ini, bukan ilmu Tok Kenali. Buktikan yang ilmu ini bukan ilmu Tok Kenali!!!

Apa lebihnya Tok Kenali??? Lebihnya Tok Kenali itu pada ilmu makrifatnya. Bukan pada ilmu sholatnya. Bukan pada ilmu puasanya. Bukan pada ilmu zikirnya. Bukan pada ilmu berjalan di atas airnya. Apakah cucu mereka ini ada??? Ternyata sedikit pun tidak ada. Jadi.......

Muslimin muslimat para pendengar yang budiman sekalian.Jikalau saya tidak menyatakan perkara ini. Berkemungkinan tuan-tuan juga rasa terpengaruh dengan dakyah anak cucu, segelintir anak cucu Tok Kenali ini.

Jadi saya Haji Shaari Bin Mohd Yusof Che Wook pada hari ini. Menegaskan bapa saya Mohd Yusof Che Wook berguru dengan ilmu Tok kenali. Dan ilmu yang diturunkan oleh Tok Kenali bukan sahaja ilmu syariat tetapi juga ilmu hakikat dan ilmu makrifat.

Ingat!!! Ingat!!! dan ingat!!! Ilmu makrifat bukan harta pusaka yang boleh diwarisi oleh anak cucu. Melainkan kepada sesiapa yang dikehendaki. Anak saya sendiri pun tidak ada seorang pun yang boleh menerima ilmu ini. Melainkan anak saudara saya, hanya satu-satunya daripada yang ramai itu. Yang menerima ilmu ini yang bernama Tuan Guru Muda Yusmahadi.

Jadi itulah yang berlaku kepada anak cucu Tok Kenali. Yang mewarisi ilmu ini, ilmu makrifat ini, hanya anak sulong Tok Kenali yang bernama Haji Ahmad.

Tok Kenali belajar ilmu dengan Haji Ahmad Al- Fatani. Haji Ahmad Al- Fatani menerima ilmu ini daripada Syekh Ahmad Daud Al-Fatani. Biar pun tidak pernah berjumpa. Tetapi Haji Ahmad Al-Fatani mewarisi ilmu Syekh Ahmad Daud Al-Fatani.

Itulah serba sedikit penerangan saya, supaya boleh diumumkan kepada seluruh masyarakat. Kononnya mereka hendak mendakwa Haji Shaari mengguna Logo dan Gambar Tok Kenali.

Tun Mahathir pun tidak mendakwa menggunakan gambarnya. Tengku Abdul Rahman pun, anak cucunya tidak mendakwa menggunakan logo dan nama bapanya. Ini cucu Tok Kenali ingin mendakwa Haji Shaari menggunakan gambar Tok kenali.

Sedangkan saya memperjuangkan,,, memperjuangkan, ilmu Tok kenali. Menyanjung sekali pun gambar Tok Kenali. Tetapi, sebaliknya mendapat fitnah dan tomahan daripada cucunya sendiri.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

- Amin drpd Tuan Guru Haji Shaari Mohd Yusof.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan