Positif COVID19 dan Sembuh Dalam 4 Hari, Siapa Maulana Hamid Seri Petaling?



Maulana Hamid Seri Petaling telah positif #COVID-19, namun selepas 4 hari beliau telah discharge. Siapakah Beliau?

Salasillah Ilmu

Beliau ialah anak murid kepada Maulana Abdul Rahman Mianwi رحمه الله , Maulana Abdul Haq Akhorwi رحمه الله dan Maulana Abdul Halim رحمه الله yang mana ketiga-tiga guru Maulana Abdul Hamid ini adalah murid kepada Ulama Besar Deoband iaitu Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani رحمه الله yang merupakan Syeikhul Hadith di Deoband pada ketika itu.

Beliau juga bermulazamah dengan tok-tok guru pondok di sekitar utara tanah air seperti Pondok Sg Bakap, Pondok Penanti dan lain2 lagi.

Bermulazamah dengan alim ulama di Tamil Nadu, Kerala (mazhab Shafie ).

Ulama Hadith

Maulana Abd Hamid adalah Syeikhul Hadith (guru hadith Bukhari jilid awal ) kerana mengikut sistem pengajian hadith Deoband, mereka membahagikan Sahih Al-bukhari kepada dua iaitu jilid awal dan jilid thani. (Jilid thani telah diajar oleh Maulana Mansor حفظه الله ) .

Di madrasah Sri Petaling, mereka mengimplementasikan pengajian Daurah Hadith ( Sahih Sittah ) secara riwayah dan dirayah sehingga muttasil kepada pengarang kitab dan seterusnya muttasil kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Tahun lepas merupakan tahun kesebelas Maulana Abd Hamid berjaya mengkhatamkan Sahih Al-Bukhari secara tadris. Pengajian Bukhari beliau di ajar sepenuhnya di dalam bahasa arab. Beliau juga antara ulamak yang mahir dalam seni abwab tarajim bagi kitab Sahih Al-Bukhari.

Salasillah Dakwah
Beliau adalah amir kepada Jemaah Usaha Dakwah & Tabligh bagi negara Malaysia. Beliau telah dilantik oleh amir jemaah dakwah & tabligh dunia iaitu Maulana Saad Kandhalawi حفظه الله.

Tulisan: Ahmad Harith Izzuddin bin Ismail.
Sumber : Fuad Akmal.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

2 comments: