Kalam Wali & Mata Hati Mengenal Allah

Kalam Wali &
Mata Hati Mengenal Allah

Beberapa nasihat dan bimbingan dalam membersihkan jiwa serta jalan-jalan yang perlu dilalui untuk sampai kepada Allah, yang menjadi amalan para ahli sufi. Masalah2 yang dibentangkan , patut menjadi perhatian oleh genarasi kini mahupun genarasi mendatang.
Berkata Shaykh ibnu ’Athaillah:
”Tidak ada amal yang lebih diharapkan untuk diterima daripada amal yang samar engkau menyaksikannya, serta dianggap rendah wujudnya menurut kamu.”
Maksudnya: Amal yang diterima Allah swt adalah amal yang tidak dimengerti maknanya, maksudnya bahawa seseorang itu beramal tetapi dia sendiri tidak merasakan bahawa dia sedang beramal. Ini kerana dia merasakan bahawa apa yang dikerjakan dan diamalkannya itu tidak akan terwujud tanpa pertolongan Allah swt dan petunjuk-Nya.
Selain itu, syarat lain yang perlu dipenuhi agar amal itu diterima oleh Allah, juga orang yang beramal itu tidak bergantung kepada amalannya itu untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan.
Menurut kalangan ahli makrifat, tanda-tanda amal yang diterima ialah kelalaianmu dan terputusnya penglihatanmu daripada amal itu.
Berkata Shaykh ibnu ’Athaillah:
”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu,
(sebagaimana firman-Nya):
”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui(sedari)”.”
Nauzubillah min zalik.
نعوذ بالله من ذلك
:“Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”
nauzubillah atau nauzubillahi bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita).
Kalam Wali.
Kadang-kadang Allah memberitahu kepada waliNya tentang kesalahan seseorang lain, sama ada berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu Allah masukkan ke hati waliNya itu rasa ingin mempertahankan keAgungan dan keDaulatan Tuhannya, NabiNya dan agamaNya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin meluap-luap dengan perasaan hendak membela Tuhannya, NabiNya dan agamaNya.
Macam mana kesenangan dapat dirasai jika penyakit masih ada zahir dan batin, dan macam mana tauhid dapat dicapai jika masih ada kecenderungan untuk mempersekutukan Allah yang boleh membawa kepada kufur dan menjauhkan seseorang itu dari Allah, dan bukankah ini sikap yang dipunyai oleh musuh iaitu iblis yang dilaknati Allah, dan sikap yang dipunyai oleh orang-orang munafik yang bakal akan dicampakkan ke neraka yang paling bawah dan kekal di dalamnya?.
Maka oleh itulah Allah menzahirkan melalui lidah wali-waliNya tentang kepalsuan mereka itu, tentang kejahatan perbuatan mereka itu dan betapa bohongnya kata-kata mereka itu yang mengatakan mereka mempunyai peringkat kerohanian orang-orang yang benar (sodiqin), dan sikap mereka hendak melawan orang-orang yang fana' dalam takdir Allah, dan mengatakan yang mereka objek yang terakhir bagi Allah.Wali-wali ini melakukan itu kerana memelihara keAgungan Allah Yang Maha besar, ataupun untuk menyalahkan orang-orang yang berbohong itu sebagai satu nasihat bagi mereka, ataupun untuk menunjukkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang membohongi kebenaran wali-wali Allah itu.Maka oleh itu, wali itu dituduh memfitnahkan orang yang berkenaan.
Maka ditanya: "Adakah wali itu dibenarkan memfitnahkan seseorang pada hal dia dilarang berbuat demikian? Bolehkah ia bercakap tentang seseorang yang hadir atau tidak hadir, sesuatu yang tidak diketahui oleh orang ramai?"Sebenarnya perlakuan wali-wali yang demikian itu termasuk dalam maksud firman Allah:"Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (minum arak) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)
Pada zahirnya kritik terhadap wali-wali itu ialah menunjukkan ketidakpatuhan seseorang tetapi pada hakikatnya ialah menimbulkan kemurkaan Allah. Orang yang membantah kebenaran wali-wali itu ialah orang yang bingung dan sesat. Oleh itu , janganlah dibantah mereka, tetapi sebaliknya hendaklah diamkan diri dan fikirkan dulu dan cari kebenarannya dalam syariat. Jangan dibantah kerja Allah dan waliNya yang mengeluarkan kata-kata tajam yang mendedahkan kepalsuan orang-orang yang berbohong. Jika seseorang itu tidak membantah mereka, mereka itu lebih baik dan tidaklah timbul kejahatan dalam hati itu dan itu dianggap sebagai taubatnya dan kembali dari lembah kejahilan dan kesesatan.
Kata-kata wali itu adalah sebagai satu serangan terhadap orang-orang yang berbohong dan juga itu satu kebaikan atau faedah kepada orang-orang yang sombong, yang hampir binasa kerana kesombongan dan ingkar kepada Allah. Sesungguhnya Allah membimbing siapa sahaja yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus dan benar.
Shaykh Muhyiddin Abd Qadir Jeilani
( Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi )

                                        

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan