TvTarekat | Masing-masing Adalah Masing-masing, Nak Gadoh Apa?

Sumber tulisan: Ismail Ariffin Lepat

Di antara yang baru nak mencari jalan ilmu Mengenal, di antara yang telah Kenal dan di antara yang langsung tidak berminat untuk mempelajari ilmu mengenal Allah, sememangnya memang jelas ada jarak berbezaannya dari sudut mata pandang.
Apatah lagi dari sudut proses keilmuan nya. Sepastinyalah akan ada babak yang bertentangan. Ini disebabkan dari sudut ilmu mana yang dibincangkan dan dari sudut mana pula yang cuba ditelitikan..

"Namun jika Ilmu setinggi langit sekalipun, tetapi Hati masih mudah dihuni oleh siasah keduniaan dan selesa berdusta serta jua senang bermanipulasi dan menipu demi untuk nama, darjat dan kemuliaan dan dimata manusia. Maka ilmu hanyalah sekadar ilmu.., di akhirnya kita pasti akan menyesatkan diri kita sendiri'.

"Hati adalah segalanya, walau akal bijak menyusun rencana, walau mulut fasih berbahasa, tetapi Hati adalah Raja sebenar kepada keujudan kita.."

"Benar.. ilmu sangat penting, itu tidak dapat di nafikan.. tetapi harus di awasi supaya kita tidak terjebak ke dalam jerat keegoan pada akal dan hati"..

"If you thirst for knowledge, be sure not to drown in all the information, Do not mix up, janganlah dicampur-gaul dan adukkan. One at the time, step by step we make a move.. insyaAllaah.."

"Kita diberi Akal dan seberkas perasaan, tersentuh perasaan disebabkan satu satu keadaan, maka Akal fikiran pun mula berkeinginan untuk meneroka dengan lebih jauh lagi, lantas bibit permulaan pencarian pasti akan berlaku, dan apabila dimakam ingin tahu, ingin memiliki ilmu, nescaya terbit awal permulaan pasti dirasakan dengan kaedah 'jiwa didatangi rasa terpanggil' untuk tahu, maka bermulalah babak berguru di atas dasar ilmu dan ilmu, peringkat pengetahuan..

"Knowledge has a beginning but no end, tiada titik sudah.. maka itulah adanya kata kias yang berbunyi 'tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China sekalipun, ini jelas bererti tiada akan ada titik kesudahannya."

"Ilmu Allah Ta'ala sangatlah luas, tujuh air lautan di ambil sebagai dakwat, nescaya walau kering lautan itu sekalipun, akan tetap saja akan ada isi penulisan yang perlu dicatitkan..".

"o yes indeed, luasnya ilmu Allah tidak akan habis, apa yang di langit apa yang ada di bumi dan barang seisinya adalah hak mutlak ciptaan Allah Ta'ala, maka akan tiadalah jarak masa bagi sudahnya kajian Manusia akan ilmu Allah Ta'ala yang maha mencipta segala-galanya.

"Jika saya berkata Ilmu yang saya kupas bincangkan ini adalah milik saya, sudah tentulah di mata Allah Ta'ala sebesar melukut pun belum tentu ada.. semua nya hak Allah Ta'ala." - Tuan Guru Abu Darasan.
"Kita tabur kita semai dengan keikhlasan, terserah jika ada yang menerjah mencaci, memperolok-olok, mengejek-ejek seterusnya menghina serta menabur fitnah, maka kita berpaling sajalah dari mereka," ( Surah 6 Ayat 68)
Kerana ada beberapa perbezaan yang sangat ketara dari segi kupasan di dalam tingkatan permahaman. Namun setelah mengenal Allah, sejelasnya 'masing masing adalah masing masing....

Masing masing amat tersendiri, maha seni dan tersangatlah unik, 'Kita tidak akan sama' di singgahsana 'Kenal'.

"Hanya Cinta sahaja yang nyata ada. Dan hakikat cinta kita, kita lah yang rasa."

"Ahli Syariat Fekah dan Ahli Tarikat pasti tidak akan setuju dengan para Makrifah, Hinaan dan celaan atau kata sinis malah iri hati yang maha halus akan jelas dibentangkan dengan secara bersahaja" maka itulah sebabnya tersebut perkataan 'biar rebah dihina, berubah, sama sekali pasti tak akan berubah, apa sekali tanggapan mereka, 'Aku.. Akulah jua..'...

"Jika ada satu manusia turun dari langit bermegah menunjukkan kekuasaan nya dengan kemampuan membelah bulan menjadi lapan, jangan mudah hanyut dan terpesona.., Sesungguhnya kamu telah pun mengenali Tuhan Kamu, pamirkan sahaja senyuman dan jalan terus, kerana tiada seorang manusia pun yang hebat berkuasa, jika tanpa Allah Ta ala melimpahkan kurnia kekuasaanya"

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan