HAKIKAT SEMBAHYANG


HAKIKAT SEMBAHYANG


MAQAM - MAQAM SOLAT

1. Solat Syariat: Solat 5 waktu dan solat sunat yang dikerjakan menurut rukun dan syarat dan waktu tertentu berkiblat ke Baitullah Kaabah.

2. Solat Tarekat: Salik diperjalankan untuk menuju Allah melalui kaedah zikir nafas “Allah Hu”. Zikir Hu diucapkan ketika mana masuknya nafas dan Allah pula ketika keluarnya nafas.

3. Solat Hakikat: Solat yang berkekalan atau disebut Solat Daim. Tanpa rukun dan syarat serta tidak ada apa-apa bacaan selain ingat kepada Allah semata-mata di dalam keadaan berjalan, duduk, berbaring, atau ketika berada di mana-mana sahaja. Ingat kepada Allah itu adalah di dalam qalbu, ruh, dan rahsia, hingga tidak ingat lagi kepada Allah yang bererti fana kecuali ia diingati Allah atau Allah yang mengingatinya yang bererti baqa billah.

4. Solat Makrifat: atau disebut Solat Wusta yakni solat yang di 'tengah-tengah', sebagai mana firmanNya, “Ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu, di situ adanya Wajah Allah.” Solat Wusta ini adalah di sudut relung mata hati yang paling dalam dan tersangat hampir dengan Wajah Allah. Solat Wusta ini juga ialah menyaksikan Allah dalam segala sesuatu dan Allah juga menyaksikannya dalam segala sesuatu. Pendek kata, Solat Wusta adalah Penyaksian, Penyatuan dan PengEsaan antara seorang Pencinta dengan Kekasihnya


Apabila Seseorang yang memilih Islam sebagai cara hidupnya, maka adalah menjadi kewajibannya pula untuk menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu Sholat.
Sesungguhnya tidak lengkap seseorang yang berugama Islam tidak menunaikan Sholat di samping itu perlu diterangkan bahawa Sholat adalah menjadi tiang seri kepada bangunan Islam itu sendiri.
Ini bererti tanpa sholat maka sudah barang tentu runtuhlah Islam itu sendiri. Lantaran menyedari hakikat ini maka ramailah orang Islam menunaikan Sholat, dimana mana saja kita menjelajahi maka sidah tentu kita mendapati orang yang beragama Islam akan menunaikan Sholat.
Namun begitu jarang benar dikalangan umat Islam melapangkan masanya untuk mengaji Hakikat dan pengertian Sholat tersebut malahan mereka menerima sholat tersebut dengan cara ikut ikutan dari pada orang tua dan masyarakat sahaja.
Didalam menghuraikan pengertian sembahyang kebanyakan daripada para ulama syariat akan mentakrifkan sembahyang sebagai suatu ibadat yang bermula dengan niat dan berakhir dengan salam dengan mengikut syarat dan rukunnya. Malahan ada juga dikalangan tok tok lebai Islam mentafsirkan sembahyang sebagai sembah Yang Maha Berkuasa, sembah Yang Maha Besar, sembah Yang Maha Pemurah dan Penyayang dan sebagainya.
Kalaulah sholat dapat diertikan sebagai sembah Yang,……, maka dapatlah disimpulkan setiap penyembahan sudah tentu ada yang menyembah dan ada pula yang kena sembah, jadi adakah didalam Islam juga terdapat suatu yang bernama penyembahan. Disamping itu perlu diingatkan tiap-tiap ada yang menyembah maka sudah tentu ada yang kena sembah di hadapan penyembah. Justeru itu apakah boleh kita beritikad Allah s.w.t itu ada dihadapan orang yang menyembah.
Lagi pula kalaulah solat boleh ditafsirkan sebagai menyembah maka apakah ugama Islam pun sama dengan agama lain. Kalaulah kebanyakan ugama bukan Islam menyembah Tok Kong yang ada dihadapan mereka, maka bagaimana dengan Islam, apakah Islam menyembah yang ghaib dihadapannya. Jadi soalnya apakah perbezaan Islam dengan bukan Islam. Kalau Islam menyembah yang ghaib dan bukan Islam menyembah yang tidak ghaib.
Lantaran itu jelaslah sholat (sembahyang) bukan sekali-kali boleh ditakrifkan sebagai sembah seperti yang difahamkan oleh kebanyakan orang kita dewasa ini. Oleh itu eloklah kita bersama mengaji dan memahami hakikat sholat itu sendiri. Supaya kita terlepas dari golongan manusia yang menerima sesuatu pemahaman ugama secara ikutan nenek moyang seperti yang pernah dilakukan oleh kaum jahiliyah sebelum dan sezaman Rasulullah s.a.w.
Firman Allah : Al-Anbiyaa : 53
Ù‚َالُÙˆْا ÙˆَجَدْÙ†َاۤ اٰبَآØ¡َÙ†َا Ù„َÙ‡َا عٰبِدِÙŠْÙ†َ
“Mereka berkata kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya
(lalu kamipun ikut menyembah)”.
Adapun hakikat sembahyang itu adalah berdiri menyaksikan diri sendiri.
Sembahyang untuk bersaksikan dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang
nyata pada kita adalah الله (diri bathin) dan محمد itu adalah diri zahir kita yang membawa dan menanggung rahsia Allah s.w.t.
Adapun hakikat sembahyang itu terkandung didalam Al Fatihah iaitu pada perkataan :
الحمد
Kerana sembahyang yang diterima oleh Rasulullah ketika Israk dan Mikraj itu
berhakikatkan perkataan الحمد kerana mengambil sempena akan hakikat perkataan pertama lembaga Adam as setelah Jibril memasukan roh (diri bathin) Adam, dimana apabila sahaja roh tersebut sampai ketahap dada lembaga Adam pun terus cuba berdiri dan bersin dengan disertakan kata
الحمدالله
“Pujaan terhadap Allah” dan diatas asas tersebutlah Nabi Besar Muhammad s.a.w menerima sembahyang dari Tuhannya berdasarkan الحمد .
Adapun hakikat sembahyang sesungguhnya berhakikat الحمد bermula huruf ا (alif) itu adalah hakikat niat sembahyang kita. Huruf Ù„ itu adalah hakikat berdiri, huruf Ø­ itu adalah hakikat rukuk dan Ù… itu adalah hakikat sujud dan د itu adalah hakikat duduk diantara dua sujud, sebab itulah sembahyang kita tidak mempunyai persamaan dengan sembahyang ugama-ugama lain. Adapun perkataan artinya memuji, apa yang dipuji adalah zat, sifat, asma’ dan apaal Allah s.w.t.
Firman Allah di dalam Hadits Qudsi :
“Manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya“.
Perkataan pertama didalam pemujaan dan pujian kita di dalam sembahyang adalah dengan berkata اللهاكبر iaitu didalam Takbiratul-ihram.
Kita berkata demikian kerana mengambil sempena kata-kata manusia pertama Adam (a.s.) di kala sempurnanya Roh (Roh Rabbani) diri rahsia Allah dimasukkan ke dalam tubuh lembaganya. Lantas Adam pun berdiri menilik dirinya yang elok dan terus Baginda berkata:….
الله اكبر
Adapun hakikat rukun sembahyang itu adalah 13 perkara. laitu kerana mengambil sempena hakikat sendi besar manusia yang bergerak dan membolehkan manusia membuat kerja dan sebagainya.
Sendi-sendi tersebut adalah seperti berikut:-
1. Sendi tengkok
2. Sendi bahu kanan
3. Sendi lengan kanan
4. Sendi tangan kanan
5. Sendi bahu kiri
6. Sendi lengan kiri
7. Sendi tangan kiri
8. Sendi paha kanan
9. Sendi paha kiri
10.Sendi lulut kanan
11.Sendikakikanan
12.Sendi lutut kiri dan
13.Sendi kaki kiri
Adapun hakikat kenapa 17 rakaat sembahyang lima waktu sehari semalam kerana mengambil sempena dengan lima perkara.
Iaitu
حوى – ادم -الله –محمد – اھى
Adapun perkataan itu mengandungi 2 huruf menandakan sembahyang Subuh.
Perkataan الله itu mengisyaratkan kepada sembahyang Zohor.
Perkataan Muhammad محمد itu mengisyaratkan sembahyang Asar.
Perkataan ادم itu adalah mengisyaratkan sembahyang Magrib.
Dan perkataan حوى itu adalah mengisyaratkan sembahyang Isyak.
BERMULA SEMBAHYANG
Sembahyang Subuh itu dua rakaat sebab tabiat sesuatu itu adalah dengan dua perkara iaitu Zat dan Sifat.
Sembahyang zohor 4 rakaat sebab Tajalli Allah itu dengan 4 perkara
iaitu
وجود – علم – نور – شھود .
Sembahyang Asar itu 4 rakaat sebab Tajalli hamba itu empat perkara iaitu tanah, air, api, dan angin.
Sembahyang Magrib itu tiga rakaat sebab Tajalli Tuhan itu dengan tiga perkara
iaitu
احده – وحده dan وحدیھ .
Sembahyang Isyak itu empat rakaat sebab Tajalli hamba itu dengan empat perkara
iaitu
مانیكم – مني – وادي – دي
Sesungguhnya نورمحمد itu adalah dari نورالله yang di Tajalli dengan empat anasir
iaitu
شھود – نور – علم – dan وجود .
Adam itu dari نورمحمد yang di Tajalli dengan empat anasir iaitu Tanah Nuruni, Angin Nuruni, Air Nuruni dan Api نورالعرم dan bermula manusia itu adalah daripada Adam dengan diTajallikan dengan empat perkara
iaitu
مأنیكم – مني – وادي dan دي .
Inilah hakikat kejadian awal manusia yang mengandungi rahsia diri Allah s.w.t.
Kenapakah kita mesti mengucap Dua kalimah syuhadat 9 kali dalam 5 waktu sembahyang sebab diri batin kita mempunyai 9 wajah.
Bermula mengucap dua kalimah syuhadat satu kali pada sembahyang Subuh adalah kerana memberi kesaksian kepada wajah diri kita pada martabatnya Sirusir.
Dua kalimah Syuhadat pada sembahyang Zohor sebagai memberi penyaksian pada wajah kita, pada martabat Sir dan Ahdah, Dua Kalimah Syuhadah pada sembahyang Asar kerana memberi penyaksian pada wajah diri kita pada martabat Wahdah dan Wahdiah. Dua Kalimah Syuhadah pada sembahyang maghrib, sebab memberi penyaksian pada wajah diri kita pada martabat Ahmad dan Muhammad, dan Dua Kalimah Syuhadah pada sembahyang Isyak sebab memberi penyaksian pada wajah diri kita pada martabat Mustafa dan Mahmod.
Bermula hakikat niat itu adalah kepala sembahyang dan Al Fatihah itu adalah hakikat tubuh sembahyang dan Tahayat itu adalah hati sembahyang dan Salam itu adalah hakikat kaki tangan sembahyang oleh itu adalah menjadi satu perkara yang paling penting bagi kita memahaminya.
Adapun hakikat niat itu letaknya pada martabat Alif iaitu pada La ta’yaan, ianya terkandung didalam Kasad, Taarad, Taawud, dan Ta’ayin dan juga niat itu letaknya pada makam Roh Idhofi ataupun pada makam ‘Ayaan tsabitah iaitu suatu keadaan nyata didalam tidak nyata, oleh itu untuk menyatakan apa yang nyata pada makam ‘Ayaan tsabitah itu maka perlulah dinyatakan dengan perbuatan.
Kita pernah mendengar bahawa pada hakikatnya didalam solat itu telah terkumpul semua rukun Islam yang lima didalamnya (didalam huruf الحمد ).
Oleh itu marilah kita bincangkan bersama didalam penghuraian persoalan:
Bermula hakikat Syuhadat didalam sembahyang itu adalah terdapat di dalam Tahayat Awal dan Tahayat Akhir di dalam sembahyang itu sendiri.
Kita telah pun sering melafazkan kalimah Syuhadat Tauhid dan Syuhadat Rasul tersebut di dalam 5 waktu pada 17 rakaat kita sembahyang sebanyak 9 kali. Bagi maksud mernbuat penyaksian terhadap 9 wajah diri kita.
Kita memperakui bahawa tiada bagi kita akan mengsyirikkan diri kita denga Allah s.w.t.
Kita juga rnemperakui bahawa kita tidak mungkin mengsyirikan Allah dengan yang lain daripada Allah.
Maka nyatalah Syuhadat itu ada di dalam solat.
Adapun hakikat sembahyang didalam sembahyang adalah hakikat pada perbuatan penyaksian kita terhadap diri batin kita dan diri zahir kita didalam acara sembahyang tersebut.
Sesungguhnya penyaksian terhadap diri batin dan diri zahir itu hakikat pengertian sembahyang tersebut.
Disamping itu didalam sembahyang itu jugalah terdapat pujian dan pujaan diantara Zat dan Sifat, pujian diantara Diri Rahsia dengan diri Empunya Diri. Sementara hakikat Puasa di dalam sembahyang adalah meliputi seluruh acara sembahyang tersebut, di mana didalam sembahyang kita tidak boleh makan, tidak boleh rninum malahan seluruh anggota zahir diri batin berpuasa, mata kita berpuasa, telinga kita berpuasa, kulit kita berpuasa, hati kita berpuasa dan semuanya berpuasa.
Sesungguh nya di dalam acara sembahyang itulah keadaan puasa yang sebenarnya, Adapun hakikat Zakat di dalam acara sembahyang itu membawa makna pembersihan hati dari pada syirik dengan Allah s.w.t.
Didalam acara sembahyang kita beberapa kali memperakui bahawa kita tidak akan sekali-kali akan syirik dengan Allah dengan kita berkata :
اشھدان لاالھ الاالله واشھدان محمدارسول الله
Dan kita juga mengatakan :
“Sesungguhnyaa solatku, kebajikanku. hidupku, matiku hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu baginya dan kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang-orang yang Islam”
Di samping itu, kita berkata:-
اِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَاِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ
“Kepada Engkau aku sembah dan kepada Engkau aku minta pertolongan”
Oleh itu jelaslah didalam sembahyang tersebut tersirat suatu pengertian Zakat
yang harus difahami oleh kita.
Lantas dari pada itu apakah pula pengertian hakikat Haji didalam acara sembahyang?
Sebagaimana yang dimaklumi bahawa bila sahaja kita menyebut ibadat haji
maka sudah tentu kita membayangkan Kaabah, Arafah dan sebagainya, begitulah juga pada sembahyang. Ibadat Haji, adalah suatu ibadah di mana seluruh manusia menuju ke arah yang satu iaitu Kaabah. Begitulah pula dengan acara sembahyang, di mana sembahyang juga mengadap ke arah yang satu iaitu Kaabah.
Di dalam ibadat Haji manusia tidak kira besar, miskin, alim, jahil, si hitam, siputih, Raja mahupun rakyat memakai pakaian yang sama diPadang Ar’afah ketika Wukuf, maka begitulah pada hakikatnya di dalam sembahyang, tidak kira yang kaya, yang papa, yang alim, yang jahil semuanya sama.
Mereka membaca AI Fatihah yang sama, mengadap kiblat yang sama dan semua
perbuatan adalah harus dibuat sama semuanya tunduk merendah diri kepada
yang satu iaitu Allah Tuhan semesta alam.
Jikalau di dalam ibadat Haji ada Tawaf Baitullah sebanyak 7 keliling, maka di dalam sembahyang hakikat tawaf itu terletaknya pada Al Fatihah kerana Al
Fatihah itu mengandungi 7 ayat yang meliputi pada membicarakan 7 lapis susunan jasad manusia. iaitu bulu, kulit daging, darah, tulang, lemak dan lendir.
Dengan membaca Al-Fatihah itu bererti kita menjelajahi seluruh anggota lapisan
tubuh kita supaya menjadi satu arah tujuan iaitu arah matlamat Allah semata-mata.
Adapun kenapa dikatakan lafaz Takbiratul Ihram itu dengan lafaz الله اكبر dan tidak dilafazkan dengan lafaz yang lain adalah kerana selain dari pada mengambil sempena ucapan Nabi Adam a.s. ketika menilik dirinya, perkataan ucapan الله اكبر juga dengan jelas bagi menyatakan tajalli diri rahsia Allah sehingga dapat ditanggung oleh manusia itu dengan empat perkara iaitu وجود – علم-نور- شھود dan sesungguhnya perkataan الله di dalam ucapan الله اكبر mengisyaratkan pada martabat Zat dan perkataan اكبر di dalam ucapan الله اكبر itu adalah mengisyaratkan kepada martabat Sifat, dalam menandakan Zat dan Sifat sama-sama saling puji-memuji di antara satu dengan lain. Di samping itu perkataan الله اكبر juga bermaksud untuk menjelaskan bahawa Zat dan Sifat itu tidak boleh berpisah bagai tidak boleh dipisah di antara manis dengan tubuh gula dan pedas dengan tubuh lada, Mereka memerlukan di antara satu dengan lain.
Adapun yang dikatakan wuduk adalah mengambil air sembahyang dan wuduk juga boleh dikatakan membersihkan diri sebelum menunaikan sembahyang.
Adapun perkara-perkara wajib yang harus dilakukan oleh kita ketika mengambil wuduk adalah pertama, niat, kedua basuh muka, ketiga basuh tangan, keempat basuh kepala, kelima basuh kaki dan keenam adalah tertib. Hal ini adalah bersesuaian dengan firman Allah di dalam AI-Quran:
“Hai orang orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka hendaklah kamu basuh mukamu, dan basuhlah tanganmu hingga kesiku dan sapulah kepalamu dan basuhlah kakimu sampai buku lali“.
Didalam membincangkan hakikat sembahyang ini, maka eloklah kita
membincangkan hakikat wuduk yang dapat diertikan daripada niat, basuh
tangan, sapu kepala dan basuh kaki.
Adapun hakikat niat Wuduk itu adalah membawa kepada ketepatan makna, hujung jatuh kepada :
Iaitu sebelum kita menunaikan sembahyang, kita haruslah terlebih dahulu menafikan hak kita tetapi sebaliknya hendaklah mengisbatkan sepenuhnya hak itu kepada Allah semata. Ini adalah bersesuaian dengan
Firman Allah di dalam AlQuran: Al-Qasas – 88
ÙˆَÙ„َا تَدْعُ Ù…َعَ اللّٰÙ‡ِ اِÙ„ٰÙ‡ًا اٰØ®َرَ ۘ Ù„َاۤ اِÙ„ٰÙ‡َ اِÙ„َّا Ù‡ُÙˆَ ۗ ÙƒُÙ„ُّ Ø´َÙŠْØ¡ٍ Ù‡َالِÙƒٌ اِÙ„َّا ÙˆَجْÙ‡َÙ‡ٗ ۗ Ù„َـهُ الْØ­ُÙƒْÙ…ُ ÙˆَاِÙ„َÙŠْÙ‡ِ تُرْجَعُÙˆْÙ†َ
“Tiada yang wujud hanya ZatNya semata-mata, maka setiap sesuatu (yang zahir) adalah terhapus (tiada sebenarnya) kecuali semua yang zahir itu adalah wajahNya semata-mata; Dialah yang benar-benar berhak dan kepadaNya haruslah dikembalikan“.
Kita mengisbatkan hidup kita, ilmu kita, pandangan kita, penglihatan kita, kuasa
kita, kata-kata kita, semuanya adalah hak Allah semata dan bukan sekali hak kita dan sesungguhnya konsep di atas inilah pengertian hakikat Wuduk yang sebenar pada pandangan ahli Tasauf.
Adapun hakikat membasuh muka, adalah membawa erti bahawa sebelum kita menunaikan sembahyang, kita haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang segala sifat-sifat bermuka-muka yang ada pada diri kita.
Kita harus membuang segala sifat-sifat (mustakbir, megah, sombong, kemuliaan, kebesaran dan sebagainya pada diri kita sebelum dan ketika menunaikan sembahyang dan sesungguhnya muka adalah simbol maruah kepada manusia. Adapun hakikat membasuh tangan adalah membawa erti bahawa sebelum kita menunaikan sembahyang kita haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuangkan daripada diri kita segala sifat-sifat “aku Berkuasa”, “aku orang kuat”, “aku orang besar” dan sebagainya pada diri kita sebelum dan ketika menunaikan sembahyang, sesungguhnya tangan yang dimaksudkan itu adalah simbol kepada kuasa dan kekuatan seorang manusia.
Adapun hakikat membasuh kepala adalah bermakna sebelum dan ketika kita menunaikan sembahyang, kita haruslah membersihkan segala fikiran kita dengan sifa- sifat syirik dan mazmumah pada diri kita dan kita haruslah pula membersihkan segala fikiran kita dan tumpukan segalanya kepada Allah semata-mata.
Adapun yang dimaksud dengan membasuh kaki pada pengertian hakikat adalah bererti kita haruslah membetulkan jalan perjalanan kita hanya untuk satu tujuan iaitu Allah semata. Kita harus menghala cara perjalanan kita hanya kepada Allah semata-mata, tidak lagi ke jalan lain, sebelum dan ketika menunaikan sembahyang.
SUMBER DARI :- HAKIKAT INSAN
BAB :- HAKIKAT SEMBAHYANG


TANYA JAWAB PERKARA SHOLAT

PERTAMA.. "Apakah maksud Solat.?
Jawab = Maksud sholat adalah menyembah dzat, memuji Asma dan mengakui Af'al Allah.

KEDUA.. Apakah kesempurnaan sholat.?
Jawab = Kesempurnaan sholat apabila kerja­-kerja yang mengandungi:
1. Kerja-kerja hati (Qalbi)
2. Kerja-kerja lidah (Qouli)
3. Kerja-kerja pergerakan anggota (Fe'li

KETIGA.. Apakah kandungan rukun Qalbi, Qouli dan Fe'li.?
Jawab = Adapun kandungan rukun Qalbi itu dua perkara;
1. Niat
2. Tertib
Rukun Qouli itu lima perkara;
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca Tahiyat Akhir
4. Selawat Nabi pada tahiyat Akhir
5. Mengucap salam yang pertama
Rukun Fe’li itu enam perkara;
1. Berdiri betul
2. Ruku'
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk diantara dua sujud
6. Duduk membaca Tahiyat Akhir

EMPAT.. Apakah kandungan niat (hakikat niat)?
Jawab = Kandungan niat itu adalah perkara yang berkait dengan ilmu qashad, taaradh dan ta'ayien
1. Qasad - menyehajakan kerja solat
2. Taaradh - menyatakan fardhu (kefardhuan)
3. Ta'ayien - menentukan waktu
(nama sembahyang)

KELIMA.. Mengapa wujud Sholat.?
Jawab = Ujud sholat karena ujud hamba
dan ujud Tuhan.

KEENAM.. Mengapa ada yang belajar agama tetapi tiada sholat.?
Jawab = karena tiada sampai kepada kefahaman Ma'rifat Hakikat, yangsesunguhnya.

KETUJUH.. Apa rahasia rukuk dan sujud.?
Jawab = Rahasia rukuk karena tunduk kepada kebesaran Allah dan rahasia sujud bermaksud mempraktikkan pengabdian diri seorang hamba zahir dan batin.

LAPAN.. Berapa jenis takbir didalam sembahyang dan diluar sembahyang.?
Jawab = Didalam sembahyang ada dua takbir dan diluar sembahyang pun ada dua takbir.
- Dalam sembahyang Takbiratul Ihram dan Takbiratul Intiqal
- Diluar sembahyang Takbir Mursal dan Takbir Muqid.

SEMBILAN.. Apa maksud sebenar Usalli.?
Jawab = Usalli itu maksudnya mahu melaksanakan sembahyang akan tetapi ia bukan Mahiyyah atau Hakikat sembahyang dan Hakekat sembahyang itu dari takbir hingga salam.

SEPULUH.. Bila hendak memakrifatkan
Laa haula wala quwwata illa billah?
Jawab = Ketika qiam dan sebelum takbir.

SEBELAS.. Mengapa rukun sembahyang itu 13 perkara?
Jawab = Rukun sembahyang 13 perkara karena mengikut fitrah kejadian manusia yang terdiri daripada 13bagian.
Daripada Allah satu yaitu -Nyawa,
Daripada Rasul empat yaitu
1. Pendengaran
2. Penglihatan
3. Penciuman
4. Perasaan
5. Daripada Ibu - empat yaitu - Darah
6. Roma
7. Daging
8. Otak
9. Daripada Bapa - empat yaitu - Kulit
10. Urat kecil
11. Urat besar
12. Tulang

DUABELAS.. Apakah rahasia ujud sholat.?
Jawab = Rahasia sholat adalah karena menunaikan janji semasa dialam Roh
(semasa manusia belum ujud).
Firman Allah yang artinya :-
"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan" (An-Nahl ayat 91).

TIGABELAS.. Mengapa apabila sholat
terpaksa keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan Kamil.?
Jawab = Karena mengelakkan dari perbuatan syirik dan untuk menepati penyerahan diri kepada Allah.
Firman Allah yang artinya :
"Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang menyerahkan dirinya" (An­Nahl ayat 89).

EMPATBELAS.. Membaca Al-Fatihah tanpa Bismillah didalam sholat.?
Al-fatihah semasa sholat seperti firman Allah didalam hadis Qudsi.
Firman Allah:-
Sabda Rasullullah saw Maksudnya:-
Telah berfirman Allah Azza Wajalla
"Aku bagi shalat (Al-Fatihah) di antara Aku dan hambaKu menjadi dua bagian, setengah untuk Aku dan setengah untuk hambaKu.
Bagi hambaKu apa yang mereka minta, apabila hambaKu berkata: Alhamdulillahirobbil'alamiin!
Allah menjawab: hambaKu telah memujikan Aku,
dan apabila hambaKu berkata:
Arrahmaanirrahiim!
Allah menjawab: hambaKu telah menyanjung Aku,
apabila hambaKu berkata: Maaliki yaumiddiin!
Allah menjawab: hambaKu telah memuliakan Aku,
dan apabila hambaku berkata: Iyyakana' budu wa iyyakanasta'iin!
Allah menjawab : Ini setengah untukKu dan setengah lagi untukmu, bagi hambaKu apa yang mereka minta dan apabila hambaKu berkata : Ihdinas shirothol mustaqim, shirothollazinaan'amta 'alaihim, ghoiril maghduubi 'alaihim, waladdhooliin!
Allah menjawab: Ini semua untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa yang mereka pinta"
(H.R Imam Muslim dariAbu Hurairah)

Firman Allah yang artinya :
"Wahai anak Adam.! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau. Sementara yang satu lagi Antara Aku dan engkau.
Adapun tiga untuk Aku, yaitu:-
Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin
(segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam).
Ar-RahmaanirRahiim
(Yang Maha Pengasih Maha Penyayang).
Maaliki Yaumiddiin
(Yang menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah:-
Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaa ka Nasta'iin
(Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pulalah kami meminta pertolongan)
Daripadamu lah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan.
Dan yang tiga untuk engkau ialah:-
Ihdinash-shiraathal Mustaqiim
(tunjukilah kami jalan yang lurus!)
Shiraathal ladziina An'amta alaihim
(jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka).
Ghairil Maghduubi alaihim Waladh-Dh aalliin
(bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)" (Riwayat Thabarani)

LIMABELAS.. Apakah maksud menyerahkan diri kepada Tuhan didalam sembahyang.?
Jawab = Maksudnya Rohani dikuasai oleh Allah (artinya ikut kata Allah) sementara Jasmani fana dalam Af'al Allah artinya dibawah pentadbiran Bismillahirrahmanirrahim.

ENAMBELAS.. Jika sembahyang fana dan dikuasai oleh Allah, siapa yang membaca setiap pujian dan pujaan.?
Jawab = Yang melaksanakan ialah Mutakallimun, yaitu Dzat yang bersifat Kalam inilah yang mesti di'iktikadkan bukan sifat Kalam atau mentakwil kaunuhu Mutakallimun.

TUJUHBELAS.. Adakah sembahyang itu wajib.?
Jawab = Sembahyang itu Fardhu lagi wajib.

LAPANBELAS.. Apakah maksud sholat dalam sholat.?
Jawab = Ada yang menyebut Dan itulah sholat Daim.

SEMILANBELAS.. Sembahyang dikatakan tidak boleh syirik. Apakah syirik itu.?
Jawab = Syirik bermaksud menyekutukan Allah pada DzatNya, pada SifatNya dan pada Af'alNya.

DUAPULUH.. Mengapa kita Sholat sehari-semalam 17 rakaat… ?
Jawab = Pengertiannya sebagai berikut :
Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan Ah.
1. AH itu menandakan sholat subuh,'2'
= Dzat dan Sifat
2. ALLAH itu menandakan sholat Zuhur, '4'
= Wujud, Alam, Nur dan Syahadah.
3. MUHAMMAD itu menandakan sholat Ashar '4'
= Tanah, Air, Api dan Angin.
4. ADAM itu menandakan sholat Magrib, '3'
= Ahda, Wahda, dan Wahdiah.
5. HAWA itu menandakan sholat Isya , '4'
= Mani, Manikam, Madi, dan Di.

DUAPULUHSATU.. Mengapa kita mengucapkan 2 kalimah Syahadat 9X dalam 5 waktu Sholat..?
Jawab = Sebab diri batin manusia mempunyai 9 wajah.
Dua kalimah syahadat pada :
#Sholat SUBUH 1X itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR USIR
(Rahasia di dalam Rahasia)
#Sholat ZUHUR 2X memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR dan AHDAH
#Sholat ASHAR 2X memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDA dan WAHDIAH
#Sholat MAGHRIB 2X memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD dan MUHAMMAD
#Sholat ISYA 2X memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA dan MUHAMMAD

DUAPULUHDUA.. Mengapa kita harus berniat dalam Sholat… ?
Jawab = Karena, Niat itu merupakan kepala sembahyang.
Hakekat niat letaknya pada martabat 'Alif' dan qalbu manusia di dalam sholat itu kita lafazkan di dalam hati :
Niat Sholat : "Aku hendak Sholat menyaksikan diriku karena Allah semata-mata".
Dalilnya :-
"LA SHOLATAN ILLA BI HUDURIL QALBI"
Artinya : Tidak Sah Sholat-Nya Kalau Tidak Hadir Hatinya (Qalbunya)

"LAYASUL SHOLAT ILLA BIN MA’RIFATULLAH"
Artinya : Tidak sah Sholat Tanpa Mengenal Allah

"WAKALBUL MU'MININ BAITULLAH"
Artinya : Jiwa Orang Mu'min Itu Rumahnya Allah

"WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ"
Artinya : Aku (Allah) Lebih Dekat Dari
Urat Nadi Lehermu

"IN NAMAS SHOLATU TAMAS KUNU TAWADU'U"
Artinya : Hubungan Antara Manusia Dengan Tuhannya Adalah Cinta. Cintailah Allah Yang Karena Allah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali.

"AQIMIS SHOLATA LI ZIKRI"
Artinya : Dirikan Solat Untuk Mengingat Allah agar bersih dari sifat "dengki iri sombong" sebab didalam Alqur'an tidak ada kata untuk mengatakan orang Lain kafir'sesat. Yang ada hanya mengajak orang dijalan yang benar.(QS. Taha: 145)
Sedangkan :-
Al-Fatihah ialah merupakan tubuh
sembahyang
Tahayat ialah merupakan hati
sembahyang
Salam ialah merupakan kaki tangan
sembahyang.
( Sumber dari FB #mansor )


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan