Al Allamah Tuan Guru Haji Awang Fakir ( 1876 - 1964 )

Al Allamah Tuan Guru Haji Awang Fakir ( 1876 - 1964 )


Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Abdullah Bin Haji Yusuf Bekeng dan beliau berketurunan Raja Patani .
Diantara guru guru beliau ialah :
1. Al Allamah Tok Chaok (Tok Guru Haji Abddullah Md. Akib ) yang mahsyur dengan ilmu Makrifat di Patani
2. Al Allamah Tok Mufti Haji Wan Musa Kelantan
3. Al Allamah Tok Kemuning
4. Tuan Guru Pak Su Lah , Kampung Bot
Beliau seorang yang warok dan hidup dalam keadaan zuhud . Pernah satu ketika , beliau hanya makan labu sahaja untuk isi perut sewaktu belajar di pondok .
Antara karomah yang dikurniakan Allah Taala buat Tuan Guru Haji Awang Fakir ialah :
1. Ada pencuri masuk kerumahnya dan mencuri labu . Dengan serta merta pencuri tu sakit perut .
2. Pernah 3 orang pencuri masuk ke kebun nya tapi tak boleh keluar sampai ke pagi sehingga lah Tuan Guru beri keizinan untuk keluar .
Antara anak murid beliau ialah :
1. Tuan Guru Awang Pondok Bin Tok Lim - Kadok Kota Baru
2. Tuan Guru Haji Ismail Bin Musa - Sungai Limau , Yan
3. Tuan Guru Pak Mat Tepak - Bukit Penghulu Diman , Ulu Terengganu
4. Tok Yaqub Bin Faqih - Kampung Kukang , Kota Baru
5. Tok Ayah Haji Salih Bin Kecik - Kampung Lembu
6. Tuan Guru Pak Cu Adam Bin Taib - Pasir Puteh
7. Tuan Guru Haji Said Bin Yusuf - Gucil Satu , Kuala Krai
8. Tok Ayah Seligi - Kampung Lating
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Sumber dari KenaliUlamak / Pondok Habib
Share on Google Plus

About Tv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 komentar:

Posting Komentar