Apa itu MINDA ALAM SEMESTA ?
MINDA ALAM SEMESTA itu tidaklah di sebut secara mutlak di dalam Al-Quran. Namun, secara deduksinya MINDA ALAM SEMESTA ini WUJUD untuk MELETAKKAN UMMUL KITAB di dalamnya.
Itulah AL-KITAB atau UMMUL KITAB yang di dalamnya terdapat SEGALA ILMU ALLAH.
Minda Alam Semesta ada kaitan dengan Minda kita, semua manusia. Minda kita semua adalah Sebahagian dari Minda Alam Semesta.
Ia juga bermaksud Minda kita semua manusia adalah INTERCONNECTED atau saling berkait dan sebenarnya seluruh MINDA kita manusia semuanya adalah MINDA YANG SATU!
Sebab kita semua mempunyai KITAB yang SATU atau THE KITAB atau AL-KITAB.
Dan Al-Kitab ini berada di dalam MINDA yang satu ini dan inilah yang di katakan LUH MAHFUZ (Tempat Simpan Data atau Informasi yang Sangat Terpelihara).
Dua ayat di atas adalah BUKTI, SEMUA ILMU ALLAH berada DALAM AL-KITAB. Dan AL-KITAB itu berada di LUH MAHFUZ. Dan LUH MAHFUZ itu adalah MINDA ALAM SEMESTA yang MELIPUTI seluruh ALAM.
Lagi banyak kita boleh atau di beri izin untuk AKSES MINDA ALAM SEMESTA ini, lebih banyak kita DI BERI ILMU atau di beri FAHAM.
Untuk mengakses Informasi ini, kita memerlukan CONNECTION atau PENGHUBUNG = inilah sebenarnya Rahmat Allah.
***************************
***************************
AL QURAN SUDAH MENJELASKAN
KITA JE YG BELUM.FAHAM.
KITA JE YG BELUM.FAHAM.
LUH MAHFUZ adalah MINDA ALAM SEMESTA (Mind of the Universe).
Di dalamnya ada AL-KITAB. DI dalam Al-Kitab ada ILMU ALLAH. ILMU ALLAH meliputi SEGALA SESUATU.
Ini bermaksud di sekeliling kita adalah penuh dengan ILMU ALLAH dalam bentuk DATA atau INFORMASI.
Inilah dia Field of Waves atau Lautan Gelombang atau Gelombang Tenaga (Energy of Waves) yang MEMBAWA DATA :
Az-Zariyat : 2
فَالْحٰمِلٰتِ وِقْرًا
● and THOSE CARRYING A LOAD. ●
HAAMILAAT = Asal dari perkataan HA MIM dan LAM. Hamil bermaksud MENGANDUNG.
WIQRA = Load atau Beban. Gelombang itu adalah ENERGI yang BERGETAR yang membawa data.
Contoh kita tengok TV yang dapat dari Gelombang Tanpa Wayar yang di pancarkan dari Stesen Astro. Gelombang itulah yang membawa DATA.
Di luar kita penuh Pelbagai Gelombang yang mengandungi DATA atau INFORMASI.
Jika di sekeliling yang meliputi kita adalah WAVES atau GELOMBANG dan Gelombang itu ada DATA dan segala DATA ada dalam AL-KITAB termasuk Kitab-kitab Wahyu dan AL-KITAB itu berada dalam LUH MAHFUZ :- makanya kita ini seluruh alam BERADA di DALAM LUH MAHFUZ!
Imej yang TERBENTUK di dalam MINDA kita itu adalah TERHASIL dari CAHAYA dari ALLAH yang menyuluh DATA atau INFORMASI di dalam Al-Kitab yang bila MASUK ke dalam OTAK kita di tukar kepada PENGETAHUAN = ILMU.
IMEJ terhasil dalam MINDA kita adalah dari KOMBINASI Cahaya dan Ilmu Allah semata-mata.
DAN IMEJ apa sahaja yang kita SAKSIKAN itu adalah WAJAH ALLAH! *******************************
RENUNG DAN FIKIRKAN HP anda
Al Quran merujuknya sbg SUDUR
Kita sebutnya sbg MINDA
Apa itu SUDUR ? Ada apa dalam SUDUR ?
SUDUR adalah MINDA kita.
a) Di dalam SUDUR ada QALBU = Tukang Proses Data atau Informasi dan Membuat Pertimbangan/Judgment dan Keputusan.
b) Di dalam SUDUR kita juga ada MEMORI.
Di dalam MEMORI ada 2 jenis DATA :
i) Satu jenis adalah DATA PROGRAM (Operating System dan Application Software).
ii) Satu jenis lagi adalah DATA Input atau Output tentang apa yang telah berlaku, samada yang kita dengar, lihat dan rasa (INPUTS) atau yang kita cakap, tangan dan kaki kita melangkah dan buat (OUTPUTS).
Kitab yang di jumpai terbuka yang di sebut oleh ayat Al-Isra`: 13 di atas adalah APA sahaja yang kita BUAT itu di TULIS di dalam Al-Kitab namun di extract menjadi ILLIYIN atau SIJJIN :
QALBU atau Alat Proses Data kita atau Alat FIKIR kita atau Alat Buat Keputusan kita akan bertindak berdasarkan Data Program yang SUDAH DI DOWNLOAD kepada MINDA kita (AL-ZAMNAHU) dan juga Data dalam Memori yang sudah di buat atau sudah ada pengalaman yang membentuk persepsi Diri.
Apa sahaja yang DI BUAT - di tulis KEMBALI dalam Al-Kitab.
*************************
*************************
MINDA QALBU FUAD
Sebelum kita nak paham apa yang ada dalam Minda, mari kita faham dulu apa maksud Minda.
Minda atau S°UDUR dalam bahasa Arab adalah subset kepada FUAD dalam diri kita manusia.
Kita manusia di beri 3 alat, iaitu Pendengaran, Penglihatan dan FUAD, dan pasal inilah kita akan di pertanggung jawabkan di akhirat kelak.
Al-Isra' : 36
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا
● Dan janganlah kamu mengikuti / meneruskan apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan FUAD semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. ●
Apa itu FUAD ?
Di dalam terjemahan Al-Quran biasanya ia di sebut hati. Ini tidak benar kerana hati adalah QALBU dalam bahasa Arab.
FUAD ada mengandungi QALBU dan juga S°UDUR, iaitu Qalbu adalah subset kepada Fuad dan S°udur juga adalah subset kepada Fuad
FUAD sebenarnya adalah RASA SEDAR diri.
Tanpa FUAD kita tak sedar diri. Orang yang tidak Sedar Diri adalah orang yang Mindanya sudah rosak atau gila.
Qalbu ada Mata yang dapat melihat di dalam Minda. Ianya di 'dalam' Minda, makanya Qalbu adalah subset kepada S°udur.
Pendengaran dan Penglihatan adalah 2 sumber kita mendapat informasi, manakala FUAD, yang mengandungi MINDA, yang di dalamnya QALBU adalah alat kita memproses informasi tersebut dengan berfikir, meng'aqali atau mengkaitkan antara satu fakta dengan fakta yang lain dan paling penting MEMAHAMI apa yang berlaku di sekeliling kita.
Qalbulah yang sebenarnya BERFIKIR atau MENG'AQALI iaitu mencari sebab musabab dan kaitan fakta dan kebenaran, dan ianya di dalam MINDA atau S°UDUR.
Qalbu yang BUTA adalah Qalbu yang tidak BERFIKIR, maka tidak MEMAHAMI maka tidak NAMPAK. Tengok tapi tak NAMPAK.
Qalbu yang KERAS (seperti Batu) pula adalah qalbu yang tidak INGAT akan Allah, di sebabkan tidak dapat MEMAHAMI bahawa apa yang di sekeliling kita dan juga segala ciptaan Allah di seluruh langit dan bumi adalah tanda-tanda atau bukti-bukti KEWUJUDAN DIA, Tuhan Yang Esa.
Jika di bedah siasat apa yang ada dalam Minda kita selain qalbu, kita boleh ingat kejadian-kejadian yang lalu. Ini menunjukkan dalam Minda kita mempunyai Elemen Storan Data atau Informasi.
Selain itu, di Mindalah kita ini di uji dengan pelbagai bisikan Syaitan untuk menyesatkan dan melalaikan kita.
Qalbu, selain berfikir, ia juga menghasilkan FEELING atau RASA di dalam MINDA atau S°UDUR. Segala Rasa - bahagia, dendam, benci, dengki, bersyukur dan sebagainya.
Kesimpulannya, yang berada dalam MINDA kita adalah :
a) MEMORI masa lepas; maknanya dalam Minda kita ada ELEMEN Menyimpan Data, yang di panggil LUH.
b) QALBU sebagai mata dalam minda berdasarkan ayat Al-Hajj:46. Juga Qalbu yang bersifat meng'aqali atau berfikir untuk mencapai faham.
c) Lintasan-lintasan fikiran yang berasal dari Syaitan yang kebanyakannya adalah angan-angan kosong dan pengindahan pekerjaan yang tidak baik bertujuan menyesatkan dan melalaikan, juga membangkitkan kebimbangan.
d) Perasaan atau Feeling. Yang merasa adalah Qalbu, iaitu selain qalbu ini berfikir, ia juga dapat memberikan RASA pada diri, samada Rasa Yakin atau Marah atau Benci atau Sakit 'hati' (inilah sebenarnya hati berpenyakit) atau Dengki dan sebagainya.
( USUL MAKRIFATULLAH / USUL MUFTAHUL GHUYUB / USUL DERAJAT )
0 comments:
Catat Ulasan