AKU INGIN DIKENALI,MAKA AKU JADIKAN MANUSIA.

AKU INGIN DIKENALI,MAKA AKU JADIKAN MANUSIA.


                                                                                                          

KUPAS HADITH
AKU INGIN DIKENALI,MAKA AKU JADIKAN MANUSIA.
Soalan :
Bagaimanakah method agar Allah itu dikenali.
Jawaban :
Jadikan manusia.
LALU MANUSIA MENGENALKU.
Soalan :
Apakah makna manusia mengenalKu.
Jawaban :
Manusia mengetahui bahawa ruhnya itulah Sifat diriNya Allah.
Makna lain pada hadith Qudsi ini adalah :
Dulu...rahsia manusia ada pada Allah.
Sekarang...rahsia Allah ada pada manusia.
Faham meletakkan perkara ini,maka jatuhlah manusia dengan Allah itu sefahaman.
Dalam kupas kaji hadith di atas,maka BAYAN TAJALLIYATI DZATI menjelaskan :
" Andai Allah tidak menampakkan diriNya pada manusia,dimana lagi untuk Dia menampakkan diriNya.Andai manusia ingin melihat bayanganNya,lihatlah manusia kerana manusia inilah Sifat diriNya dan Sifat inilah rupa atau disebut Wajah Allah."
Dia menjadikan sesuatu dan hakikat sesuatu itu adalah diriNya juga.
Manusia cermin Allah.
Alam semesta cermin manusia.
" AKU JADIKAN MANUSIA UNTUK AKU.
AKU JADIKAN ALAM UNTUK MANUSIA"
Alam untuk manusia tujuan manusia senantiasa kekal menghadap maqam Ihsan atau wajah Allah.
Bagaimana mungkin kita katakan Allah itu tersembunyi dari penglihatan basyar kita,sedangkan Basyar itulah sifat diriNya.
Yang memberi nampak Dia.
Yang menampakkan pun Dia.
Yang ternampak kenapa pula yang lain selain Dia?
Melalui hadith ini...hakikatnya ingin menjelaskan bahawa :
" MANUSIA INILAH KENYATAAN DIRI ALLAH"
Dalam kalimat ujudNya,manusia itulah menjadi rahsia Allah.
Soalan :
Apa rahsianya?
Jawaban :
Manusia inilah kenyataan ( hakikat ) diri Allah.
" MANUSIA ITU RAHSIAKU,AKULAH YANG
MENJADI RAHSIA MANUSIA."
Adapun RAHSIA itu takluk kajinya NUR MUHAMMAD.
Jadi,makna hadith di atas adalah :
" manusia itu NUR MUHAMMADKU,dan
Akulah yang menjadi NUR MUHAMMAD
manusia."
Martabat Wahdiah menjelaskan
" HAKIKAT INSAN ASMA ALLAH "
Makna lainnya :
" HAKIKAT MANUSIA NAMA ALLAH"
Inilah maksud pada Ujudu Sir Itihaj An Hu dlam kajian BAYAN TAJALLIATI DZATI yang dipelopori oleh sufi mistisme yakni bersabit tentang kesatuan wujud yang diharamkan penyebarannya.
Sahabat...
Tulisan ini bukan tujuan menyatakan diri AKU ALLAH,tidak sama sekali kerana hakikat QALAM kita inilah MUSA QALAMULLAH maka tiap bicara ada adab ada akhlaknya baginda saw.
Jangan keluar dari perkara ini!!.
Hanya dalam kaji ilmu hakikat,perlu dinyatakan begini kerana bagi tujuan mencapai SOP dalam ilmu ini.
Apabila sudah faham....bina iktikad dan tasdiqkan.....zahirkan zikir2 yang diperuntukkan dalam setiap kajian yg diberi oleh guru2 kalian bagi tujuan ISBATI ILLA ALLAH.
Tidak bicara begini,tidaklah ilmu hakikat namanya.
Sumber dari Arts Muhammad ke BAYAN TAJALLIYATI DZATI ( Arts Muhammad)

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan