MENGENAL DUA JENIS MAQAM*

MENGENAL DUA JENIS MAQAM*

                                 

Dalam ILMU TAUHID dikenal 2 maqam iaitu;
1) MAQAM FANA
Yaitu; Memandang dan bermusyahadah tentang 4 perkara;
- TAUHIDUL AF'AL
- TAUHIDUL ASMA
- TAUHIDUS SIFAT
- TAUHIDUDZ DZAT
2) MAQAM BAQA
Terdiri dari "SYUHUDUL KATSRAH FIL WAHDAH"
Yang ArtiNya;
"Memandang yang banyak di dalam yang satu"
Dan "SYUHUDUL WAHDAH FIL KATSRAH"
Yang ArtiNya;
"Memandang yang satu di dalam yang banyak"
MAQAM BAQA' lebih tinggi dan lebih mulia daripada MAQAM FANA.
Kerana MAQAM FANA akan binasa dan lenyap di bawah AHDIYYAH ALLAH. Sedangkan MAQAM BAQA adalah MAQAM yang tetap dan kekal di dalam WAHDIYYAH ALLAH.
Selain itu, MAQAM FANA adalah MAQAM dari pandangan, bahawa
TIADA YANG MAUJUD KECUALI ALLAH.
Sementara MAQAM BAQA adalah MAQAM dari pandangan, bahawa ALLAH dan QAYYUMIYYAH-NYA senantiasa menyertai setiap DZARRATTUL WUJUD (Bagian terkecil dari wujud), yang bererti Ia QAIM (berdiri) di atas segala Wujud.
MAQAM BAQA dinamakan juga MAQAM TAJALLI, ZHUHUR (penampakan) dan MAQAM.
Penjelasan lebih lanjut mengenai MAQAM ini, dapat dilihat dari kalimat-kalimat berikut;
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH BERSAMANYA."
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH DI DALAMNYA."
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH SEBELUMNYA."
"AKU TIDAK MELIHAT SESUATU MELAINKAN AKU MELIHAT ALLAH SESUDAHNYA."
MAQAM BAQA tidak dapat dicapai kecuali telah melewati MAQAM FANA.
Dengan kata lain, MAQAM BAQA merupakan MAQAM yang dihasilkan dari MAQAM FANA.
Kerana dihasilkan dari MAQAM FANA, maka MAQAM BAQA tidak lain daripada FANAULFANA (Lenyap dalam kelenyapan), yang dicapai setelah fana.

# Syeh Haqtullah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan