Ulamak Wanita Tanah Melayu

 · 

Ulamak Wanita Tanah Melayu

Seringkali apabila dikaitkan dengan ulamak, maklum bagi semua mereka adalah lelaki. Namun, terdapat beberapa tok guru, alim ulamak dari kalangan perempuan. Walaupun sejarah mereka tidak terzahir, namun jasa mereka amat besar dalam mendidik masyarakat. Disini al-faqir senaraikan beberapa alim ulamak wanita yang diambil maklumatnya dari buku bacaan.
1. Hajah Fatimah Binti Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani
- Anak kepada Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan
- Isteri kepada Syeikh Nik Daud Khatib
- Ibu kepada Tuan Guru Haji Wan Mahmud & Tuan Guru Haji Wan Abdul Qadir
- Wanita teralim di Mekah ketika zamannya
- Penyambung sanad amalan Lum'atul Aurad
2. Hajah Khadijah Binti Tok Selehor
- Anak kepada wali Allah Tok Selehor
- Isteri Tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga
- Mahir kitab Hikam, Muniyatul Musolli, Faridatul Faraid
- Pengarang Kitab Risalah dan Syarat-Syarat Rukun Sembahyang, Risalah Sifat Dua Puluh, Risalah Ringkasan Rukun Iman, Kitab Pengenalan Ringkasan Kata-Kata Orang Tasawuf, Ringkasan Sejarah Rasulallah s.a.w dan Ringkasan Sifat-Sifat Mahmudah dan Sifat-Sifat Mazmumah
3. Hajah Wan Nab Binti Wan Abdul Rahman (1926-1981)
- Ahli lagu yang cacat penglihatan
- Murid Tuan Guru Haji Yusuf Kedondong
4. Hajah Nik Dah Binti Nik Daud (1899-1981)
- Anak kepada Tuan Guru Haji Nik Daud
- Guru al-Quran yang banyak berjasa
5. Hajah Zainab (M.1982)
- Isteri Tuan Guru Haji Ibrahim Kampung Apa Apa
- Selepas suaminya meninggal, beliau berkahwin pula dengan Tuan Guru Haji Ali Bin Umat Pondok Meranti
- Mengajar di pondok suaminya. Kuliah mingguannya dihadiri ratusan orang
6. Hajah Minah Binti Daud (1909-1983)
- Anak kepada Tuan Guru Lebai Daud Kampung Jejulok
- Murid kepada Mufti Haji Wan Muhammad
- Ibu kepada Qadhi Pasir Mas Haji Wan Yahya Bin Mamat
- Mengajar al-Quran selama 60 tahun
7. Hajah Fatimah Binti Awang (1907-1984)
- Guru al-Quran yang banyak berjasa
- Murid kepada Tuan Guru Haji Idris Bukit Tanah dan Syeikh Nuh Jamaluddin al-Kalantani ketika di Mekah
- Isteri kepada Tuan Guru Pak Chu Haji Muhammad Bin Idris dan selepas kematian suaminya, berkahwin pula dengan Tuan Guru Haji Che Ismail Pondok Dendang
8. Hajah Che Safiyah Binti Che Wook (M.1984)
- Qari'ah dan guru al-Quran di Mekah
9. Hajah Nik Jah Binti Nik Pa (M.1988)
- Guru al-Quran
- Murid kepada Hajah Che Nab Binti Konok
10. Hajah Che Salamah Binti Hassan (1931-2011)
- Wanita Kelantan pertama memasuki Universiti al-Azhar
- Murid kepada Mufti Haji Mohd Nor Penambang, Baba Najmuddin Kerandang Besut, Syeikh Fadhlullah as-Suhaimi & Tuan Guru Haji Abdul Rahman Khatib
- Pengetua pertama Sekolah Naim Lilbanat
11. Hajah Wan Yah Binti Haji Wan Abdul Rahman
- Anak kepada Qadhi Tuan Guru Haji Wan Abdul Rahman al-Fathani
- Alim ilmu Tauhid
- Pengarang Risalah Kecil Sifat Dua Puluh
12. Hajah Mahmudah Binti Haji Ghazali Bagan Datok
- Anak kepada Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datok
- Alim didalam banyak bidang ilmu
- Antara murid ayahnya yang paling alim
13. Hajah Sofiah Binti Bakar @ Mak Long Piah Guar Kepayang (M.2019)
- Murid awal Tuan Guru Haji Man Guar Kepayang, Pendang
- Guru di Pondok Guar Kepayang

# Tengku Yusuff


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan