* AWAS ULAMA' JAHAT *



* AWAS ULAMA' JAHAT *

Ulama' ialah pewaris Nabi saw dan memegang amanah agama setelah ketiadaan Para Nabi. Nabi Muhammad saw adalah Nabi yang terakhir, maka tidak ada lagi Nabi yang diutuskan. Urusan ini akan diambil peranan oleh Para Ulama’.
Ulama' ialah mereka yang menguasai ilmu agama dengan meluas. Mereka mesti menguasai ilmu;
a) Bahasa Arab
b) Ulum Hadis
c) Ulum Tafsir
d) Akhlak
e) Feqah
f) Usul Feqh
g) Tafi'ir
h) Tarikh Tashrik
i) Qawaid Feqhiah
j) Ilmu Balaghah
k) Memahami Isu Semasa
Seorang Ulama' wajib takut hanya kepada Allah swt sahaja. Jika seorang yang mempunyai ketinggian ilmu tetapi takut kepada Manusia (Makhluk) maka ia bukan digolong sebagai Ulama'.
Ulama' mesti beramal dengan ilmuNya dan mengajar pula kepada orang lain, dia-lah dikira sebagai orang yang mewarisi Para Nabi. Jika berlaku sebalikNya maka ia mewarisi pekerjaan Syaitan.
Manakala Ulama' Su' (Jahat) ialah ulama' yang memutar belitkan tujuan agama yang "Benar" kepada yang lain demi kemaslahatan diriNya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama.
Nabi Muhammad saw telah mengingatkan tentang bahayaNya "Ulama'Jahat" di dalam sabdaNya;
"Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari Dajjal. Bila ditanya, siapa mereka itu?
Jawab Baginda; Ulama’ Su’
Ulama' Jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmuNya, dan ia pula memudaratkan orang lain.
Awas!... Kita hendaklah membezakan antara Ulama' Jahat dengan Ulama' Akhirat (Kebenaran).
Orang Alim yang bersikap demikian ialah syaitan yang durjana, yang bertopengkan manusia dan paling merbahaya kepada Agama Allah swt. Merekalah Virus perosak yang paling merbahaya untuk membinasakan Iman Umat.
Kejahatan Orang Awam kesanNya tidak seteruk kejahatan Orang Alim, kerana mereka menjadi suri teladan kepada orang lain. Segala fatwa mereka akan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang lain. Jika seorang doktor silap memberi ubat maka ia hanya boleh mematikan seorang pesakit sahaja.
SebenarNya Ulama' Jahat ia telah dilantik oleh Syaitan menjadi wakil mereka untuk menyesatkan mereka dan memudah kerja Syaitan untuk menyesatkan orang ramai. Ulama' Jahat ini dipandang oleh Allah swt seperti Keldai dan Anjing.
Firman Allah swt;
“Perumpamaan orang yang dipikulkan kepadaNya kitab Taurat, tetapi mereka tiada memikulNya, bagaikan keldai yang memikul kitab-kitab. Amatlah buruk kaum yang mendustakan keterangan-keterangan Allah, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang menganayai diriNya”
(Surah Al-Jumaah:5)
Firman Allah swt;
“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kami berikan keterangan-keterangan kami kepadaNya, lalu dibuangNya. Sebab itu mereka didatangi Syaitan dan Syaitan itu termasuk orang-orang yang sesat”
(Al-Araf:175)
Allah mengibaratkan Ulama' yang Jahat seperti Anjing.
“PerumpamaanNya sebagai anjing, kalau engkau menghalauNya dihulurkan lidahNya, dan jika engkau biarkan dihulurkan juga lidahNya”
(Al-Araf:176)
Ulama' Jahat ini muncul, sepanjang zaman kerana mereka ini akan hidup sama hayat dengan kehidupan manusia lain untuk menyesatkan manusia. Kita mudah untuk berhadapan dengan Syaitan, sudah cukup dengan membaca Ayat Kursi dan Auzubillah. Tetapi Syaitan manusia yang bertopengkan Agama ini agak sukar untuk kita menghadapiNya, kerana mereka juga boleh membaca AL-Quran.
Ulama' Jahat ini mereka berbicara seolah-olah mereka tidak takut kepada hari pembalasan Allah swt. Mereka boleh mempermainkan Ayat dan Hadis tanpa sandaran yang kukuh.
Mereka akan cuba mencari Dalil untuk menghalalkan tindakan pemerintah yang rakus semata-mata untuk kepentingan dunia mereka. Walaupun hati kecil mereka tidak boleh menerima apa yang mereka memberi pandangan tersebut, kerana ia bertentangan dengan disiplin ilmuNya. Tetapi oleh kerana dunia dan kedudukan mengatasi segala-galaNya maka kesemua itu diketepikan.
Realiti yang berlaku kehidupan Ulama’ Jahat ini akan dihina ketika berada di atas dunia lagi. Pihak pemerintah hanya menyanjung mereka ketika mereka mampu mencari Ayat yang menghalalkan tidakan mereka. Tetapi apabila mereka sudah tidak mampu mengeluarkan ayat-ayat yang menyenangkan pemimpin yang zalim, mereka juga akan diketepikan.
AkhirNya hidup mereka berada di dalam keadaan yang hina sehingga akhir hayat mereka. Apa makna kehidupan sebegitu rupa, jika di dunia sudah tidak mampu mendapat darjat kedudukan yang baik maka di akhirat nanti akan menerima pembalasan daripada Allah swt.
Di antara ciri-ciri Ulama' Jahat ialah;
a) Takbur dengan pandanganNya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum.
b) Melebihkan dunia sehingga mengabaikan tugas Akhirat.
c) Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah swt dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah swt.
d) Tamak kepada dunia dan pangkat.
e) Pengampu kepada pemerintah yang zalim.
f) Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim.
g) Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.
h) Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutNya sahaja, biarlah agama di caci di hina.
i) Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta.
j) Bercakap tidak serupa dengan perbuatan.
k) Tidak memaparkan Akhlak Islam yang sepatutNya ada kepada seorang yang ada Ilmu Agama.
l) Tidak membawa Cahaya Kebenaran malah menyorokkan kebenaran atau memutar belitkan KEBENARAN
( Syeh Haqtullah )
· 
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan